Selangor: Mustahil ADUN PAS berkempen guna peruntukan rakyat - Sallehen



SHAH ALAM: Adalah tidak munasabah apabila menuduh ADUN PAS Selangor menggunakan peruntukan kawasan untuk tujuan kempen pilihan raya, kata Pesuruhjaya PAS negeri, Sallehen Mukhyi.

Sambil menyifatkan pandangan berkenaan sebagai tidak demokratik, Sallehen menegaskan peruntukan berkenaan bukan untuk kegunaan ADUN sebaliknya ia untuk kegunaan rakyat di kawasan DUN masing-masing.

"Ini saya fikir satu kenyataan yang tak demokratik. Sebab sekarang ini peruntukan itu untuk rakyat, bukan untuk PAS. Kalau dibekukan dan tak diberi kepada PAS, jadi apa beza antara PH dan BN?," katanya . 

Malah Sallehen yang juga ADUN Sabak itu mencabar agar semakan dibuat terhadap ADUN PAS Selangor bagi memastikan wakil rakyat parti berkenaan benar-benar menggunakan peruntukan yang diberi untuk rakyat atau sebaliknya. 

"Penyalahgunaan kewangan kalau berlaku, pihak kerajaan negeri boleh ambil tindakan. Sedangkan kegunaan ini untuk rakyat, bukan politik. Wakil rakyat PAS sendiri masih wakil rakyat kerajaan (negeri). Soal politik tak sepatutnya masuk dalam kenyataan itu. 

"Kita masih belum bubar, melainkan kalau dah bubar, barulah munasabah nak kata kita guna untuk kepentingan pilihan raya sedangkan DUN belum bubar dan kita masih berhadapan dengan rakyat," katanya.

Isu peruntukan kawasan kepada ADUN PAS hangat diperkatakan selepas Sallehen mengesahkan 13 wakil rakyatnya di negeri itu tidak memperolehi peruntukan tahunan berjumlah RM800,000 daripada kerajaan negeri.

Sallehen berkata, beliau dimaklumkan pegawai Unit Perancangan Ekonomi (EPU) negeri bahawa peruntukan kepada wakil rakyat parti itu untuk tahun ini akan dibekukan. 

Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali sebelum ini menafikan Kerajaan Selangor menyekat peruntukan wakil rakyat PAS di negeri itu, sebaliknya kelewatan itu disebabkan masalah teknikal.

________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget