NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Umum Rebat RM500 Untuk Pembelian Barangan Elektrik, Khusus Bagi Mangsa Banjir


Kerajaan kini mengumumkan pengenalan program rebat bernilai RM500 khusus untuk mangsa banjir yang terjejas, dalam membeli barangan elektrik domestik. Program ini akan dimulakan bermula 7 Januari 2022, dan dijangka memberi manfaat kepada lebih 80,000 isi rumah.

Program ini akan dikendalikan melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA). Sebanyak 1400 premis kedai dijangka terlibat dalam program rebat pembelian barangan keperluan elektrik ini.

Selain melalui kedai barangan elektrik, mereka yang terjejas dengan banjir juga dijangka akan dapat menggunakan platform atas-talian Shopee, Lazada dan PG Mall untuk tujuan pembelian, dan menikmati rebat RM500 ini.

Senarai mangsa banjir yang layak untuk program rebat ini dikatakan akan diperolehi daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Kerajaan dijangka berkongsi lanjut berkaitan program rebat ini menjelang tarikh 7 Januari 2022 ini.


--AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo