NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dira bidas Wardina isu DAP

0


SHAH ALAM - Exco Puteri Umno, Khaidhirah Abu Zahar atau Dira menyanggah kenyataan selebriti, Wardina Safiyyah yang mendakwa DAP digunakan untuk menjadi modal menakut-nakutkan orang Islam.

Menurut Dira, apa yang cuba dipraktikkan oleh pembangkang adalah memperkecilkan hak Islam dan orang Melayu di negara ini.


“Jika tidak, masakan DAP berani menyebut Malaysian Malaysia - satu slogan yang agak panas saya kira; di mana falsafahnya mungkin terkandung bahawa Islam bukan agama rasmi, sebaliknya semua agama patut disama ratakan.

“Ini bermaksud golongan murtad perlu diberi hak. Golongan liberalis perlu dibebaskan. Golongan LGBT, yang jelas mencabar undang-undang agama Islam diberi sanjungan. Inikah yang Wardina mahu?,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dira yang juga seorang pelakon berkata, DAP turut mencabar orang Melayu dan Islam dengan menolak RUU 355 dan mengenakan syarat supaya azan diperlahankan di Pulau Pinang.

“Saya kira Wardina anggap perkara ini remeh kerana tiada falsafah maruah bangsa dan agama di parti sebelah sana. Tetapi bagi kami di sini (Umno & BN) akan tetap teguh pada perjuangan kami agar tidak runtuh dek kejarkan kuasa,” katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/politik/dira-bidas-wardina-isu-dap-1.827278

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo