
Oleh : NAJAMUDDIN MOHD NOR
PAS bukan sahaja bakal jadi penentu atau 'king maker' di Selangor, malah yakin akan menang dan menguasai tampuk pemerintahan kerajaan negeri itu.
Perkara itu dijelaskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah peluang PAS untuk merampas dan memerintah sendiri Selangor.
"Kita mahu perintah sendiri di Selangor, sebab itu kita bertanding banyak kerusi DUN di Selangor.
"Dan ini menandakan kita serius nak memerintah sendiri di Selangor dan bukan hanya sekadar 'King maker'," jelasnya ketika ditemui ketika berkempen di Sungai Buloh, pada Khamis.
Pada Pilihan Raya Umun lalu, PAS yang bersama Pakatan Rakyat telah menang 15 kerusi DUN di Selangor.
Bagaimanapun pada 2015 PAS memutuskan untuk keluar daripada pakatan pembangkang tersebut kerana tidak bersefahaman dengan DAP yang dikatakan menentang Islam.
Abdul Hadi dalam ucapan ringkasnya juga menjelaskan pengundi bukan Islam supaya tidak takut mengundi parti Islam itu kerana Islam itu adalah adil dan sesuai untuk semua kaum.
"Kita yakin orang Islam akan sokong PAS, kita nak membawa dan menegakkan ajaran Islam dan pengundi bukan Islam jangan takut mengundi PAS kerana Islam itu sesuai untuk semua kaum," katanya. - Watan Online
No comments
Post a Comment