NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tip Melancong Ke Luar Negara Berdasarkan Pengalaman


Tip traveling untuk orang lama dari pengalaman saya

Beberapa hari lepas saya berkesempatan breakfast bersama rakan universiti yang telah bersara. 

Selain bercerita berkenaan topik politik, kami sentuh berkenaan hobi traveling. 

Kedua rakan ini ada banyak masa terluang dan kebiasaan mereka akan mengikuti tour agent kerana bimbang pergi bersendirian. 

Memang ramai rakan yang baru bersara bertanya kepada saya berkenaan tip traveling. 

Semasa mereka di alam pekerjaan tiada masa terluang untuk traveling kerana kepentingan kerjaya dan membina keluarga. 

Bajet kewangan pula perlu disalurkan kepada perkara yang lebih memerlukan dari traveling. 

Sekarang dalam umur 50'an dan 60'an, mereka sudah ada financial freedom dan kehidupan stabil dengan anak anak yang sudah membina kehidupan masing-masing. 

Ramai mula teringin untuk 'explore the world of travelling' tetapi tidak mempunyai konfiden kerana faktor umur dan tiada berpengalaman. 

Dulu semasa mula backpacking di usia 18 tahun ke Eropah, perasaan gentar tidak termasuk dalam kamus saya dan semua dibuat secara redah, tawakal dan pegang kepada adage 'anything goes'. 

Dalam usia sekarang ini, saya lebih banyak berfikir dan menggunakan soalan 'What If' bila berdepan dengan situasi yang tidak dijangka semasa traveling. 

Saya lebih banyak membuat perancangan rapi dan tidak lagi main redah saperti dahulu. 

Faktor umur dan pengalaman membuat seseorang itu menjadi 'mellow'. 

Traveling bila berumur banyak perbezaan dibandingkan bila berkembara semasa zaman muda. 

Sekarang ini saya lebih pentingkan kualiti trip dari kuantiti. Saya hanya akan tersenyum sahaja jika ada yang bercakap besar 'Saya pergi ke sepuluh negara dalam sepuluh hari'. 

Pada saya mungkin dia melawat stesen bas atau setesen keretapi sahaja tanpa mendapat pengalaman sebenar dari traveling. 

Semasa zaman muda, saya boleh lepak dan tidur di mana-mana sahaja asalkan selamat, samada di taman bunga, tepi pantai, khemah, pawagam atau stesen keretapi. 

Sekarang ini saya lebih mencari keselesaan dan privacy bilik hotel kerana faktor kebersihan dan kemudahan untuk bersolat. Faktor keselesaan adalah lebih utama dari bajet. 

Saya lebih suka belanja diri tinggal di hotel 4 bintang dari buang duit menaiki penerbangan business class selama 6 jam. 

Di usia sekarang, waktu malam saya pastikan mendapat cukup rehat dan tidur agar badan segar dan fresh keesokkan harinya. 

Kepada rakan-rakan saya yang baru bersara, buat lah apa jua aktiviti yang menyukai hati masing-masing. 

Jika hati riang gembira menjaga cucu, teruskan selagi termampu. Yang suka bercucuk tanam, teruskan dengan hobi yang menyihatkan ini. Yang kaki pancing, sudah tentu ada banyak masa terluang untuk mencari lubuk-lubuk baru. 

Yang teringin berjinak dengan travelling dan exploring the world, insyaAllah aktiviti ini akan membuka tingkap kepada dunia baru yang tak akan membuat anda boring, sentiasa rasa aktif dan dapat memperkayakan minda. 

Dari pengalaman saya selama ini, diperturunkan beberapa tip untuk mereka yang ingin belajar traveling di usia senja:

1.  Keperluan travel insurance. 

Saya tak perlu menekan betapa pentingnya mempunyai travel insurance semasa traveling. Berapa kali sudah kita mendengar senior citizen tersangkut dengan hutang ratusan ribu RM kerana tiada mampu membayar kos hospital di luar negara. 

Dengan bayaran lebih kurang Rm400 setahun, anda akan dilindungi apabila mendapat musibah di luar negara. Ada beberapa travel insurance yang kerap digunapakai oleh travellers seperti Etiqa Takaful 360 dll. Pilihlah mana-mana yang bersesuai mengikut bajet masing-masing. 

2. Kesihatan. 

Tak perlu pergi gym dan berbadan sado untuk travel. Yang penting berupaya berjalan kaki beberapa km sehari di luar negara nanti. Jika selalu beriadah terutama brisk walking, insyaAllah tidak ada masalah bila berkembara asalkan semua ubatan di bawa. 

3. Bag travel. 

Tidak perlu menggalas backpack 20 kilo dan menjadi hero. Carilah bag yang mempunyai roda dan boleh ditarik. Banyak tempat di luar negara mempunyai jalan cobblestone dan akan merosakkan roda bag biasa. Bag bersaiz 60L atau 80L yang mempunyai roda heavy duty seperti Deuter Helion dan Osprey Meridian sangat bagus kualitinya tetapi berharga Rm1000 ke atas. 

4. Keselamatan

Muda atau tua, faktor keselamatan sangat penting. Paling utama adalah menggunakan akal apabila berdepan dengan apa-apa situasi yang luarbiasa. Adalah tabiat saya tidak keluar malam apabila traveling dan sentiasa menjauhi kawasan yang sunyi dari manusia. Di mana boleh, beraksilah seperti orang tempatan dan bukan nampak sebagai seorang tourist. 

Saya akan semak dahulu dalam internet tempat menarik yang nak dituju samada kebiasaan berlaku kes ragut atau rompakan kepada pelancong. Di La Boca Buenos Aires memang terkenal dengan kes rompakan kepada pelawat luar walaupun tempatnya menarik. Saya menggunakan servis teksi untuk menyewa selama 4 jam berhenti di La Boca mengambil gambar. Mana mana di dunia, pemandu teksilah orang paling street smart (walaupun ramai juga yang kaki menipu pelancong). 

5. Connectivity dan internet

Di luar negara adakala simcard untuk internet berharga murah dan adakala mahal. Sangat rumit apabila travel ke beberapa negara yang mempunyai pelbagai telco. Semasa trip saya ke negara Latin America, pakej simcard internet tersangat mahal dan terpaksa menukar setiap kali berpindah dari satu negara ke satu negara lain.

Cara terbaik adalah dengan menyewa wifi portable router 'Travel Recommends' roamingman di KLIA yang menawarkan connectivity di seluruh Europe dan lain negara dengan harga yang berpatutan. Connectivity sangat penting kerana penggunaan whatsapp, dan aplikasi google maps, maps.me dll agar tidak tersesat jalan. 

Sekarang saya kerap menggunakan simkad Flexiroam yang sangat flexi kerana coverage meluas seluruh dunia berbanding roamingman walaupun harga datanya yang mahal dan ada jangka masa penggunaan. 

6. Pembelian tiket kapalterbang. 

Ada berbagai cara yang digunakan untuk membeli tiket kapalterbang dengan harga murah menggunakan aplikasi skyscanner, trivago dll. Cuba google untuk belajar taktik cara mendapat tiket dengan harga murah. 

7. Booking hotel. 

Saya menggunakan booking.com dan Agoda untuk membuat booking. Pastikan anda membuat booking hotel pada hari pertama sampai ke negara baru dan disimpan booking receipt. Kerap kali Imigresen akan bertanya mengenai tempat tinggal. Booking untuk hotel seterusnya dibuat sehari sebelum berpergian agar tidak membataskan jadual yng flexi. 

Sekarang ini saya lebih suka menyewa rumah Air BnB yang lebih selesa kerana boleh memasak. 

8. Public transport dan kereta sewa. 

Saya lebih gemar menyewa kereta dari menggunakan pengangkutan awam. Dengan kereta sewa saya boleh travel mengikut jadual sendiri dengan penjimatan masa. Harga kereta sewa di luar negara adalah berpatutan antara Rm100-150 sahaja. 

9. Konfiden. 

Kepada rakan yang baru belajar untuk travel, cuba buat trip ke tempat berdekatan untuk mendapat konfiden. Saya cadangkan travel ke Indonesia atau Thailand dahulu secara sendirian (atau bersama isteri) dan cari pengalaman untuk menanam konfiden dalam diri, sebelum pergi jauh lagi.  

10. Bajet. 

Tetapkan bajet dan cuba untuk mengawal belanja sepanjang perjalanan trip. Kebiasaan orang bersara tiada masalah berkenaan bajet.  Untuk trip sebulan saya bajetkan perbelanjaan harian antara USD50-100 sehari dan standby kad kredit/debit untuk emergency. 

11. Makanan halal. 

Sebagai muslim jagalah pemakanan agar sentiasa halalan toyyiban. Buat penyelidikan tentang makanan halal negara yang dituju. Jika tiada restoren halal, bawalah makanan pack saperti Brahim dari Malaysia. Semasa trip ke Cyprus, Santorini, Crete dan Rhodes Greece, makanan saya hanyalah telur rebus, roti, sardin dan buah buahan selama satu bulan kerana tiada restoren halal. 

12. Tukaran duit asing. 

Apabila berkelana kesebuah negara, hanya perlu tukaran satu matawang sahaja dan tidak bermasalah. Kebiasaan saya akan menyemak dalam Trip Advisor berkenaan masalah tukaran wang. 

Beberapa negara menggenakan kawalan ketat membawa wang asing dan ‘kebiasaan’ adalah USD10,000. Notis terpampang mengenai undang-undang ini tetapi jarang dikuatkuasa atau diperiksa. 

Di negara Central Asia, Uzbekistan menggenakan ‘strict monetary control’ dan semua wang asing perlu declare. Pernah seorang sahabat kena ‘interrogate’ satu jam kerana tidak declare USD100 sahaja. Bila berlaku kesilapan, pihak kastam negara third world countries akan mengambil kesempatan untuk perah duit rasuah. 

Dimanakah sesuai pertukaran wang, adakah diKL sebelum kembara atau dinegara sana?

Ianya terpulang kepada mana negara yang dituju. Di Brazil, tukaran wang diairport sehingga 50% tinggi dari luar. Di Iran, harga di airport lebih baik dari bandar. Semasa di Uruguay kami terpaksa berjalan 10 km dari stesen bas ke hotel kerana semua money changer tutup pada hari ahad. 

Di Istanbul Turkey, pertukaran terbaik saya pernah jumpa adalah di Sirkeci. Uzbekistan dan negara Central Asia terdapat banyak ‘black market currency traders’ dan tukaran mereka dua kali ganda besar dari bank, tetapi ia illegal dan boleh ditangkap oleh spy polis. 

Apa yang biasa saya buat ialah bertanya kepada pemandu teksi yang mahir tentang tempat terbaik menukar wang. Di Tbilisi Georgia, saya dibawa ke satu tempat ceruk dan harga nya 20% baik dari tempat tourist. Begitu juga di Bukhara, Khiva dan Baku Azerbaijan. 

‘USD $ is King’ di mana-mana dalam dunia dan ia matawang yang saya utamakan dari € atau £. Cuba simpan sedikit USD dengan denominator kecil seperti $1 dan $5 kerana banyak kegunaan terutama di borders, pembayaran transport ‘prebet sapu’ di No Man’s Land dan kedai atau hotel kecil. 

13. Membawa barang terlarang di setengah negara. 

Di pintu masuk land crossing Georgia kami ditahan beberapa jam kerana rakan membawa ubat sinus ‘clarinase’ yang mengandungi pseudoephedrine.
 
Pseudoephedrine adalah sejenis drug yang digunakan penagih dadah untuk mendapat ‘high’ dan dilarang di banyak negara. Seeloknya bawalah surat prescription doctor bersama ubatan bersama original packaging.  

• Di negara Central Asia kebanyakan tidak membenarkan drone dibawa masuk dan akan dirampas. 

• Di Turkmenistan, rokok dan Alquran dilarang ke negara mereka sama sekali. 

• Di Argentina saya ditahan kerana membawa serunding. 

• Di Iran bendera America seperti diembos di tee shirt Polo akan dirampas. 

• Di Australia dan New Zealand kita mesti declare semua barangan makanan dan ubatan dalam borang declaration. Penalti fine tinggi dikenakan jika barangan tidak di declare. 

• Di Iran Jalur Gemilang kami hampir dirampas di hadapan maqam Darius The Great. Banyak negara mengharamkan pengibaran bendera asing di monumen mereka. 

• Di dalam High Speed Train di China, semua jenis pisau termasuk swiss knife tidak dibenarkan. 

• Di China, hanya 20,000 mAh powerbank dari jenama popular dibenarkan didalam kapal terbang. Apa-apa jenis bateri tidak dibenarkan masuk dalam bag cargo. 

Semak dahulu barangan yang dilarang masuk ke mana-mana negara dalam internet. 

14. Pakaian dan kasut yang sesuai. 

Jikalau ke negara sejuk, pakailah down jacket yang mempunyai fill power ratings seperti berikut:

Fill Power Rating
400 – 450 Medium - spring
500 – 550 Good - autumn
550 – 750 Very Good - winter
750 – 900 Excellent - deep winter

Banyak down jacket yang menipu pengguna dengan menggunakan polyster dan bukan ‘down’ (bulu angsa). Cari jenama popular yang mempunyai rating fill power. 

Kasut yang selesa serta waterproof dengan teknologi goretex amat perlu apabila berjalan jauh terutama jika keadaan bersalji atau basah. 

15. Kandungan gambar dalam handphone. 

Saya perhatikan adakala di perbatasan land crossing, pihak security akan memeriksa kandungan gambar dalam HP untuk memeriksa jika ada gambar dan video yang dilarang. 

Di perbatasan Azerbaijan, saya terpaksa delete semua gambar di Nagorno Karabakh kerana jika pihak polis Azeri terjumpa, mereka tidak akan benarkan saya masuk ke negara mereka. 

16. Travel solo atau berpasangan?

Ia bergantung kepada keselesaan masing-masing tetapi secara peribadi saya mengemari travel bersama travel partner kerana mempunyai rakan-rakan untuk bersembang dan lebih selamat. 

17. Keselamatan paspot. 

Paspot adalah sebahagian nyawa apabila berkembara dan paspot Malaysia ‘in high demand’ kerana antara yang terkuat di dunia. Ramai pengembara Malaysia sangat leka dengan paspot mereka. Rule of thumb adalah paspot mesti sentiasa di badan kita dan jangan disimpan berasingan. Saya menyimpannya di dalam body pouch Pacsafe yang mempunyai ciri keselamatan tinggi tidak boleh digunting serta anti pisau. Ia mahal tetapi sangat berbaloi. 

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo