Bersih mengingatkan kerajaan Selangor tidak menggunakan majlis rumah terbuka Aidilfitri anjurannya di Kuala Kubu Baharu sebagai platform berkempen sempena PRK. |
PETALING JAYA: Bersih memberi amaran rumah terbuka Aidilfitri anjuran kerajaan Selangor di Kuala Kubu Baharu, dijadualkan petang esok mungkin melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Badan pemerhati pilihan raya itu berkata, acara tersebut akan diadakan pada hari penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dan melibatkan aktiviti seperti jamuan makan serta pemberian duit raya.
“Pemberian atau penjamuan makanan semasa tempoh pilihan raya adalah satu kesalahan bawah Seksyen 8 (Penjamuan) dan pemberian duit raya adalah kesalahan bawah Seksyen 10 (Penyogokan),” katanya dalam kenyataan.
Majlis rumah terbuka tersebut, yang akan dihadiri oleh Menteri Besar Amirudin Shari, exco dan lain-lain, dijangka menarik kira-kira 25,000 pengunjung.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment