NOTIS:

Belum ada lagi....

Dua beradik dilayan macam penjenayah di Jerman kerana vaksin Sinovac

0
SEPANG – Hasrat dua adik-beradik lelaki mahu menyambut Ramadan bersama-sama adik kandung mereka di Dusseldorf, Jerman bertukar menjadi mimpi ngeri.
Kegembiraan mereka yang ditemani ibu bapa dari Kuala Terengganu setelah menempuh perjalanan jauh itu berubah apabila diusir keluar dari negara tersebut.

Ia gara-gara menerima vaksin jenama Coronavac keluaran firma Sinovac Biotech dari China itu tidak diterima pihak berkuasa Jerman walaupun telah lengkap menerima dos penggalak Comirnaty (Pfizer).

Ketika ditemui Kosmo! di dewan ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kelmarin, mereka tetap meluahkan rasa syukur kerana dapat pulang semula ke tanah air.

Salah seorang yang mahu dikenali sebagai Fariq, 30, berkata, walaupun penat lebih 15 jam menaiki dua pesawat berbeza, mereka berasa ralat apabila isu vaksin diterima dipertikaikan.

Ujarnya, mereka sekeluarga tiba di Jerman pada Sabtu lalu untuk menziarahi adik bongsu yang menuntut peringkat sarjana di sebuah universiti di sana.

Meskipun mematuhi segala protokol saringan ketat ditetapkan agensi pelancongan dan syarikat penerbangan Turkish Airlines, vaksin Sinovac pula dijadikan alasan apabila ditolak masuk negara Jerman.

Mengulas lanjut, Fariq berharap kisah pengalaman pahit mereka dilayan bak pesalah jenayah oleh pihak imigresen Jerman, akan menjadi pengajaran kepada penerima vaksin berkenaan. 

Sumber | KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo