NOTIS:

Belum ada lagi....

Terengganu catat pelaburan RM8.5b sepanjang 2021

0
Tengku Hassan (kiri) menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Permint Plywood Sdn Bhd (PPSB) dan Terengganu Timber Industry Training Centre (TTITC).

KUALA TERENGGANU: Terengganu merekodkan jumlah pelaburan kira-kira RM8.5 bilion sepanjang tahun 2021 walaupun negara berdepan pandemik Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pelaburan, Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar, berkata pihaknya percaya kehadiran pelaburan luar itu susulan keyakinan pelabur terhadap kestabilan politik dan ekonomi di Terengganu.

Katanya, pelaburan tertinggi diterima adalah daripada sebuah syarikat yang akan mengeluarkan panel solar berjumlah RM5.1 bilion bulan lalu.

“Syarikat pengeluar besi iaitu Eastern Steel Sdn Bhd yang beroperasi di kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman juga turut mengesahkan untuk menambah pelaburan sebanyak RM3 bilion.

“Kita juga turut menandatangani tiga perjanjian daripada tiga syarikat membabitkan jumlah pelaburan bernilai RM600 juta.

“Tiga syarikat tempatan itu bersetuju untuk melabur dan membina kilang termasuk dalam bidang pemprosesan sisa berjadual dan loji janakuasa elektrik,” katanya pada media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Permint Plywood Sdn Bhd dan Timber Industry Traning Centre (TTITC), di sini, kelmarin.

Mengulas lanjut, Tengku Hassan berkata, kerajaan negeri juga menerima permohonan beberapa syarikat termasuk dari Korea untuk melabur di negeri ini tahun depan.

Katanya, dua syarikat tempatan juga menunjukkan minat untuk melabur dalam bidang pembinaan hotel bertaraf lima bintang di Pulau Perhentian dan Pulau Kapas.

“Projek di Pulau Perhentian akan dimulakan dalam tempoh terdekat, Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan antara Lembaga Tabung Amanah Warisan Terengganu dengan Syarikat Pora-Pora Hotel sudah dimeterai pada 1 Disember lalu.

“Manakala projek pembinaan hotel di Pulau Kapas akan dimulakan sebaik selesai MoU yang dijangka akan berlangsung pada bulan depan,” katanya. – TRDI.my




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo