NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Amanah ketandusan isu: MB Johor



JOHOR BAHRU - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin enggan melayan desakan Amanah yang mahu dirinya mengisytiharkan harta susulan dakwaan skandal rasuah di negeri ini.

Beliau berkata, desakan disuarakan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub itu hanyalah satu tuduhan malah dilihat sebagai ketandusan isu.

"Itu hanyalah satu tuduhan, sebab dia tidak ada isu lain,"

"Tunggulah mahkamah lagipun perkara ini belum bicara lagi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan MyKasih Food Programme di Dewan Masai, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan Amanah agar dirinya mengisytiharkan harta berikutan dakwaan skandal rasuah yang melanda negeri ini.

Terdahulu, Salahuddin dalam satu kenyataan mendakwa skandal rasuah di Johor yang sebelum ini tidak begitu besar, namun berlaku sebaliknya di bawah pentadbiran Mohamed Khaled.

Katanya, skandal rasuah yang melanda pemerintahan di negeri ini didakwa masih lagi tidak berjaya dijawab dengan baik oleh menteri besar.

Selain itu, Salahuddin berkata, rakyat merasa sangsi, justeru beliau mewakili suara rakyat mendesak agar Mohamed Khaled mengisytiharkan hartanya sekiranya benar-benar tidak terpalit dengan dakwaan itu.--SinarHarian









________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo