NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengeluaran Samsungg catat 4 Kali Ganda Telefon Boleh-Lipat Pada 2021 Berbanding 2020


Samsung pada awalnya telah memperlihatkan prototaip pertama telefon dengan skrin boleh-lipat pada 2011 yang lepas, sebelum memasarkan peranti pertama sekitar tiga tahun lepas. Sejak daripada itu, arena telefon boleh-lipat telah berubah, dan memperlihatkan penyertaan ramai pihak.

Samsung kini mengatakan tahun 2021 menyaksikan peningkatan pengeluaran dan pemasaran telefon boleh-lipat sehingga 4 kali ganda berbanding dengan 2020, sekaligus mengatasi analisa pelbagai pihak.

Malah, Samsung turut mengatakan jualan Galaxy Z Fold3 dan juga Galaxy Z Flip3 berjaya mengatasi jualan keseluruhan peranti boleh-lipat Samsung tahun lepas dalam bulan pertama jualan pada tahun ini.

Samsung turut menyasarkan peningkatan permintaan untuk telefon boleh-lipat meningkat sehingga 10 kali ganda pada 2023 kelak.

Hal ini juga selari dengan penyertaan pelbagai pihak dalam arena ini, termasuk Huawei, Xiaomi, dan juga paling terbaru adalah Oppo.


--AMANZ



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo