NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes Indira Ghandi ulangan kepada kes Natrah?



Oleh: DR MUHAMMAD FATHI YUSOF
29 Januari 2018
Kes Indira Gandhi a/p Mutho lwn. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak & 2 lagi, yang diputuskan hari ini,  adalah satu lagi episod pertembungan bidang kuasa antara mahkamah sivil dan mahkamah Syariah di Malaysia.

Penjelasan panjang Mahkamah Persekutuan berkait dengan kesan Perkara 121(1A) menggambarkan betapa konflik yang berlaku adalah satu perkara yang besar, bukan sekadar isu perebutan anak dan seumpamanya.

Saya melihat bahawa keputusan dalam kes ini belum mampu memadamkan konflik yang berlaku, bahkan mungkin akan menambahkan kekusutan kepada masalah yang sedia ada.

Misalnya, pendirian mahkamah yang mengambil tafsiran yang sempit dalam menjelaskan peranan mahkamah Syariah adalah satu yang ganjil.

Konsep struktur asas Perlembagaan sepatutnya dilihat secara lebih luas dengan mengambilkira aspek sejarah dan unsur tradisi negara. Oleh yang demikian, mahkamah Syariah tidak sepatutnya dianggap sebagai satu entiti yang berada di luar institusi kehakiman, bahkan is adalah sebahagian dari institusi kehakiman itu sendiri. Jika ia ditafsirkan sebagai berada di luar institusi kehakiman dan pada kedudukan lebih rendah, maka secara tidak langsung ia adalah satu bentuk diskriminasi terhadap orang Islam yang tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah Syariah.

Namun, saya percaya perbahasan ini akan berlanjutan dalam tempoh yang lama. Penyelesaian terbaik ialah dengan menggerakkan usaha untuk mengharmonikan kedua-dua institusi mahkamah ini dengan tersusun dan berperingkat. Masalah konflik bidang kuasa ini akan reda jika kita mencantumkan mahkamah sivil dan mahkamah Syariah menjadi satu institusi yang tunggal dengan menjadikan prinsip Islam sebagai rujukan yang utama.



________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo