Angkat martabat Mahkamah Syariah melalui perundangan negeri


Oleh: Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar
29 Januari 2018


Keputusan Mahkamah Persekutuan pada hari ini amatlah menyedihkan kerana ia menyediakan ‘precedent’ yang anih  dalam isu ini di mana Mahkamah Persekutuan meminggirkan keputusan Mahkamah Persekutuan terdahulu di dalam kes Subahsini melawan Saravanan. Walaupun memang terjadi Mahkamah Persekutuan tidak mengikut prinsip mahkamah yang sama sebelum ini kerana ia tidak mengikat tetapi di dalam kes kepentingan awam seperti ini seharusnya mahkamah konsisten dengan keputusan mereka.

Walau apapun sebagai seorang warganegara kita perlu menerima keputusan ini kerana ia dibuat oleh mahkamah yang kompeten. Masyarakat Islam perlu menunggu kes yang lain untuk berhujah semula bagi mengenepikan penghakiman ini.

Saya mendesak semua kerajaan negeri agar meminda undang-undang tubuh masing masing dengan meletakkan penubuhan Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh sebagaimana yang terdapat dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Trengganu. Dengan cara itu mahkamah syariah akan dilihat sama taraf (at par) dengan mahkamah sivil. Saya juga mendesak semua undang-undang yang menghadkan mahkamah syariah hanya terhad kepada orang Islam sahaja dipinda dengan memberi kelonggaran kepada orang bukan Islam hadir sebagai pihak di mahkamah syariah. Dengan cara ini orang bukan Islam juga boleh mendapat keadilan di mahkamah syariah.

Begitu juga semua undang-undang mengenai pemelukan Islam perlu dikaji semula khususnya tatacara pemelukan Islam bagi kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak boleh bertutur lagi umpamanya tidaklah perlu mengucapkan syahadah bagi pemelukan Islam, cukuplah sekadar ibubapanya beragama Islam.

Saya juga khuatir penghakiman ini akan dijadikan alasan oleh pihak Kerajaan untuk memperkenalkan semula pindaan seksyen 88A kepada Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 yang telah ditolak oleh umat Islam arusperdana. Umat Islam perlu menunjukkan kesatuan bagi menolak sebarang usaha memperkenalkan semula seksyen 88A tersebut.


Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar adalah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia

________________
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
Labels:
Reactions:
[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget