NOTIS:
Chong dakwa sentimen kerajaan PH beri kesan kepada prestasi DAP pada PRN Sarawak
Terengganu tarik pelaburan RM8.5b sepanjang 2021
KUALA TERENGGANU: Terengganu merekodkan jumlah pelaburan kira-kira RM8.5 bilion sepanjang tahun 2021 walaupun negara berdepan pandemik Covid-19.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pelaburan, Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar, berkata pihaknya percaya kehadiran pelaburan luar itu susulan keyakinan pelabur terhadap kestabilan politik dan ekonomi di Terengganu.
Advertisement
Katanya, pelaburan tertinggi diterima adalah daripada sebuah syarikat yang akan mengeluarkan panel solar berjumlah RM5.1 bilion bulan lalu.
“Syarikat pengeluar besi iaitu Eastern Steel Sdn Bhd yang beroperasi di kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman juga turut mengesahkan untuk menambah pelaburan sebanyak RM3 bilion.
“Kita juga turut menandatangani tiga perjanjian daripada tiga syarikat membabitkan jumlah pelaburan bernilai RM600 juta.
“Tiga syarikat tempatan itu bersetuju untuk melabur dan membina kilang termasuk dalam bidang pemprosesan sisa berjadual dan loji janakuasa elektrik,” katanya pada media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Permint Plywood Sdn Bhd dan Timber Industry Traning Centre (TTITC), di sini, kelmarin.
Mengulas lanjut, Tengku Hassan berkata, kerajaan negeri juga menerima permohonan beberapa syarikat termasuk dari Korea untuk melabur di negeri ini tahun depan.
Katanya, dua syarikat tempatan juga menunjukkan minat untuk melabur dalam bidang pembinaan hotel bertaraf lima bintang di Pulau Perhentian dan Pulau Kapas.
“Projek di Pulau Perhentian akan dimulakan dalam tempoh terdekat, Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan antara Lembaga Tabung Amanah Warisan Terengganu dengan Syarikat Pora-Pora Hotel sudah dimeterai pada 1 Disember lalu.
“Manakala projek pembinaan hotel di Pulau Kapas akan dimulakan sebaik selesai MoU yang dijangka akan berlangsung pada bulan depan,” katanya. – TRDI.my
Gelang Elektronik : Kenapa layan jemaah umrah macam penjenayah? - Toqqi PPIM
https://www.samudera.my/gelang-elektronik-untuk-jemaah-umrah-toqqi-mahu-kj-henti-berlakon/
Kanta Lekap Pintar AR Apple, Dijangka Hadir Seawal 2030
Apple pada tahun hadapan, 2022 dijangka memperkenalkan sebuah set kepala memfokuskan arena realiti gabungan atau realiti terimbuh. Ia bakal menjadi titik tolak sebelum Apple hadir dengan beberapa peranti yang digunakan pada bahagian kepala untuk kekal berinteraksi secara digital.
Mengikut penganalisa popular Ming Chi-Kuo, Apple dijangka memfokuskan kepada peranti berbentuk realiti-gabungan dan realiti-terimbuh yang dipakai pada kepala pada 2022.
Seterusnya, gergasi perkomputeran berkenaan dijangka akan mengoptimasi dan hadir dengan rekaan berbentuk kaca mata pintar menjelang 2025 kelak.
Apple seterusnya dijangka akan terus mengoptimasikan, dan hadir dengan kanta lekap pintar AR menjelang antara 2030 ke 2040.
Dengana langkah ini, pengguna boleh menikmati arena realiti maya terus menggunakan kanta lekap pintar tanpa perlu memakai set kepala atau kaca mata pintar yang mungkin tidak selesa bagi sesetengah pengguna.
Sebelum ini, ia sedia dijangka yang mana areena realiti-terimbuh akan membawa kepada pulangan tinggi kepada Apple, dengan fokus perniagaan sebesar perniagaan iPhone pada hari ini.
Dengan perkembangan dunia alam meta dan sebagainya, tidak mustahil kita melihat dunia alam meta dan realiti-terimbuh dapat dinikmati dengan hanya memakai kanta lekap sahaja.
Kerajaan Umum Rebat RM500 Untuk Pembelian Barangan Elektrik, Khusus Bagi Mangsa Banjir
Kerajaan kini mengumumkan pengenalan program rebat bernilai RM500 khusus untuk mangsa banjir yang terjejas, dalam membeli barangan elektrik domestik. Program ini akan dimulakan bermula 7 Januari 2022, dan dijangka memberi manfaat kepada lebih 80,000 isi rumah.
Program ini akan dikendalikan melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA). Sebanyak 1400 premis kedai dijangka terlibat dalam program rebat pembelian barangan keperluan elektrik ini.
Selain melalui kedai barangan elektrik, mereka yang terjejas dengan banjir juga dijangka akan dapat menggunakan platform atas-talian Shopee, Lazada dan PG Mall untuk tujuan pembelian, dan menikmati rebat RM500 ini.
Senarai mangsa banjir yang layak untuk program rebat ini dikatakan akan diperolehi daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Kerajaan dijangka berkongsi lanjut berkaitan program rebat ini menjelang tarikh 7 Januari 2022 ini.
--AMANZ
Telegram Tambah Ciri Reaksi Emoji Untuk Mesej
Selepas ujian dalam bentuk beta, Telegram kini telah memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi permesejan mereka, sekaligus menambah ciri reaksi emoji untuk mesej.
Dengan ciri ini, pengguna boleh tap pada sesuatu mesej dan memilih reaksi yang ingin diberikan terhadap sesuatu mesej dalam bentuk emoji – tanpa perlu membalas teks untuknya.
Selain itu, pengguna juga boleh dwi-tap pada sesuatu mesej dalam memberikan reaksi “Thumbs Up” pantas untuk sesuatu mesej.
Ciri ini diaktifkan secara automatik untuk semua perbualan peribadi, sementara pentadbir kumpulan dan Channel boleh mengaktifkannya melalui halaman tetapan.
--AMANZ
Pengeluaran Samsungg catat 4 Kali Ganda Telefon Boleh-Lipat Pada 2021 Berbanding 2020
Samsung pada awalnya telah memperlihatkan prototaip pertama telefon dengan skrin boleh-lipat pada 2011 yang lepas, sebelum memasarkan peranti pertama sekitar tiga tahun lepas. Sejak daripada itu, arena telefon boleh-lipat telah berubah, dan memperlihatkan penyertaan ramai pihak.
Samsung kini mengatakan tahun 2021 menyaksikan peningkatan pengeluaran dan pemasaran telefon boleh-lipat sehingga 4 kali ganda berbanding dengan 2020, sekaligus mengatasi analisa pelbagai pihak.
Malah, Samsung turut mengatakan jualan Galaxy Z Fold3 dan juga Galaxy Z Flip3 berjaya mengatasi jualan keseluruhan peranti boleh-lipat Samsung tahun lepas dalam bulan pertama jualan pada tahun ini.
Samsung turut menyasarkan peningkatan permintaan untuk telefon boleh-lipat meningkat sehingga 10 kali ganda pada 2023 kelak.
Hal ini juga selari dengan penyertaan pelbagai pihak dalam arena ini, termasuk Huawei, Xiaomi, dan juga paling terbaru adalah Oppo.
--AMANZ
Arab Saudi: Penjarakan fizikal di Masjidil Haram dilaksanakan semula
| Umat Islam menunaikan solat tarawih di sekitar Kaabah di kompleks bangunan Masjidil Haram, Mekah pada 13 April lalu. - AFP |
RIYADH – Presidensi Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci semalam mengumumkan pelaksanaan semula peraturan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal yang diwajibkan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, berkuat kuasa pukul 7 pagi (waktu tempatan) hari ini, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.
Pihak berkuasa Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata, ia memutuskan untuk melaksanakan semula langkah-langkah penjarakan fizikal dalam kalangan jemaah umrah dengan menjarakkan sejadah dan semasa melakukan tawaf bagi menjaga kesihatan dan keselamatan jemaah.
Susulan itu, pihak presidensi menyeru semua jemaah dan pekerja di Dua Masjid Suci untuk mematuhi langkah berjaga-jaga dengan memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.
Mereka turut diarah mematuhi masa untuk masuk ke dalam masjid mengikut masa yang ditetapkan dalam permit umrah dan solat yang dikeluarkan oleh aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna.
Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi semalam turut mengumumkan pelaksanaan semula peraturan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di semua kawasan tertutup dan terbuka negara itu, juga berkuat kuasa hari ini.
Ia dilakukan sebagai langkah baharu untuk membendung penularan varian Omicron serta lonjakan kes harian Covid-19 di negara itu. – AGENSI
Terengganu catat pelaburan RM8.5b sepanjang 2021
| Tengku Hassan (kiri) menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Permint Plywood Sdn Bhd (PPSB) dan Terengganu Timber Industry Training Centre (TTITC). |
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pelaburan, Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar, berkata pihaknya percaya kehadiran pelaburan luar itu susulan keyakinan pelabur terhadap kestabilan politik dan ekonomi di Terengganu.
Katanya, pelaburan tertinggi diterima adalah daripada sebuah syarikat yang akan mengeluarkan panel solar berjumlah RM5.1 bilion bulan lalu.
“Syarikat pengeluar besi iaitu Eastern Steel Sdn Bhd yang beroperasi di kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman juga turut mengesahkan untuk menambah pelaburan sebanyak RM3 bilion.
“Kita juga turut menandatangani tiga perjanjian daripada tiga syarikat membabitkan jumlah pelaburan bernilai RM600 juta.
“Tiga syarikat tempatan itu bersetuju untuk melabur dan membina kilang termasuk dalam bidang pemprosesan sisa berjadual dan loji janakuasa elektrik,” katanya pada media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Permint Plywood Sdn Bhd dan Timber Industry Traning Centre (TTITC), di sini, kelmarin.
Mengulas lanjut, Tengku Hassan berkata, kerajaan negeri juga menerima permohonan beberapa syarikat termasuk dari Korea untuk melabur di negeri ini tahun depan.
Katanya, dua syarikat tempatan juga menunjukkan minat untuk melabur dalam bidang pembinaan hotel bertaraf lima bintang di Pulau Perhentian dan Pulau Kapas.
“Projek di Pulau Perhentian akan dimulakan dalam tempoh terdekat, Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan antara Lembaga Tabung Amanah Warisan Terengganu dengan Syarikat Pora-Pora Hotel sudah dimeterai pada 1 Disember lalu.
“Manakala projek pembinaan hotel di Pulau Kapas akan dimulakan sebaik selesai MoU yang dijangka akan berlangsung pada bulan depan,” katanya. – TRDI.my
PRU15: Majlis Syura setuju perkasa MN, PN, Satukan kuasa politik umat Islam
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin berkata, persetujuan itu dicapai Majlis Syura Ulamak yang bersidang semalam (29 Disember) bertajuk ‘Hala Tuju Ta’awun Siyaasi dan Misi Pilihan raya PAS Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)’.
Menurutnya, perundingan kerusi antara parti-parti Melayu Islam perlu dilaksanakan semaksimumnya bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru dalam PRU15 dan bagi mendapat kemenangan dengan majoriti besar.
Ini, jelasnya selaras dengan panduan Allah dalam Surah al-Anfal, ayat 46 yang bermaksud: “Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah bertelingkah lalu kamu gagal dan hilanglah kekuatan kamu. Dan bersabarlah kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar”
Beliau menambah, semangat ta’awun siyasi dalam MN dan PN juga hendaklah sentiasa disuburkan oleh pimpinan dan ahli parti-parti politik Melayu Islam dengan pertemuan bersemuka dan bermusyawarah secara berterusan.
“Masing-masing hendaklah sentiasa berlapang dada, saling memaafkan dan mengelak daripada menjadikan media terbuka termasuk media sosial sebagai medium perantaraan bagi menyelesaikan krisis dan pertikaian,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, ia sesuai dengan perintah Allah dalam Surah Ali Imran ayat 159 yang bermaksud: “Maka dengan rahmat daripada Allah kamu bersikap lunak terhadap mereka. Dan jika kamu bersikap kasar, keras hati pasti mereka bertempiaran lari dari keliling kamu maka maafkanlah mereka, mohonlah keampunan Allah buat mereka dan berunding serta bermusyawarah dengan mereka dalam urusan tersebut. Seterusnya apabila kamu telah bertekad maka bertawakkal berserah dirilah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah suka orang-orang yang sentiasa bertawakkal menyerah diri (kepada Allah)”.
Tambah beliau lagi, Majlis Syura Ulamak juga mengucapkan takziah kepada mangsa banjir dan terima kasih tidak terhingga kepada misi-misi bantuan yang sedang berjalan.
“Dalam masa yang sama, Majlis Syura Ulamak menyeru semua lapisan masyarakat melipatgandakan lagi usaha-usaha membantu mangsa banjir yang terjejas teruk dari sudut material,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/12/2021
Jemaah Umrah Dilayan Macam Penjenayah – Toqqi PPIM
Kenyataan ini dikeluarkan selepas beliau menerima aduan daripada pelbagai pihak mengenai peraturan yang berbeza dikenakan ke atas mereka yang kembali dari luar negara terutama dari Mekah.
“Kelmarin, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan arahan memerlukan mereka yang pulang dari melaksanakan umrah memakai gelang elektronik (electronic bracelet) manakala mereka yang kembali dari London hanya memerlukan gelang merah jambu (pink bracelet).”
Peraturan sebegitu menurut Datuk Nadzim atau lebih dikenali dengan panggilan Toqqi dilihat seperti seolah-olah mereka yang baru pulang dari Makkah adalah penjenayah yang menjalani perintah sekatan.
Manakala mereka yang pulang dari melancong sebagai rakyat yang diringankan hukumannya.
“Adakah arahan berbeza ini menunjukkan bahawa mereka yang pulang dari menunaikan ibadat menjadikan lebih rentan dari mereka yang pulang dari melancong?” soal beliau.
Toqqi menegaskan, keadaan di Makkah atau London atau di mana-mana sahaja semuanya telah terdedah kepada virus COVID-19 atau varian terbaharunya, Omicron.
Justeru, Toqqi mahu Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin supaya menghentikan lakonan dan berpijak di bumi nyata serta tidak membeza-bezakan layanan terhadap rakyat yang pulang ke negara ini.
‘Sudah lama nak solat, saya cemburu dengan orang Islam’
Arab Saudi laksana semula penjarakan fizikal di Masjidil Haram
Perkasa Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional - Majlis Syura Ulamak
Dilarang jual arak di Kuala Kangsar bermula Januari ini
COVID-19: Ciri “MySJ Trace” Kini Tersedia Untuk Pengguna iPhone
Selepas ditawarkan untuk pengguna peranti Huawei dan juga Android, kini pihak kerajaan telah pun turut mula menawarkan kemaskini MySejahtera baharu bersama ciri “MySJ Trace” untuk pengguna iPhone.
MySJ Trace menggunakan sokongan Bluetooth, dan digunakan dalam mengenal-pasti kontak rapat. Data direkodkan apabila peranti pengguna berselisih dengan peranti pengguna lain – sekaligus memudahkan lagi proses pengesanan kontak rapat.
Untuk menggunakan MySJ Trace, pengguna perlu menjalankan iOS 10 dan ke atas, selain mengemaskini aplikasi MySejahtera serta mengaktifkan ciri MySJ Trace ini.
Bersama-sama kemaskini ini juga, MySejahtera telah membuang butang “Check-Out” untuk daftar lokasi.
--AMANZ
Bantu Mangsa Banjir Malaysia, Xiaomi Sumbang Lebih RM400k
Xiaomi kini mengumumkan mereka telah menyumbang sebanyak $100,000 (~RM418,150) kepada Yayasan Food Bank Malaysia, dalam membantu mangsa banjir kurang berkemampuan, dalam membina kembali kehidupan mereka.
Selain sumbangan di Malaysia, Xiaomi juga turut melakukan sumbangan amaun yang sama di Filipina.
Dengan langkah sumbangan ini, ia dijangka akan mengurangkan beban yang ditanggung mangsa banjir.
Selain Xiaomi, sebelum ini beberapa pihak telah menyatakan sokongan dan bantuan, termasuk pihak Apple sendiri.
--AMANZ
Sentimen kerajaan PH beri kesan kepada prestasi DAP pada PRN Sarawak - Chong
Beliau berkata semasa menerajui pentadbiran kerajaan persekutuan sebelum ini, PH dilihat tidak berupaya memenuhi jangkaan orang ramai yang mengundi mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.
Menurutnya walaupun PH telah membawa pelbagai pembaharuan dalam sistem kerajaan di samping memperkenalkan langkah-langkah tadbir urus yang baik, pakatan itu tetap tidak dapat memenuhi segala kehendak yang diharapkan orang ramai daripada mereka.
“Kita juga faham bahawa peratus keluar mengundi yang rendah dan pecah undi pembangkang pada PRN12 adalah disebabkan sentimen umum dalam kalangan pengundi di kebanyakan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak.
“Bagi mereka yang mengundi DAP pada PRU 2018 namun memutuskan untuk tidak lagi memberi sokongan pada PRN12 kerana melihat kami tidak dapat memenuhi harapan anda, kami ingin memohon maaf terhadap segala kekurangan,” katanya pada persidangan media hari ini.
Chong berkata DAP akan terus memainkan peranannya sebagai pembangkang yang bertanggungjawab di Sarawak, di samping menyokong kebenaran dan menentang apa sahaja yang dilihat ‘tidak betul’ dalam kerajaan semasa.
PRN12 pada 18 Dis lepas menyaksikan DAP hanya mampu memenangi dua kerusi DUN, yakni DUN Padungan yang dimenangi Chong, dan DUN Pending yang dimenangi oleh Violet Yong. - BERNAMA
