KOTA BHARU - Tuan Sabariah Tuan Ishak mengakui keluarganya mengalami sedikit kekalutan ekoran tindakan anaknya, Nik Omar Nik Abdul Aziz menjadi calon Pakatan Harapan di Dun Chempaka.
Berucap di satu majlis ceramah Pas di Taman Bendahara di Dun Chempaka, isteri kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dilihat sebak apabila membicarakan isu yang melanda keluarganya.
Beliau bagaimanapun meminta masyarakat agar terus mengekal kerusi Dun Chempaka kepada Pas sebagaimana parti yang disertai oleh Allahyarham Nik Abdul Aziz.
"Ambo tuhan uji banyak perkara, cuma ambo tidak turut hok lain, ambo kekalkan hok ni jugak, Tok Guru dah pesan, tak ada dah (parti lain), Pas parti yang terbaik.
"Sebab kalau nak memerintah takkan baik tanpa Islam, sepanjang hidup dengannya, ambo ingat Tok Guru pesan, tidak kisah orang nak kata apa atau mari nak gaya (berkempen) ambo takkan lari.
"Sekarang (kita akui) keluarga pecah sikit, tidak banyak, anak sepuluh orang, seorang sahaja yang ponteng,"katanya ketika dipetik dalam laman Facebook Muslimat Pas Pengkalan Chepa.
Tuan Sabariah berkata, walaupun banyak pihak yang menggelar mereka parti Islam, beliau menegaskan hanya Pas sahaja parti benar- benar melaksanakan Islam sepenuhnya.
KUALA LUMPUR : Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) yang diluluskan Parlimen tidak mendapat kelulusan Majlis Raja-Raja dan tidak pernah dilulus...
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment