NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN Johor Bentang Manifesto PRU April Depan



JOHOR BAHRU, 3 Mac -- Barisan Nasional (BN) Johor akan membentangkan manifestonya pada awal April depan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kata pengerusinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata antara perkara utama dalam manifesto itu adalah menyediakan ekonomi yang sejahtera untuk rakyat negeri ini.

"Kita (BN Johor) akan menekankan ekonomi yang sejahtera, kita punya agenda ekonomi jelas tapi dalam masa yang sama bertujuan untuk membawa kesejahteraan pada rakyat.

"Dalam ekonomi yang sejahtera itu juga fokus utamanya ialah menangani kos sara hidup yang tinggi,"katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian My-Kasih Yayasan Pasir Gudang (YPG) Smart Food Programme 2018 di Johor Bahru, hari ini.--Bernama









________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo