Ada JKOM yang kata tak kira jika Najib adalah mastermind ataupun terlibat dalam penyelewengan 1MDB, bahawa dia patut dihukum dan bertanggung jawab sebab dia Menteri Kewangan dan Perdana Menteri masai itu.
Baiklah, saya nak cerita sedikit bagaimana seseorang pernah sorok kerugian berpuluh-puluh bilion Ringgit dalam skandal paling teruk Malaysia dan kini sorok Titah pula.
Anwar Ibrahim memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan Malaysia dari tahun 1991 hingga 1998.
Dalam tempoh ini, Bank Negara Malaysia (BNM) mengalami kerugian besar akibat urus niaga pertukaran mata wang asing (forex) pada awal 1990-an.
Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pada tahun 2017 menganggarkan kerugian tersebut sekitar RM31.5 bilion antara tahun 1991 hingga 1994.
Pada masa itu, jumlah kerugian tersebut mewakili hampir 25% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.
Jika dinilai pada hari ini, jumlah kerugian itu dianggarkan bersamaan dengan kira-kira RM200 bilion.
Sebagai Menteri Kewangan ketika itu, Anwar Ibrahim bertanggungjawab terhadap dasar kewangan negara.
Terdapat dakwaan bahawa dia mungkin telah menyembunyikan maklumat mengenai kerugian tersebut daripada pengetahuan umum dan Parlimen.
Menurut laporan tersebut, Anwar didakwa memberikan gambaran yang mengelirukan kepada Kabinet mengenai kerugian forex yang dialami oleh BNM.
Sebagai contoh, beliau memaklumkan kepada Kabinet pada 6 April 1994 bahawa terdapat "kerugian atas kertas RM9 bilion dalam tahun 1992", walaupun beliau mengetahui bahawa kerugian sebenar adalah RM12.353 bilion, seperti yang tercatat dalam surat Tan Sri Ishak Tadin kepadanya.
Laporan RCI juga menyatakan bahawa Anwar membuat keputusan mengenai pengolahan perakaunan bagi untung rugi, jual beli saham, dan pengeluaran surat jaminan bagi membolehkan Ketua Audit Negara mengeluarkan sijil audit bersih bagi Laporan Tahunan BNM 1993.
Dengan mengemukakan laporan tahunan kepada Kabinet dan tidak mendedahkan perihal sebenar, Anwar dengan sengaja menyebabkan Kabinet meluluskan Laporan Tahunan 1993 untuk diwartakan dan dikemukakan kepada Parlimen.
Berdasarkan penemuan ini, RCI mencadangkan agar Anwar disiasat di bawah Seksyen 417 dan 418 Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan kesalahan menipu dan menyembunyikan fakta sebenar mengenai kerugian forex BNM.
Laporan RCI mendedahkan bahawa salah satu cara utama yang digunakan untuk menutup kerugian besar dalam perdagangan mata wang asing adalah melalui penjualan dan pemindahan saham dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada BNM.
Kaedah ini dilakukan secara tersusun dan melibatkan beberapa pihak berkepentingan bagi memastikan kerugian besar yang dialami oleh BNM tidak diketahui umum dan tidak mencetuskan panik di kalangan pelabur serta rakyat Malaysia.
BNM pada tahun 1990-an, bank pusat terpaksa menjual saham Malaysia Airlines (MAS) kepada pihak ketiga pada harga RM8 setiap saham.
Selain itu, Kementerian Kewangan juga telah memindahkan pegangan 123 juta sahamnya dalam Telekom Malaysia, dan 47 juta saham dalam TNB, kepada BNM pada nilai RM1 sesaham.
Selepas pemindahan ini, BNM telah menilai semula saham Telekom dan TNB masing-masing pada harga RM22.10 dan RM19.30 sesaham.
Penjualan ini dilakukan atas alasan untuk memperkukuhkan rizab BNM, namun hakikatnya ia bertujuan untuk menyorok kerugian besar yang telah berlaku.
Anwar Ibrahim, sebagai Menteri Kewangan ketika itu, didakwa memainkan peranan penting dan aktif dalam meluluskan dan menyelia penjualan saham ini.
Terdapat bukti bahawa keputusan jualan saham telah dibuat secara tertutup tanpa pendedahan penuh kepada Kabinet mahupun Parlimen.
Dalam beberapa mesyuarat Kabinet, maklumat yang diberikan tidak mencerminkan keadaan sebenar, di mana kerugian besar dilaporkan lebih rendah daripada angka sebenar yang direkodkan oleh Bank Negara.
Selain itu, pemindahan saham ini juga dilihat sebagai satu langkah untuk memberikan gambaran bahawa BNM masih mempunyai kekuatan kewangan, sedangkan ia hanya tindakan sementara untuk menutup defisit besar yang dialami akibat perdagangan mata wang asing yang berisiko tinggi.
Pihak RCI dalam laporannya menyatakan bahawa pemindahan ini dilakukan dengan niat untuk mengaburi mata pihak berkepentingan serta rakyat, dan tindakan ini boleh dikategorikan sebagai penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah di bawah Seksyen 406 dan 409 Kanun Keseksaan.
Sebab kesan dan impak sebenar telah ditutup ketat begitu lama oleh kerajaan masa itu, skandal BNM FOREX tidak menjadi satu skandal besar diketahui umum dan di tahap antarabangsa.
Namun panel RCI mencadangkan agar dia disiasat atas kemungkinan melakukan pecah amanah dan penipuan di bawah Seksyen 406 dan 409 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 31(a) Ordinan Bank Pusat 1958.
Bagaimanapun, selepas menang PRU14, kerajaan PH1.0 telah tarik balik laporan polis dan telah hentikan segala siasatan terhadap kes ini.
Namun laporan RCI itu masih sah dan kandungannya tidak dipertikaikan.
Sebab kerajaan PH1.0 telah NFA kan siasatan berdasarkan syor RCI itu, tiada individu yang pernah didakwa atau dipertanggungjawabkan berkaitan dengan skandal ini.
Tak sama dengan 1MDB di mana ianya berada dalam lebihan (surplus, dana BNM FOREX yang hilang tidak pernah dipulihkan walau satu sen pun dan tiada aset yang dapat diperoleh kembali daripada kerugian tersebut.
BENAR-BENAR TOTAL LOSS.
Jadi, jika Najib perlu bertanggung jawab sebab dia Menteri Kewangan ketika skandal 1MDB, adakah Anwar patut bertanggung jawab juga atas skandal BNM FOREX yang jauh lebih besar kesannya ketika dia Kementerian Kewangan?
Sebab banyak bukti dokumen dan saksi menunjukkan Anwar terlibat secara langsung dan aktif bagi menyembunyi impak sebenar skandal BNM FOREX ini, saya tidak pasti dia mudah lepas sekiranya siasatan lanjut dilaksanakan.
Sumber | FB Lim Sian See
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment