NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Bapa” juga bermaksud “Ibu”: Hakim mengambil alih kuasa Parlimen dan Majlis Raja-Raja



“BAPA” JUGA BERMAKSUD “IBU”: HAKIM MENGAMBIL ALIH KUASA PARLIMEN DAN MAJLIS RAJA-RAJA

Oleh:Tun Abdul Hamid Mohamad

Kes berkenaan difail oleh sekumpulan ibu warganegara Malaysia yang suami mereka bukan warganegara Malaysia, memohon perisytiharan bahawa anak-anak mereka yang dilahirkan di luar Malaysia, adalah warganegara Malaysia dengan kuat kuasa undang-undang.

Peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang berkenaan adalah Perkara 14(1)(b) dan Jadual Kedua, Bahagian ll, perenggan 1(b).

Perkara 14(1)(b) memperuntukkan:

“14. (1) Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, orang yang berikut ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:

(a)…….; dan

(b) tiap-tiap orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia dan

mempunyai mana-mana kelayakan yang dinyatakan dalam Bahagian II

Jadual Kedua.”

Jadual Kedua, Bahagian ll memperuntukkan:

“1. Tertakluk kepada peruntukan Bahagian III Perlembagaan ini, orang yang berikut yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:

(a) tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara atau bermastautin secara tetap di Persekutuan; dan

(b) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan yang bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara dan sama ada telah lahir di Persekutuan atau pada masa kelahiran itu berada dalam perkhidmatan Persekutuan atau perkhidmatan sesuatu Negeri; dan

Perhatikan perkataan “ibu bapanya” di sub-perenggan (a) dan perkataan “bapanya” di sub-perenggan (b) yang kedua-duanya saya hitamkan. Saya akan bincangkan keduanya kemudian.

Buat masa ini, kita beri perhatian kepada perkataan “bapanya” di perenggan (b). Mengikut peruntukan ini hanya anak yang bapanya seorang warganegara yang menjadi warganegara dengan kuat kuasa undang-undang. Plaintif (ibu-ibu tersebut) memohon perisytiharan bahawa anak-anak mereka berhak menjadi warganegara dengan kuat kuasa undang-undang berdasarkan peruntukan Perkara 8, Perlembagaan (kesamarataan, equality)).

Perkara 8, antara lain, memperuntukkan:
“8. (1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang- undang.

(2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang…”

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akhtar Tahir, memberi penghakiman memihak kepada plaintif-plaintif yang bererti semua anak-anak dalam kategori tersebut adalah warganegara dengan kuat kuasa undang-undang.

Beliau mengakui bahawa berdasarkan peruntukan Perkara 14(1)(b) dan Jadual Kedua, Bahagian ll, perenggan 1(b), “hanya bapa, jika dia seorang warganegara, boleh memberikan kewarganegaraan kapada anaknya.” (Terjemahan saya).

Tetapi, beliau merujuk kepada Perkara 8 mengenai kesamarataan dan menghalang diskriminasi dan mengatakan bahawa peruntukan-peruntukan Perkara 14(1)(b), Jadual Kedua, Bahagian ll, perenggan 1(b) dan Perkara 8 sepatutnyalah ditafsirkan secara harmoni dan bertujuan (harmoniously and purposively) dan, memutuskan bahawa perkataan “bapa” hendaklah dibaca sebagai termasuk “ibu”. Oleh itu anak-anak kepada ibu-ibu itu juga berhak menjadi warganegara dengan kuat kuasa undang-undang.

Seterusnya, beliau menekankan bahwa “Mahkamah bukanlah cuba mengubah dasar atau merombak undang-undang. Dasar tersebut telah ditetapkan oleh kerajaan di mana kerajaan mengiktiraf prinsip jus sanguinis – dengan memberikan kewarganegaraan kepada kanak-kanak yang dilahirkan di luar Persekutuan. Sehubungan dengan itu, peruntukan berkenaan telah digubal oleh Parlimen….

Apa yang ingin dilakukan Mahkamah adalah melaksanakan undang-undang dengan cara yang akan menemui remedy kepada rungutan Plaintif… rungutan Plaintif adalah benar… ” (Terjemahan saya).

Sebelum saya teruskan eloklah saya jelaskan bahawa saya tidak kisah sama ada perempuan warganegara Malaysia hendak diberi hak sama dengan lelaki warganegara Malaysia dalam hal kerakyatan anak yang bapanya bukan warganegara Malaysia yang dilahirkan di luar Malaysia, atau tidak. Itu soal dasar dan saya tekankan ia hendaklah dilakukan dengan betul. Tumpuan saya dalam rencana ini adalah kepada alasan atau hujah yang diberi oleh Hakim berkenaan, bukan sama ada saya sukakan hasil (result) penghakiman itu atau tidak.

Kita perlu mengambil ingatan terlebih dahulu bahawa tugas hakim adalah untuk membuat keputusan mengikut undang-undang, bukan untuk membuat atau meminda undang-undang untuk mencari remedy bagi sesuatu kes di hadapannya. Hakim hanya boleh mengguna undang-undang yang ada untuk memutuskan kes di hadapannya. Bahawa, pada pandangannya terdapat diskriminasi dan rungutan plaintif-plaintif yang disokong oleh pandangan awam tidak memberi kuasa kepada Hakim untuk meminda undang-undang atas nama “tafsiran” untuk memberi remedy kepada plaintif-plaintif.

Jika seorang Hakim berpendapat sesuatu undang-undang itu patut dipinda, beliau boleh mengesyorkannya dalam penghakimannya. Saya pernah berbuat demikian dan ada cadangan saya yang Parlimen telah membuat pindaan-pindaan berkenaan. Bukanlah tugas Badan Kehakiman untuk menyelesaikan masalah Badan Perundangan dan Badan Perundangan tidak sepatutnya mengharapkan Badan Kehakiman menyelesaikan masalahnya. Dan Hakim tidak boleh mengambil alih bidang kuasa Parlimen kerana Hakim bukan Parlimen, dan sebaliknya.

Dalam kes CTEB v Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Malaysia, Civil Appeal No: 01(i)-34-10/2019(W) Rohana PMR, menulis penghakiman majority, antara lain, berkata:

“…tidak semua bentuk diskriminasi dilindungi oleh Perkara 8. Perkara 8 bermula dengan “Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini…”. Pendek kata, diskriminasi yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan bukanlah bentuk diskriminasi yang ingin dilindungi oleh Perkara 8. Sebenarnya terdapat beberapa peruntukan diskriminasi yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan termasuklah Perkara 14. Oleh kerana kesan diskriminasi dari Perkara 14 adalah yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan, adalah tidak masuk akal dan nyata sekali kurangnya pemahaman tentang Perkara 8 untuk memakai doktrin klasifikasi wajar kepada Perkara 14”. (Terjemahan saya).

[88] Semua isu ini menimbulkan persoalan adakah Badan Kehakiman dalam menjalankan tugas kehakimannya menurut Perlembagaan diberi kuasa untuk tidak menghirau atau mengabaikan arahan Perlembagaan yang jelas dan mengatasi bias gender yang dibenarkan atas nama tafsiran Perlembagaan yang progresif. Oleh kerana Perlembagaan Persekutuan membezakan antara anak yang sah dan anak luar nikah, (antara) seorang ayah dan ibu kepada anak luar nikah, bolehkah Mahkamah mengubah diskriminasi itu untuk memastikan Perlembagaan itu hidup secara dinamis untuk mengelakkannya terkunci dan menjadi fosil pada tahun 1963.” (Terjemahan saya).

“…Kita semua tahu bahawa tidak ada keutamaan kehakiman yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan, dan kuasa untuk meminda Perlembagaan hanya terletak pada Parlimen berdasarkan Perkara 159. Mahkamah tidak boleh sesuka hati cuba menulis semula teks bertulis yang jelas Perlembagaan Persekutuan kerana ia akan membawa kepada kekarutan.” (Terjemahan saya).

Oleh itu, walaupun Hakim-hakim majority dalam kes Mahkamah Persekutuan tersebut besetuju diskriminasi itu perlu diatasi, mereka menolak permohonan itu kerana melakukan sebaliknya adalah di luar bidang kuasa mahkamah dan tugas Hakim.

Perlu diingati bahawa ini adah penghakiman Mahkamah Persekutuan. Walaupun terdapat berbezaan mengenai fakta bagi kedua-dua kes berkenaan, tetapi prinsip tafsiran Perlembagaan adalah sama; kedua-dua kes itu adalah mengenai kewarganegaraan; malah, peruntukan Perlembagaan yang sama juga terpakai, melainkan dalam kes ETAB, Seksyen 17 juga berkenaan. Adalah menghairankan jika peguam persekutuan yang menghujahkan kes tersebut, pegawai penyelidik Hakim bekenaan dan Hakim itu sendiri terlepas pandang penghakiman tersebut yang dikeluarkan hanya empat bulan sebelum keputusan kes ini dibuat.

Lebih menghairankan ialah bagaimana Hakim Mahkamah Tinggi itu boleh terlepas pandang tujuh perkataan (versi Bahasa Inggeris yang authoritative) iaitu “Except as expressly authorized by this Constitution” di permulaan Perkara 8(2) yang menjadi sandarannya, jika beliau membacanya semasa menulis penghakiman itu.

Kesilapan paling nyata yang dilakukan oleh Hakim Akhtar ialah menggunakan (apply) peruntukan Perkara 8 dalam “mentafsirkan” Perkara 14(1)(b) dan Jadual Kedua, Bahagian ll, perenggan 1(b). Sebenarnya, Perkara 8 tidak terpakai kepada Perkara 14(1)(b) dan Jadual Kedua, Bahagian ll, perenggan 1(b) kerana semua dikriminasi yang disebut dalam Perlembagaan adalah dikecualikan daripada operasi Perkara 8(2) dan dibenarkan. Atas alasan ini sahaja rayuan terhadap penghakiman itu patut dibenarkan.

Bagaimana Hakim itu boleh memutuskan bahawa perkataan “bapa” juga termasuk “ibu” tidak masuk akal. Kanak-kanak umur dua tahun pun tahu perbezaan antara “bapa” dan “ibu” dan tidak pernah memanggil bapa kepada ibu dan sebaliknya. Masakan penggubal Perlembagaan dan Ahli-Ahli Parlimen yang meluluskan Perlembagaan itu kesemuanya tidak tahu perbezaan di antara “bapa” dan “ibu” atau terkeliru dalam menggunakan perkataan “bapa” dalam Jadual Kedua, Bahagian ll, perenggan 1(b).

Perhatikan dalam perenggan 1(a) yang terletak betul-betul sebelum perenggan 1(b), penggubal Perlembagaan itu menggunakam frasa “sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya”. Ini menunjukkan tujuan mereka dalam perenggan 1(b) adalah bapa, berlainan daripada perkataan ibu bapa yang digunakan dalam perenggan 1(a). Setelah mentafsirkan perkataan “bapa” termasuk “ibu”, bagaimana perkataan “ibu bapa” hendak ditafsirkan? Bapa termasuk ibu dan ibu termasuk bapa? Jika “bapa” sudah termasuk ibu, apa perlunya menggunakan perkataan “ibu bapa” lagi?

Hakim itu menekankan bahawa “Mahkamah bukanlah cuba mengubah dasar atau merombak undang-undang…Apa yang dilakukan Mahkamah adalah melaksanakan undang-undang dengan cara yang akan menemui remedy kepada rungutan Plaintif… rungutan Plaintif adalah benar…”

Soalan: Parlimen telah menetapkan hak itu diberi kepada anak yang bapanya seorang warganegara. Mahkamah telah memutuskan anak yang ibunya seorang warganegara juga mendapat hak yang sama dengan menambah perkataan “ibu” kepada perkataan “bapa”. Bukankah itu satu perubahan dasar yang hanya boleh dilakukan oleh Parlimen melalui pindaan kepada Perlembagaan?

Untuk memindanya pun, bukan sahaja memerlukan undi sebanyak tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli Majlis Dewan Rakyat dan Dewan Negara, tetapi juga persetujuan Majlis Raja-Raja. Mengikut penghakiman ini, perubahan itu boleh dilakukan oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi sahaja.

Hujah-hujah lain yang diberikan oleh Hakim berkenaan tidaklah perlu dibincang dalam rencana ini kerana rencana ini bukanlah review penghakiman. Memadailah dikatakan terdapat kekeliruan dalam hujah-hujah beliau dan jika baliau betul pun, ia tidak cukup untuk memberi alasan beliau membuat tafsiran demikian, terutama sekali kerana adanya pengecualian kepada pemakaian (application) Perkara 8(2) kepada diskriminasi yang disebut dalam Perlembagaan. Dan, jangan lupa, Hakim itu tidak boleh lari daripada penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes CTEB v Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Malaysia.

Sesuatu penghakiman itu tidak semestinya betul semata-mata kerana kita sukakan hasilnya (result/outcome). Ia betul jika ia mengikut undang-undang yang terpakai pada masa itu.

Kita boleh faham jika Plaintif-Plaintif dalam kes itu, peguam-peguam mereka dan NGO-NGO yang memperjuangkan isu itu bergembira, memuji penghakiman itu dan manyanjung tinggi Hakim berkenaan kerana penghakiman itu memberi apa yang mereka mahu. Bagi mereka, jika sesuatu penghakiman itu bersesuaian dengan kehendak mereka, maka ia betul dan dipuji, termasuk Hakim yang memutuskannya. Jika sebaliknya, penghakiman itu salah dan dikritik, termasuk Hakim berkenaan.

Tetapi, berlainan halnya dengan Peguam Negara dan anggota-anggota pentadbiran sama ada dari Badan Eksekutif (seperti Menteri), atau Badan Perundangan (Ahli-Ahli Parlimen). Mereka perlu melihat di mana terletak masalahnya dan cara yang betul mengikut undang-undang untuk mengatasinya. Jika tugas itu terletak di atas bahu mereka, mereka hendaklah melakukannya.

Dalam hal ini adalah jelas terdapat kesilapan undang-undang dalam keputusan kes ini. Biarlah Peguam Negara cuba membetulkannya dahulu melalui rayuan hingga ke Mahkamah tertinggi. Jika Mahkamah Persekutuan overturn penghakiman Mahkamah Tinggi itu dan kerajaan berpendapat masalah diskriminasi gender dalam hal ini perlu dibetulkan, maka adalah menjadi tanggungjawab Menteri berkenaan, dengan bantuan Peguam Negara, menyediakan rang undang-undang untuk meminda Perlembagaan untuk dibawa ke Parlimen. Jika Ahli-Ahli Parlimen pembangkang juga sependapat dengan Kerajaan, dalam hal ini tentu sekali, maka mereka hendaklah menyokongnya untuk memberi majoriti dua pertiga bagi meluluskannya.

Sebaliknya, jika Mahkamah Persekutuan mengesahkan penghakiman Mahkamah Tinggi itu, maka Ahli-Ahli Parlimen sepatutnya waspada, bukan gembira, kerana Hakim-Hakim itu telah mengambil alih tugas mereka.

Hal yang sama telah berlaku apabila Mahkamah Persekutuan, dalam kes Semenyih Jaya Sdn Bhd v Pentadbir Tanah Hulu Langat (2017) 3 MLJ 561 telah mengikut penghakiman Mahkamah Agung India dan menerima prinsip ciptaannya mengenai basic structure Perlembagaan. (Lihat, antara lain, Hakim Bukan Parlimen 30 03 2018)

Sambil kita tidak menentang hasil (result/outcome) kes ini, kita perlu faham akan bahayanya implikasi penghakiman ini jika ia kekal apatah lagi jika ia disahkan oleh Mahkamah Persekutuan. Ia bererti kesemua diskriminasi dalam Perlembagaan adalah menyalahi peruntukan Perkara 8. Selain daripada diskriminasi gender dalam Jadual Kedua, Bahagian ll, perenggan 1(b) yang menjadi isu dalam kes ini, ia juga termasuklah peruntukan mengenai Rejimen Asykar Melayu (Perkara 8 (5)(f)), Tanah Simpanan Melayu (Perkara 89), Bahasa Melayu (Perkara 152) dan perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak (Perkara 153). Lebih dari itu, kesalahan-kesalahan terhadap suruhan agama Islam (precept of Islam) juga boleh diisytiharkan bercanggah dengan peruntukan Perkara 8 (kesamarataan) dan Perkara 11 (kebebasan beragama).

Itu jugalah implikasi ratifikasi ICERD yang ditentang oleh orang Melayu dengan jayanya dalam tahun 2018. Jika penghakiman Mahkamah Tinggi ini disahkan oleh Mahkamah Persekutuan, implikasinya samalah dengan ratifikasi ICERD.

Maka, sekali lagi, orang Melayu menjadi Pak Kaduk: menang sorak kampung tergadai.
23 09 2021

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


Lembah Klang, Melaka masuk Fasa 3, Kedah Fasa 2



29 SEPT: Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 mengumumkan Lembah Klang dan Melaka akan memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) manakala Kedah memasuki Fasa 2 bermula Jumaat ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan peralihan fasa bagi negeri berkenaan dibuat setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh Keluarga Malaysia, khususnya kerajaan negeri yang bertungkus-lumus menguruskan situasi pandemik di negeri masing-masing, demi memenuhi nilai ambang yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Majlis rasmi kerajaan dan swasta termasuklah perasmian dan bengkel, dibenarkan di negeri Fasa 2 dan Fasa 3.

Susulan itu, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Johor dan Sabah berada dalam Fasa 2, manakala Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Melaka, Perlis, Pahang, Terengganu dan Sarawak pula berada di Fasa 3.

Negeri yang berada di Fasa 4 ialah Negeri Sembilan dan Labuan.

Dalam pada itu, mesyuarat turut membuat ketetapan dengan memberi beberapa kelonggaran seperti majlis rasmi kerajaan dan swasta termasuklah perasmian dan bengkel, dibenarkan di negeri Fasa 2 dan Fasa 3, dengan syarat tetamu telah menerima vaksinasi lengkap dan kapasiti 50 peratus ruang premis, manakala 100 peratus kapasiti penuh bagi Fasa 4.

“Bagi individu yang belum divaksin, perlu menjalani prevent test menggunakan kit ujian kendiri (saliva) sebelum hadir dengan disaksikan oleh penganjur atau pengesahan daripada pengamal perubatan,” katanya.

Ismail juga mengumumkan pembukaan sektor latihan kemahiran dan pusat latihan industri termasuk kolej vokasional, TVET dan sebagainya di semua fasa dengan mematuhi SOP selaras dengan pembukaan institut pengajian tinggi (IPT) berkuat kuasa 15 Oktober ini.

Selain itu, mesyuarat berkenaan turut membenarkan kehadiran penonton/penyokong ke tempat perlawanan sukan dan rekreasi di negeri Fasa 2, Fasa 3, dan Fasa 4.

Penonton yang lengkap vaksinasi dibenarkan hadir ke acara sukan dan rekreasi bermula Jumaat ini.

“Kehadiran ini meliputi sebelum, semasa dan selepas acara sukan serta rekreasi dengan syarat, penonton dan penyokong telah menerima vaksinasi lengkap, memakai pelitup muka sepanjang perlawanan serta tiada aktiviti makan minum sepanjang berada di stadium,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, kanak-kanak bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan untuk menonton perlawanan di tempat acara sukan berlangsung.

Ismail Sabri berkata, walaupun kerajaan memberikan kelonggaran, beliau berharap agar rakyat dapat terus patuh kepada SOP yang ditetapkan dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.

Maklumat lanjut mengenai SOP bagi kelonggaran baharu ini, boleh dilayari di laman sesawang rasmi kementerian-kementerian yang terlibat dan www.mkn.gov.my.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


Najla Bouden Romdhane diumum PM wanita pertama Tunisia




29 SEPT: Ahli geologi, Najla Bouden Romdhane mencipta sejarah apabila diumumkan sebagai Perdana Menteri wanita pertama di Tunisia.

Pengumuman itu dilakukan oleh Presiden Tunisia, Kais Saied hari ini, kira-kira dua bulan selepas beliau menggunakan kuasa eksekutif untuk menggantung Parlimen.

Pelantikan Najla, 63, menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri Turnisia ke-10 sejak gelombang Arab Spring menggulingkan pemerintahan bekas pemimpin diktator, Zine El Abedine Ben Ali pada tahun 2011.

“Presiden telah memberi tanggungjawab kepada Najla untuk membentuk kerajaan secepat mungkin,” menurut kenyataan pejabat Presiden di Facebook.

Wanita berasal dari Kairouan itu merupakan bekas pengarah projek pembaharuan pendidikan tinggi atau PromESsE dan pernah memegang jawatan kanan di Kementerian Pendidikan Tinggi.

Najla juga adalah pemegang Ijazah Kedoktoran dalam bidang kejuruteraan geologi dan pernah bergelar pensyarah di pusat pengajian kejuruteraan kebangsaan di Tunis.

Menurut Kais, misi baharu kerajaan berkenaan adalah untuk menghentikan rasuah dan kekacauan yang berlaku di kebanyakan institusi di negara tersebut.

Pada 25 Julai lalu, pemimpin tersebut bertindak tegas memecat anggota kabinet di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri, Hachim Mechichi dan turut menggantung Parlimen serta menarik balik imuniti selepas Tunis berdepan kebuntuan politik selama beberapa bulan berikutan krisis ekonomi dan ketidakcekapan dalam mengendalikan pandemik COVID-19.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

SPR seru 5.8 juta bakal pemilih buat semakan SPPA


30 SEPT : Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menyeru 5.8 juta bakal pemilih berumur 18 tahun dan ke atas supaya membuat Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA) yang akan diadakan pada 1 Oktober sehingga 30 Oktober ini.

Menurut Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak menerusi satu kenyataan, suruhanjaya tersebut akan mempamerkan maklumat bakal pemilih untuk memberi peluang menyemak dan mengesahkan rekod mereka dengan SPR.

“Untuk membuat semakan SPPA, ia boleh dibuat dengan dua cara, iaitu pertama, dengan menggunakan aplikasi MySPR SPPA di pautan http://mysprsppa.spr.gov.my.

“Cara kedua pula ialah bakal pemilih perlu hadir ke 594 tempat semakan SPR di seluruh negara dan mengimbas kod QR Bahagian Pilihanraya Parlimen,” jelasnya.

Dalam tempoh SPPA ini menurut Ikmalrudin, mana-mana warga negara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh menyemak, mengesahkan maklumay dan membuat aduan sebekum didaftarkan sebagai pemilih secara automatik.

“Sekiranya bakal pemilih tidak lagi tinggal di alamat yang dipaparkan, mereka dinasihati untuk mengemaskini alamat kad pengenalan mereka di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selewat-lewatnya pada 31 Oktober ini,” katanya.

Bagi sebarang pertanyaan berhubung SPPA ini, orang ramai diminta untuk menghubungi mana-mana pejabat Pilihanraya Negeri atau Hotline SPR di talian 03-88927018 atau melayari portal www.spr.gov.my.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Perhimpunan Agung BERSATU pada 18-19 Disember ini




30 SEPT : Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menetapkan tarikh persidangan Cawangan, Bahagian dan Persidangan Agung 2021 bermula pada 9 Oktober sehingga 19 Disember tahun ini.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, tarikh mesyuarat di peringkat cawangan telah ditetapkan bermula 9 Oktober sehingga 30 Oktober ini.

“Manakala, persidangan Bahagian pula akan diadakan pada 12 November sehingga 14 November 2021 dan Persidangan Agung Tahunan 2021 pula akan diadakan pada 18 Disember sehingga 19 Disember akan datang.

“Persidangan-persidangan tersebut akan dilakukan secara fizikal, maya atau hybrid bergantung kepada kelulusan serta SOP yang ditetapkan oleh pihak-pihak berkuasa yang berkenaan,” jelasnya.

Sementara itu, Hamzah berkata, MPT BERSATU turut merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang bertaraf Menteri.

Menurutnya, pelantikan Presiden BERSATU sebagai Pengerusi MPN merupakan satu pengiktirafan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri di atas sumbangan, peranan serta keupayaan beliau merealisasikan segala perancangan Kerajaan bagi memulihkan negara daripada pandemik COVID-19.

“Selain itu, MPT BERSATU juga mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri dan Kerajaan di atas pembentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat pada 27 September lalu.

“BERSATU menyokong penuh dasar, perancangan serta inisiatif yang digariskan dalam RMK-12.

“MPT BERSATU menyifatkan RMK-12 adalah sebuah pelan pembangunan yang holistik serta tersusun dalam tempoh 5 tahun kehadapan bagi merancakkan semula ekonomi negara dan membela kebajikan rakyat disetiap peringkat,” ujarnya lagi.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Solat Jumaat boleh ikut kapasiti




Oleh Arrazaq Nazri

PUTRAJAYA – Berkuat kuasa mulai esok, kehadiran jemaah bagi solat Jumaat dan solat fardu di Wilayah-Wilayah Persekutuan dibenarkan mengikut had kapasiti masjid dan surau dengan penjarakan 1.5 meter.

Ketetapan terbaharu itu diumumkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini selepas mendapat perkenan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, ketetapan itu dibuat selaras perkembangan terkini Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Beliau berkata, semua masjid dan surau juga dibenarkan untuk melaksanakan aktiviti pengimarahan seperti kuliah Maghrib, kuliah Subuh, kuliah Dhuha, kuliah Zohor dan tazkirah sebelum Solat Jumaat.

“Masjid dan surau juga dibenarkan untuk melaksanakan Tadarus al-Quran, kuliah muslimah, bacaan Yasin, tahlil, program zikir munajat dan doa tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pihaknya berharap agar umat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan terus mematuhi SOP yang ditetapkan dan memanfaatkan peluang tersebut untuk mengimarahkan masjid dan surau.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peralihan ke Fasa 3 PPN bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka.


– BebasNews


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Syahmi, Cools diketepi, Shahrul dan Ariff jadi pengaganti



Oleh Abdul Hafiz Ahmad

HARIMAU Malaya terpaksa melupakan khidmat Dion-Johan Cools dalam siri perlawanan persahabatan tahap 1 antarabangsa menentang Jordan dan Uzbekistan akibat kecederaan urat pelipat lutut bek kelab Denmark, FC Midtjylland itu.

Kecederaan lutut Syahmi Safari turut memaksa ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe mengetepikan bek kanan Selangor FC itu yang ada kalanya bermain sebagai perantara atau sayap.

Skuad negara akan menghadapi Jordan dan Uzbekistan pada 6 dan 9 Oktober ini di Stadium Raja Abdullah II dan Stadium Antarabangsa Amman, Amman, Jordan.

Pengguguran mereka disahkan laman Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hari ini.

Benteng Kedah Darul Aman FC, Ariff Farhan Md. Isa dan Shahrul Nizam Ros Hasni daripada Terengganu FC dinamakan sebagai pengganti Syahmi dan Cools.

“Cheng Hoe telah memanggil Ariff, 25, dan Nizam, 23, untuk melapor diri ke kem latihan pusat Harimau Malaya, petang esok bagi melengkapkan senarai 24 pemain.

“Mereka menggantikan Syahmi dan Cools yang disahkan tidak dapat menyertai pasukan negara kali ini kerana kecederaan,” lapor laman berkenaan.

Harimau Malaya kini menghuni ranking ke-154 dunia manakala Jordan, ke-93 dan Uzbekistan, 84.

Kedua-dua perlawanan itu juga sebagai sebahagian persediaan awal menjelang Piala AFF 2020 (2021) di Singapura dari 5 Disember ini hingga 1 Januari 2022.

Malaysia yang juga naib juara 2018, menganggotai Kumpulan B kejohanan dwitahunan Asia Tenggara ke-13 ini dengan juara bertahan, Vietnam selain Indonesia, Kemboja dan Laos.

Ketiadaan Cools meninggalkan cuma dua pemain yang berpangkalan di luar negara, Luqman Hakim Shamsudin (KV Kortrijk, Belgium) dan Dominic Tan (Police Tero FC, Thailand) yang menyertai pasukan kebangsaan.

Skuad negara mula melapor diri di Kuala Lumpur esok sebelum berlepas ke Amman, Sabtu ini.

Siri perlawanan itu berlangsung dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dari 4 hingga 12 Oktober ini dengan mereka dijadual pulang ke tanah air pada 10 Oktober ini.

Kali terakhir Malaysia beraksi di pentas antarabangsa ialah menewaskan Thailand 1-0 dalam Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Kumpulan G pusingan kedua di Dubai, Amiriah Arab Bersatu (UAE), 15 Jun lalu.

Selain Piala AFF, Harimau Malaya turut akan memburu tiket pusingan akhir Piala Asia 2023 di China dalam kelayakan pusingan ketiga pada Januari atau Februari 2022.

Sepanjang tahun ini, skuad negara turut kalah baki empat perlawanan termasuk kepada UAE 4-0 dan Vietnam 2-1 dalam kelayakan itu selain persahabatan dengan Kuwait 4-1 (Dubai) dan Bahrain 2-0 (Riffa).

Senarai 24 pemain negara menentang Jordan dan Uzbekistan:

Penjaga gol: Khairulazhan Khalid (Selangor FC), Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United FC), Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (PJ City FC).

Benteng: Aidil Zafuan Radzak (JDT FC), Sharul Nazeem Zulpakar, Irfan Zakaria (KL City FC), Mohamad Hakimi Abdullah, Arif Fadzilah Abu Bakar, Shahrul Nizam Ros Hasni (Terengganu FC), Ariff Farhan Md. Isa, Rizal Ghazali (KDA FC), Quentin Cheng (Penang FC), Dominic Tan (Police Tero FC, Thailand).

Perantara: Nazmi Faiz Mansor (JDT FC), D. Kenny Pallraj, Akram Mahinan (KL City FC), Baddrol Bakhtiar (KDA FC), Mohamad Al Hafiz Harun (Penang FC), Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC).

Penyerang: Akhyar Rashid, Syafiq Ahmad, Guilherme de Paula (JDT FC), Faisal Abdul Halim (Terengganu FC), Luqman Hakim Shamsudin (KV Kortrijk, Belgium).

– BebasNews


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


Pelancaran rasmi parti PN November ini



30 SEPT: Majlis Tertinggi Perikatan Nasional hari ini menetapkan majlis pelancaran rasmi parti Perikatan Nasional (PN) peringkat kebangsaan akan diadakan pada November depan.

Dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin itu turut memutuskan Selangor sebagai tuan rumah majlis pelancaran berkenaan.

“Majlis Tertinggi telah menetapkan majlis pelancaran rasmi parti PN peringkat kebangsaan akan diadakan pada bulan November 2021 dan Perikatan Nasional Negeri Selangor akan menjadi tuan rumah.

“Diputuskan juga Saiful Adli Mohd Arshad dilantik sebagai Setiausaha Eksekutif parti PN berkuat kuasa 1 Oktober 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Saiful Adli yang merupakan bekas Setiausaha Politik Muhyidddin adalah lulusan Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan pernah menjadi peguam selama 21 tahun.

Beliau juga adalah anak kelahiran Teluk Intan, Perak dan Ketua Penerangan BERSATU Bahagian Ipoh Barat.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh semua parti komponen PN iaitu BERSATU, PAS, STAR SABAH, SAPP dan GERAKAN.

Muhyiddin berkata, turut dibincangkan pelbagai isu yang melibatkan pentadbiran Kerajaan, perancangan Majlis Pemulihan Negara, pengurusan pandemik COVID-19, situasi ekonomi, Rancangan Malaysia Ke-12 dan isu-isu yang berbangkit berkaitan politik semasa.

Tambahnya, Majlis Tertinggi telah mencapai keputusan secara konsensus mengenai pendirian PN berkenaan beberapa isu antaranya pendirian parti untuk menyokong Memorandum Persefahaman (MoU)Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan pada 13 September lalu.


“Parti Perikatan Nasional akan memainkan peranan untuk menyampaikan pandangan dan pendirian PN dari semasa ke semasa mengenai pelaksanaan MoU Transformasi dan Kestabilan Politik.

“Mesyuarat juga membuat keputusan untuk saya sebagai Pengerusi PN bagi menyampaikan pendirian yang telah diambil oleh PN berkenaan jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat,” katanya.

Beliau berkata, turut dibincangkan pelaksanaan Undi-18 dan persiapan Pilihan Raya Umum (PRU) akan dating.

“Parti-parti komponen PN telah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan pembahagian kerusi-kerusi yang akan ditandingi di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri-Negeri dengan segera,” katanya.

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


Salah, Firmino shine as Liverpool honour Hunt with Porto rout




PORTO: Liverpool paid a fitting tribute to Roger Hunt as Mohamed Salah and Roberto Firmino scored twice in a 5-1 demolition of Porto in the Champions League on Tuesday.

Jurgen Klopp’s side wore black armbands after former Liverpool striker Hunt died earlier in the day aged 83.

Hunt was part of England’s 1966 World Cup-winning side and is Liverpool’s record league goal-scorer with 244 goals.

“Roger Hunt comes second to no-one in his importance in the history of Liverpool FC, that much is clear,” Klopp said.

Liverpool honoured Hunt’s memory with a dominant display and some predatory finishing at Estadio do Dragao, aided by three mistakes from hapless Porto keeper Diogo Costa.

Three days after scoring his 100th Premier League goal for Liverpool in the 3-3 draw at Brentford, Egypt forward Salah maintained his blistering start to the season with the first half opener.

Senegal winger Sadio Mane followed with his fourth goal this season and Salah netted again after the interval.

Porto, who drew with Atletico Madrid in their group opener, got one back through Mehdi Taremi.

Firmino punished Costa’s third howler to claim Liverpool’s fourth and the Brazilian netted again in the closing stages.

After beating AC Milan in their first game, Liverpool sit top of Group B with the maximum six points.

Such was Liverpool’s superiority that Klopp could even afford to take off Salah and Mane with over 20 minutes left.

It was the perfect preparation for the Premier League leaders’ crucial clash with champions Manchester City on Sunday.

With Trent Alexander-Arnold sidelined by a groin injury, midfielder James Milner had to deputise at right-back, but, unlike in their draw at Brentford, Liverpool were rarely troubled defensively.

- Ruthless Reds -

Porto lost veteran defender Pepe to an injury suffered in the warm-up and they suffered another blow when Otavio limped off in tears with an apparent hamstring problem after 14 minutes.

Sergio Conceicao’s side were unable to overcome those problems and Liverpool went ahead in the 18th minute.

Curtis Jones, who was at the heart of all Liverpool’s best moments, made a buccaneering run into the Porto area and Costa weakly pushed out his stinging shot.

It bounced off Zaidu Sanusi to Salah, who prodded home from virtually on the goal-line.

That made Salah the third African player to reach 30 Champions League goals after Didier Drogba and Samuel Eto’o.

Jordan Henderson, making his 400th Liverpool appearance, tested Costa with a powerful drive that the Porto keeper tipped over.

But Costa was culpable again when Liverpool increased their advantage in the 45th minute.

Milner whipped a low cross into the six-yard box and Costa inexplicably put his arms behind his back to leave Mane with a tap-in at the far post.

Liverpool were in complete control and Salah put the result beyond doubt on the hour, taking Jones’ pass in stride and slotting past Costa from 12 yards.

Salah’s eighth goal of the campaign meant the Egyptian had netted in all but one of Liverpool’s eight games this season.

Taremi’s diving header in the 75th minute punished a brief lapse from Liverpool.

Stung back into action, Liverpool bagged their fourth two minutes later when Costa rambled out of his penalty area in a failed attempt to reach Jones’ pass, allowing Firmino to steer a 40-yard strike into the empty net.

Firmino capped his cameo with his second goal in the 81st minute, this one a smart finish after Jones’ shot rebounded to the substitute. –AFP

https://www.thesundaily.my/sport/salah-firmino-shine-as-liverpool-honour-hunt-with-porto-rout-DK8408713


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Islam mewajibkan politik




Minda Presiden PAS
ISLAM MEWAJIBKAN POLITIK

Politik atau siasah merupakan kaedah, proses dan cara mentadbir serta mengurus atau memimpin yang menjadi suatu keperluan dalam hidup bermasyarakat. Perkara ini adalah ketetapan Allah SWT kepada manusia, sebagaimana yang diisytiharkan oleh-Nya kepada para malaikat yang mulia, sebelum mencipta Nabi Adam AS. Firman Allah SWT:

﴿وَŲ„ِŲ°ْ Ł‚َŲ§Ł„َ Ų±َŲØُّكَ Ł„ِŁ„ْŁ…َŁ„َŲ§Ų¦ِكَŲ©ِ Ų„ِنِّي Ų¬َŲ§Ų¹ِŁ„ٌ فِي Ų§Ł„ْŲ£َŲ±ْŲ¶ِ Ų®َŁ„ِيفَŲ©ً Ł‚َŲ§Ł„ُوا Ų£َŲŖَŲ¬ْŲ¹َŁ„ُ فِŁŠŁ‡َŲ§ Ł…َنْ يُفْŲ³ِŲÆُ فِŁŠŁ‡َŲ§ وَيَŲ³ْفِكُ الدِّŁ…َŲ§Ų”َ وَنَŲ­ْنُ نُŲ³َŲØِّŲ­ُ ŲØِŲ­َŁ…ْŲÆِكَ وَنُŁ‚َŲÆِّŲ³ُ Ł„َكَ Ł‚َŲ§Ł„َ Ų„ِنِّي Ų£َŲ¹ْŁ„َŁ…ُ Ł…َŲ§ Ł„َŲ§ ŲŖَŲ¹ْŁ„َŁ…ُŁˆŁ†َ٣٠﴾

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.’ Mereka bertanya (tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata): ‘Adakah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?’. Tuhan berfirman: ‘Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kalian tidak mengetahuinya.’” (Surah al-Baqarah: 30)

Tujuan diciptakan manusia sebagai khalifah mengandungi hikmah yang tidak diketahui oleh para malaikat dengan kemampuan ilmu, akal dan jasad kurniaan Allah SWT kepada makhluk manusia yang tiada pada malaikat. Sekalipun sifat kejadian para malaikat itu suci dan mulia, mereka hanya mentaati Allah SWT dan sekali-kali tidak menderhakai-Nya.

Para ulama’ mentafsirkan perkataan ‘khilafah’ seerti dengan perkataan ‘siyasah’, yang merupakan ‘masdar’ (kata terbitan) daripada perkataan sasa, yasus (Ų³Ų§Ų³–يسوس) yang bermaksud memimpin dan mentadbir. Hal ini disebutkan oleh sabda Rasulullah SAW:

كَانَŲŖْ ŲØَنُو Ų„Ų³ْŲ±Ų§Ų¦ِŁŠŁ„َ ŲŖَŲ³ُوسُهُŁ…ُ الأنْŲØِيَŲ§Ų”ُ، كُŁ„َّŁ…َŲ§ هَŁ„َكَ نَŲØِيٌّ Ų®َŁ„َفَهُ نَŲØِيٌّ، وَŲ„ِنَّهُ Ł„َŲ§ نَŲØِيَّ ŲØَŲ¹ْŲÆِي، وَŲ³َيَكُوْنُ Ų®ُŁ„َفَŲ§Ų”ُ فَيَكْŲ«ُŲ±ُŁˆŁ†َ.

“Kaum Bani Isra’il pada zaman dahulu, mereka dipimpin (dan ditadbir) oleh para anbiya’. Apabila setiap orang nabi diwafatkan, maka akan digantikan oleh nabi yang sesudahnya. Dan bahawasanya tidak akan ada nabi lagi selepasku (Nabi Muhammad SAW), tetapi akan ada para khalifah (pemimpin yang memerintah) selepasku, dan jumlah mereka itu adalah ramai.”

Ł‚َŲ§Ł„ُوْŲ§: فَŁ…َŲ§ ŲŖَŲ£ْŁ…ُŲ±ُنَŲ§؟

Para sahabat bertanya: “Apakah perintahmu (pesanan Rasulullah) kepada kami jika itu berlaku?”

Ł‚َŲ§Ł„َ: فُوْŲ§ ŲØِŲØَيْŲ¹َŲ©ِ Ų§Ł„ْŲ£َوَّŁ„ِ فَالأَوَّŁ„ِ، Ų£ُŲ¹ْŲ·ُوْهُŁ…ْ Ų­َŁ‚َّهُŁ…ْ، فَŲ„ِنَّ اللَّهَ Ų³َŲ§Ų¦ِŁ„ُهُŁ…ْ Ų¹َŁ…َّŲ§ Ų§Ų³ْŲŖَŲ±ْŲ¹َاهُŁ…ْ.

Sabdanya: “Tunaikan baiah (janji ketaatan dan kesetiaan) kepada yang paling awal, kemudian sesudah itu. Berikanlah hak mereka (sebagai pemimpin), maka sesungguhnya Allah akan membicarakan mereka terhadap apa yang ditunaikan dalam urusan kepimpinan mereka.” (Riwayat al-Bukhari 3455 dan Muslim 1842)

Al-Quran membawa cerita benar yang wajib diimani akan kebenarannya, betapa para Rasul berdakwah tanpa berpisah daripada berpolitik kepada para pemimpin (al-mala’) dan para raja pada zaman masing-masing bersama rakyatnya. Mereka berdakwah supaya golongan itu beriman kepada Allah SWT dan mengikuti petunjuk-Nya dalam semua urusan.

Mereka terus berjuang dengan gigih menentang penyelewengan aqidah, syariat dan akhlak dalam semua urusan kehidupan manusia. Sesiapa yang menerima Islam diiktiraf menjadi raja (Zulqarnain dan Tolut), bahkan ada Rasul yang memimpin kerajaan sebagai Khalifah (Nabi Daud AS) dan menjadi Raja (Nabi Sulaiman AS).

Ramai dalam kalangan para Rasul wafat sebelum berjaya mendirikan kerajaan. Lalu, tugas tersebut disambung oleh Rasul selepasnya atau para sahabat yang setia melangsungkan perjuangan sehingga akhirnya berjaya mendapat kuasa politik.

Allah SWT meletakkan semua bentuk cabaran dalam urusan kehidupan manusia bagi menguji mereka, sebagaimana yang dinyatakan oleh firman-Nya:

﴿ŲŖَŲØَŲ§Ų±َكَ Ų§Ł„َّŲ°ِي ŲØِيَŲÆِهِ Ų§Ł„ْŁ…ُŁ„ْكُ وَهُوَ Ų¹َŁ„َى كُŁ„ِّ Ų“َيْŲ”ٍ Ł‚َŲÆِيرٌŁ” Ų§Ł„َّŲ°ِي Ų®َŁ„َŁ‚َ Ų§Ł„ْŁ…َوْŲŖَ وَŲ§Ł„ْŲ­َيَŲ§Ų©َ Ł„ِيَŲØْŁ„ُوَكُŁ…ْ Ų£َيُّكُŁ…ْ Ų£َŲ­ْŲ³َنُ Ų¹َŁ…َŁ„ًŲ§ وَهُوَ Ų§Ł„ْŲ¹َŲ²ِيزُ Ų§Ł„ْŲŗَفُورُŁ¢﴾

“Maha Suci Allah, Tuhan yang menguasai kerajaan (pemerintahan); dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. (1); Dialah yang telah menjadikan adanya mati dan hidup untuk menguji kalian, siapakah antara kalian yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Perkasa, lagi Maha Pengampun. (2).” (Surah al-Mulk: 1-2)

Para Rasul AS berjuang menghadapi penyelewengan aqidah, syariat, akhlak dan sistem hidup seperti melantik tuhan-tuhan yang lain daripada Allah, serta mengadakan peraturan sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah dalam urusan hidup dan akhlak. Firman Allah:

﴿Ų£َŁ…ْ Ł„َهُŁ…ْ Ų“ُŲ±َكَŲ§Ų”ُ Ų“َŲ±َŲ¹ُوا Ł„َهُŁ…ْ Ł…ِنَ الدِّŁŠŁ†ِ Ł…َŲ§ Ł„َŁ…ْ يَŲ£ْŲ°َنْ ŲØِهِ اللَّهُ وَŁ„َوْŁ„َŲ§ كَŁ„ِŁ…َŲ©ُ Ų§Ł„ْفَŲµْŁ„ِ Ł„َŁ‚ُŲ¶ِيَ ŲØَيْنَهُŁ…ْ وَŲ„ِنَّ الظَّŲ§Ł„ِŁ…ِŁŠŁ†َ Ł„َهُŁ…ْ Ų¹َŲ°َŲ§ŲØٌ Ų£َŁ„ِŁŠŁ…ٌ٢ٔ﴾

“Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian daripada agama mereka, sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (daripada Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta ke atas mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah al-Syura: 21)

Rasulullah SAW juga melaksanakan kewajipan yang sama, sehingga Baginda menolak tawaran untuk dilantik menjadi raja atau pemimpin oleh para pemimpin masyarakat Makkah. Hal ini demikian kerana, puak Musyrikin Makkah tidak mengizinkan Islam itu berkuasa dalam negara.

Akhirnya, Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah untuk mendirikan negara bermasyarakat majmuk dengan petunjuk hidayah Allah SWT dan kebijaksanaan Rasul-Nya SAW serta para sahabatnya. Baginda SAW melaksanakan urusan politik berprinsipkan iman dan berkonsepkan ibadat, syura dan adil kepada semua bagi mencapai janji Allah SWT:

﴿وَŲ¹َŲÆَ اللَّهُ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ آمَنُوا Ł…ِنْكُŁ…ْ وَŲ¹َŁ…ِŁ„ُوا الصَّŲ§Ł„ِŲ­َŲ§ŲŖِ Ł„َيَŲ³ْŲŖَŲ®ْŁ„ِفَنَّهُŁ…ْ فِي Ų§Ł„ْŲ£َŲ±ْŲ¶ِ كَŁ…َŲ§ Ų§Ų³ْŲŖَŲ®ْŁ„َفَ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ł…ِنْ Ł‚َŲØْŁ„ِهِŁ…ْ وَŁ„َيُŁ…َكِّنَنَّ Ł„َهُŁ…ْ ŲÆِŁŠŁ†َهُŁ…ُ Ų§Ł„َّŲ°ِي Ų§Ų±ْŲŖَŲ¶َى Ł„َهُŁ…ْ وَŁ„َيُŲØَŲÆِّŁ„َنَّهُŁ…ْ Ł…ِنْ ŲØَŲ¹ْŲÆِ Ų®َوْفِهِŁ…ْ Ų£َŁ…ْنًŲ§ يَŲ¹ْŲØُŲÆُŁˆŁ†َنِي Ł„َŲ§ يُŲ“ْŲ±ِكُŁˆŁ†َ ŲØِي Ų“َيْŲ¦ًŲ§ وَŁ…َنْ كَفَŲ±َ ŲØَŲ¹ْŲÆَ Ų°َŁ„ِكَ فَŲ£ُŁˆŁ„َŲ¦ِكَ هُŁ…ُ Ų§Ł„ْفَŲ§Ų³ِŁ‚ُŁˆŁ†َلل﴾

“Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dalam kalangan kalian (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka yang berkuasa; dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama Islam yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan Dia juga akan mengubah keadaan mereka dalam ketakutan (dengan ancaman musuh) kepada keamanan. Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur (tidak bersyukur) ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq (derhaka).” (Surah al-Nur: 55)

Selepas kewafatan Rasulullah SAW, hukum kewajipan berpolitik telah menjadi ijma‘ (sepakat) para ulama’. Hal ini sekali gus menunjukkan hukum wajib berpolitik adalah berdasarkan kepada nas al-Quran, hadis dan ijma‘ para ulama’ khususnya generasi awal Islam yang menjadi pilihan Allah SWT.

Kesempurnaan Islam tidak boleh diamalkan tanpa politik bagi mentadbir dan mengurus pelaksanaannya. Firman Allah SWT:

﴿يَŲ§ Ų£َيُّهَŲ§ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ آمَنُوا Ų§ŲÆْŲ®ُŁ„ُوا فِي السِّŁ„ْŁ…ِ كَافَّŲ©ً وَŁ„َŲ§ ŲŖَŲŖَّŲØِŲ¹ُوا Ų®ُŲ·ُوَŲ§ŲŖِ الَّؓيْŲ·َانِ Ų„ِنَّهُ Ł„َكُŁ…ْ Ų¹َŲÆُوٌّ Ł…ُŲØِŁŠŁ†ٌ٢٠٨﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian menuruti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kalian.” (Surah al-Baqarah: 208)

Betapa banyaknya hukum-hukum Allah yang meletakkan syarat pelaksanaannya dengan wujudnya politik serta sebuah kerajaan berdaulat yang mentadbir dan menguruskannya. Maka, ulama’ meletakkan perbahasannya dalam satu kaedah hukum yang terkenal:

‌Ł…َŲ§ ‌Ł„َŲ§ ‌يَŲŖِŁ…ُّ ‌Ų§Ł„ْوَŲ§Ų¬ِŲØُ ‌Ų„Ł„َّŲ§ ‌ŲØِهِ ‌فَهُوَ ‌وَŲ§Ų¬ِŲØٌ.

“Apa-apa hukum wajib yang tidak dapat disempurnakan melainkan dengan adanya, maka hukum adanya juga menjadi wajib.” (Al-Ghazali, al-Mustasfa, 217)

Imam al-Ghazali RH seorang tokoh ulama’ yang terkenal dalam bidang tasawuf pernah menegaskan kata-katanya yang terkenal dalam tulisannya berkenaan politik:

‌الدِّŁŠŁ†ُ ‌Ų£ُŲ³ٌّ وَالسُّŁ„ْŲ·َانُ Ų­َŲ§Ų±ِŲ³ٌ وَŁ…َŲ§ Ł„َŲ§ Ų£ُŲ³َّ Ł„َهُ فَŁ…َهْŲÆُŁˆŁ…ٌ وَŁ…َŲ§ Ł„َŲ§ Ų­َŲ§Ų±ِŲ³َ Ł„َهُ فَŲ¶َŲ§Ų¦ِŲ¹ٌ.

“Agama (Islam yang disebut al-Din) menjadi asas, manakala kuasa pemerintahan (politik) menjadi pengawas. Maka, perkara yang tidak berasas nescaya akan runtuh, dan perkara yang tiada pengawas akan hilang.” (Al-Ghazali, al-Iqtisad fi al-I‘tiqad, ms. 128)

Apa yang disebutkan di atas menghuraikan amaran yang pernah dinyatakan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:

Ł„َŲŖُنْŁ‚َŲ¶َنَّ ‌Ų¹ُŲ±َى ‌Ų§Ł„ْŲ„ِŲ³ْŁ„َŲ§Ł…ِ ‌Ų¹ُŲ±ْوَŲ©ً ‌Ų¹ُŲ±ْوَŲ©ً، فَكُŁ„َّŁ…َŲ§ انْŲŖَŁ‚َŲ¶َŲŖْ Ų¹ُŲ±ْوَŲ©ٌ ŲŖَŲ“َŲØَّŲ«َ النَّŲ§Ų³ُ ŲØِŲ§Ł„َّŲŖِي ŲŖَŁ„ِŁŠŁ‡َŲ§، وَŲ£َوَّŁ„ُهُنَّ نَŁ‚ْŲ¶ًŲ§ Ų§Ł„ْŲ­ُكْŁ…ُ وَŲ¢Ų®ِŲ±ُهُنَّ الصَّŁ„َŲ§Ų©ُ.

“Demi sesungguhnya akan berlaku, dirungkai (dirombak) ikatan ajaran Islam (yang teguh) satu demi satu. Maka, apabila setiap satunya dirombak menjadikan para penganut Islam berpegang dengan simpulan berikutnya (yang masih ada). Simpulan pertama yang dirombak ialah (pelaksanaan) hukum Islam dan simpulan terakhir yang dirombak ialah (pelaksanaan) solat.” (Riwayat Ahmad 22160, Ibn Hibban 6715 dan lain-lain dengan sanad yang baik)

Perkara yang sedemikian berlaku apabila politik dihilangkan daripada Islam, sehingga tumbangnya sebuah kerajaan yang mendaulatkan Islam, lalu dikuasai oleh penjajah dan ideologinya. Walaupun dikatakan sudah beroleh kemerdekaan dan mampu memerintah sendiri, tetapi kebanyakan hukum Islam telah dilupakan oleh umat Islam dan mereka jahil berkenaannya.

Syeikh Mustafa Sabri RA (Syaikhul Islam atau Mufti Kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah) menegaskan dalam tulisannya berkenaan langkah Kamal Ataturk yang menegakkan sekularisme di Turki setelah menjatuhkan Khilafah ‘Uthmaniyyah. Katanya:

“Sesungguhnya langkah memisahkan politik daripada agama merupakan jalan pintas paling dekat kepada penyelewengan daripada agama Islam.” (Mawqif al-‘Aql wa al-‘Ilm wa al-‘Alam)

Apa yang dikatakan sebagai langkah memajukan Turki dengan meninggalkan Islam adalah suatu pembohongan, apabila Turki jatuh menjunam daripada kedudukan kuasa besar dunia kepada sebuah negara yang lemah. Seterusnya diikuti dengan penjajahan dan pembahagian tanah air Islam oleh kalangan negara-negara penjajah.

Kesannya sehingga hari ini, negara umat Islam masih berada pada tahap negara yang lemah dan dipecahkan di bawah pengaruh kuasa besar yang menjajah dengan bentuk penjajahan baharu (neokolonialisme). Walaupun Allah SWT mengurniakan hasil bumi yang melimpah ruah, penduduk manusia yang ramai dan kedudukan yang terbaik dalam peta dunia, namun tetap tidak berjaya untuk bangkit semula menjadi umat yang hebat dan perkasa.

Keadaan ini membuktikan amaran yang dikatakan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:

يُوِؓكُ ‌Ų§Ł„ْŲ£ُŁ…َŁ…ُ ‌Ų£َنْ ‌ŲŖَŲÆَŲ§Ų¹َى ‌Ų¹َŁ„َيْكُŁ…ْ كَŁ…َŲ§ ŲŖَŲÆَŲ§Ų¹َى Ų§Ł„ْŲ£َكَŁ„َŲ©ُ Ų„ِŁ„َى Ł‚َŲµْŲ¹َŲŖِهَŲ§.

“Akan tiba masanya seluruh manusia akan mengerumuni kalian, laksana mengerumuni hidangan pada bekasnya.”

فَŁ‚َŲ§Ł„َ Ł‚َŲ§Ų¦ِŁ„ٌ: وَŁ…ِنْ Ł‚ِŁ„َّŲ©ٍ نَŲ­ْنُ يَوْŁ…َŲ¦ِŲ°ٍ؟

Lalu seorang sahabat bertanya: “Adakah kerana jumlah (bilangan kita) pada masa itu adalah sedikit?”

Ł‚َŲ§Ł„َ: ŲØَŁ„ْ Ų£َنْŲŖُŁ…ْ يَوْŁ…َŲ¦ِŲ°ٍ كَŲ«ِيرٌ، وَŁ„َكِنَّكُŁ…ْ ŲŗُŲ«َŲ§Ų”ٌ كَŲŗُŲ«َŲ§Ų”ِ السَّيْŁ„ِ، وَŁ„َيَنْŲ²َŲ¹َنَّ اللَّهُ Ł…ِنْ ŲµُŲÆُورِ Ų¹َŲÆُوِّكُŁ…ُ Ų§Ł„ْŁ…َهَŲ§ŲØَŲ©َ Ł…ِنْكُŁ…ْ، وَŁ„َيَŁ‚ْŲ°ِفَنَّ اللَّهُ فِي Ł‚ُŁ„ُوبِكُŁ…ُ Ų§Ł„ْوَهْنَ.

Sabda Rasulullah SAW: “Bahkan jumlah kalian ramai, tetapi laksana sampah dan buih yang dihanyutkan oleh air banjir. Allah mencabut kehebatan kalian yang dirasakan oleh musuh dalam dada mereka dan dicampakkan ke dalam diri kalian penyakit wahan (lemah dan hina).”

فَŁ‚َŲ§Ł„َ Ł‚َŲ§Ų¦ِŁ„ٌ: يَŲ§ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„َ اللَّهِ، وَŁ…َŲ§ Ų§Ł„ْوَهْنُ؟

Kemudian salah seorang sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah rupa penyakit itu?”

Ł‚َŲ§Ł„َ: Ų­ُŲØُّ الدُّنْيَŲ§، وَكَŲ±َاهِيَŲ©ُ Ų§Ł„ْŁ…َوْŲŖِ.

Sabda Rasulullah SAW: “Terlalu cintakan dunia (sehingga tamak dan rakus) dan terlalu takutkan mati.” (Riwayat Abu Dawud 4297 dan Ahmad 22397)

Umat Islam tidak menjadi umat yang berjuang menyahut seruan Allah SWT agar menegakkan Islam pada kedudukan tertinggi dan mengatasi segala ajaran yang lain. Sebagaimana firman Allah SWT:

﴿هُوَ Ų§Ł„َّŲ°ِي Ų£َŲ±ْŲ³َŁ„َ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„َهُ ŲØِŲ§Ł„ْهُŲÆَىٰ وَŲÆِŁŠŁ†ِ Ų§Ł„ْŲ­َŁ‚ِّ Ł„ِيُŲøْهِŲ±َهُ Ų¹َŁ„َى الدِّŁŠŁ†ِ كُŁ„ِّهِ وَŁ„َوْ كَŲ±ِهَ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ“ْŲ±ِكُŁˆŁ†َŁ© يَŲ§ Ų£َيُّهَŲ§ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ آمَنُوا هَŁ„ْ Ų£َŲÆُŁ„ُّكُŁ…ْ Ų¹َŁ„َىٰ ŲŖِŲ¬َŲ§Ų±َŲ©ٍ ŲŖُنجِيكُŁ… Ł…ِّنْ Ų¹َŲ°َŲ§ŲØٍ Ų£َŁ„ِŁŠŁ…ٍٔ٠ ŲŖُŲ¤ْŁ…ِنُŁˆŁ†َ ŲØِاللَّهِ وَŲ±َŲ³ُŁˆŁ„ِهِ وَŲŖُŲ¬َاهِŲÆُŁˆŁ†َ فِي Ų³َŲØِŁŠŁ„ِ اللَّهِ ŲØِŲ£َŁ…ْوَŲ§Ł„ِكُŁ…ْ وَŲ£َنفُŲ³ِكُŁ…ْ ۚ Ų°َٰŁ„ِكُŁ…ْ Ų®َيْŲ±ٌ Ł„َّكُŁ…ْ Ų„ِن كُنتُŁ…ْ ŲŖَŲ¹ْŁ„َŁ…ُŁˆŁ†َٔٔ يَŲŗْفِŲ±ْ Ł„َكُŁ…ْ Ų°ُنُوبَكُŁ…ْ وَيُŲÆْŲ®ِŁ„ْكُŁ…ْ Ų¬َنَّŲ§ŲŖٍ ŲŖَŲ¬ْŲ±ِي Ł…ِن ŲŖَŲ­ْŲŖِهَŲ§ Ų§Ł„ْŲ£َنْهَŲ§Ų±ُ وَŁ…َŲ³َاكِنَ Ų·َيِّŲØَŲ©ً فِي Ų¬َنَّŲ§ŲŖِ Ų¹َŲÆْنٍ ۚ Ų°َٰŁ„ِكَ Ų§Ł„ْفَوْŲ²ُ Ų§Ł„ْŲ¹َŲøِŁŠŁ…ُٔ٢ وَŲ£ُŲ®ْŲ±َىٰ ŲŖُŲ­ِŲØُّŁˆŁ†َهَŲ§ ۖ نَŲµْŲ±ٌ Ł…ِّنَ اللَّهِ وَفَŲŖْŲ­ٌ Ł‚َŲ±ِيبٌ ۗ وَŲØَŲ“ِّŲ±ِ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ¤ْŁ…ِنِŁŠŁ†َٔ٣﴾

“Dialah yang mengutuskan Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, agar Dia memenangkannya atas segala agama-agama, meskipun orang Musyrik membenci dirinya. Wahai orang-orang yang beriman, mahukah kalian Aku tunjukkan kepada kalian sesuatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kalian daripada azab yang pedih? (10); (Iaitu) kalian beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwa kalian. Itulah yang lebih baik bagi kalian, jika kalian mengetahui. (11); Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kalian dan memasukkan kalian ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kalian) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang besar. (12); Dan (ada lagi) kurniaan lain yang kalian sukai (iaitu) pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. (13).” (Surah al-Saff: 9-13)

Secara tegasnya, ramai dalam kalangan umat Islam meninggalkan kewajipan berpolitik dan menyerahkan kuasa kepada pihak lain. Sehingga menyebabkan tanah air mereka dijajah secara langsung atau tidak langsung. Malah, mengakibatkan Islam itu dihina di hadapan mata mereka tanpa apa-apa perasaan dan tanpa sedar mereka telah diperhambakan oleh musuh Islam.

Allah SWT memberikan amaran kepada sesiapa sahaja dalam kalangan umat yang tidak bangkit menegakkan Islam dengan firman-Nya:

﴿هَŲ§ Ų£َنْŲŖُŁ…ْ هَŲ¤ُŁ„َŲ§Ų”ِ ŲŖُŲÆْŲ¹َوْنَ Ł„ِŲŖُنْفِŁ‚ُوا فِي Ų³َŲØِŁŠŁ„ِ اللَّهِ فَŁ…ِنْكُŁ…ْ Ł…َنْ يَŲØْŲ®َŁ„ُ وَŁ…َنْ يَŲØْŲ®َŁ„ْ فَŲ„ِنَّŁ…َŲ§ يَŲØْŲ®َŁ„ُ Ų¹َنْ نَفْŲ³ِهِ وَاللَّهُ Ų§Ł„ْŲŗَنِيُّ وَŲ£َنْŲŖُŁ…ُ Ų§Ł„ْفُŁ‚َŲ±َŲ§Ų”ُ وَŲ„ِنْ ŲŖَŲŖَوَŁ„َّوْŲ§ يَŲ³ْŲŖَŲØْŲÆِŁ„ْ Ł‚َوْŁ…ًŲ§ ŲŗَيْŲ±َكُŁ…ْ Ų«ُŁ…َّ Ł„َŲ§ يَكُŁˆŁ†ُوا Ų£َŁ…ْŲ«َŲ§Ł„َكُŁ…ْ٣٨﴾

“Ingatlah, kalian ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (harta) pada jalan Allah. Maka antara kalian ada yang bersikap bakhil, dan siapa yang bakhil sesungguhnya dia hanyalah bakhil terhadap dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah itu Maha Kaya sedangkan kalian semua adalah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kalian berpaling (tanpa peduli kepada urusan untuk menegakkan Islam), nescaya Dia akan menggantikan (kalian) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan berkeadaan seperti kalian.” (Surah Muhammad: 38)

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 18 Safar 1443 / 26 September 2021


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Tidak ada sebarang toleransi dan tolak ansur kepada LGBT





............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Fasa PPN | Terengganu sedia beralih ke fasa 4 PPN bulan depan





............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Suami lengkap dos vaksin boleh teman isteri di bilik bersalin



Oleh Fetty Rara

KEBENARAN kepada suami lengkap dos vaksin Covid-19 diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menemani isteri yang bakal melahirkan anak di bilik bersalin.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin selain itu suami juga perlu negatif ujian Covid-19.

“Saya telah minta Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) untuk membenarkan bakal bapa yang lengkap divaksinasi dan menjalankan ujian COVID-19 dan negatif, untuk menemani isteri mereka dalam bilik bersalin.”

Beliau memberi respons melalui Twitter susulan permintaan seorang pengguna media sosial supaya suami yang lengkap dos vaksin dan negatif ujian Covid-19 boleh berbuat demikian.

Kenyataan Khairy turut mendapat sokongan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

Hospital sebelum ini tidak membenarkan suami menemani isteri dalam bilik bersalin sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas kerana pandemik Covid-19.

— BebasNews



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


Kerajaan sasar Malaysia jadi negara bebas karbon tahun 2050




27 SEPT: Kerajaan menyasarkan Malaysia akan menjadi negara neutral karbon seawal 2050.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi menyokong usaha ini, instrumen ekonomi seperti carbon pricing (harga karbon) dan cukai karbon akan diperkenalkan.

“Perincian langkah lain bagi pengurangan karbon akan diumumkan selepas kajian strategi pembangunan jangka panjang rendah karbon dimuktamadkan pada akhir tahun 2022.

“Bagi tujuan ini, kerajaan telah memberi komitmen untuk tidak lagi membina loji janakuasa arang batu yang baharu,” katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Ismail Sabri turut berkata, selari dengan komitmen itu, pertubuhan masyarakat sivil atau CSO akan diinstitusikan dalam pelbagai mekanisme tadbir urus terutama dalam pelaksanaan dan pemantauan program pembangunan pada peringkat akar umbi bagi mencapai Agenda 2030.

Selain itu, katanya, kerajaan memberi jaminan, tidak lagi membina loji janakuasa arang batu yang baharu.

“Saya sedar ini memerlukan usaha yang bersepadu serta komitmen dan pelaburan hijau yang tinggi. Namun, saya yakin dengan pembabitan Keluarga Malaysia, aspirasi ini bukanlah angan-angan kosong, komitmen ini akan memastikan Malaysia seiring dengan usaha negara lain untuk mencapai matlamat global dalam menangani perubahan iklim dan meningkatkan daya saing negara,” katanya.


Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata kerajaan akan memperkenalkan Dasar Tenaga Negara yang komprehensif untuk menyediakan hala tuju strategik jangka panjang bagi menyokong aspirasi negara neutral karbon.

Justeru itu, kata Perdana Menteri, akta berkaitan kecekapan dan konservasi tenaga akan diperkenalkan bagi mengawal selia penggunaan tenaga oleh pengguna berintensiti tinggi dalam sektor industri dan komersial.

“Penjanaan elektrik yang lebih bersih akan dilaksana melalui pengoperasian beberapa loji janakuasa gas di Semenanjung Malaysia bagi menggantikan loji janakuasa arang batu.

“Penjanaan tenaga boleh baharu daripada solar, biojisim dan biogas disasarkan meningkat kepada 31 peratus daripada jumlah kapasiti terpasang pada tahun 2025,” katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Ismail Sabri berkata, model ekonomi kitaran akan turut dilaksanakan di bawah RMKe-12 bagi mengurangkan pencemaran, penjanaan sisa dan kebergantungan kepada sumber asli.

“Konsep tanggungjawab pengeluar akan dipergiat bagi meningkatkan pelaksanaan penggunaan dan pengeluaran mampan.

“Di samping itu, pelaburan hijau akan terus digalakkan, termasuk untuk projek di bawah pendekatan kerjasama awam dan swasta serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Korea Utara lancar peluru balistik lagi




SEOUL – Korea Utara dilaporkan telah melancarkan apa yang dipercayai sebagai peluru berpandu balistik di luat laut Jepun, kata tentera Korea Selatan hari ini.

Pelancaran sekurang-kurang sebuah peluru berpandu itu dilakukan pada awal pagi ini dan jatuh di Laut Jepun.

Pada awal bulan ini, Korea Utara dikatakan melancarkan peluru berpandu baharu serta peluru berpandu balistik di laut yng sama.

Pelancaran itu dilakukan selepas Korea Utara menyatakan kesediaan untuk mengadakan perbincangan dengan Korea Saelatan.

Pihak tentera Korea Selatan berkata mereka memantau insiden itu bersama-sama dengan tentera Amerika Syarikat.

– BebasNews



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Rentas negeri mungkin dibenar Oktober depan




27 SEPT: Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, memberi bayangan bahawa rakyat Malaysia mungkin akan dibenarkan merentas negeri, mulai pertengahan bulan depan.

Muhyiddin yang juga mantan Perdana Menteri berkata MPN akan mencadangkan kebenaran merentas negeri pada pertengahan bulan depan, jika kadar pelalian terhadap COVID-19 mencapai 90 peratus penduduk dewasa.

Ahli Parlimen Pagoh berkenaan berkata perkara itu sedang diperhalusi oleh menteri terbabit untuk dibincangkan lagi minggu ini, termasuk membuka semula sempadan negara, yang ditutup sejak Mac tahun lalu.

Beliau berkata, cadangan itu juga akan dibincangkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang akan mengumumkan keputusan itu dalam masa terdekat.

“Rentas negeri berdasarkan kepada data dengan kadar vaksinasi sudah meningkat hampir ke 90 peratus.

“Kalau dimaklumkan tadi, kemungkinan dalam bulan Oktober sama ada awal atau selewat-lewatnya pertengahan Oktober.

“Jadi, saudara bolehlah pergi merayau ke mana-mana di Malaysia ini tetapi sentiasa ingat untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MPN di Kementerian Kewangan, hari ini.

Yang turut hadir Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam pada itu Muhiyiddin berkata, beberapa kementerian akan meneliti kewajaran membuka semula sempadan negara kepada pelancong asing.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

S'ttah An Nur bertaubat. Insaf dan menyesal


MAJLIS PENGISYTIHARAN TAUBAT
MASITAH AB JALAR (PERJALANAN MIMPI YANG TERAKHIR - PMYT)
SHAH ALAM, 27 September 2021 - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melaksanakan Majlis Pengisytiharan Taubat Puan Masitah binti Ab Jalar atau dikenali sebagai S’ttah An Nur di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam yang disaksikan oleh empat (4) orang saksi iaitu Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor Dato’ Dr. Anhar bin Opir, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Sahibus Saadah Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Dato’ Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad dan wakil Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim.
JAIS telah meneliti dan memperhalusi setiap pernyataan di dalam video-video milik Puan Masitah yang dikongsi di laman sosial. Dapatan JAIS kemudiannya telah dirujuk ke Jabatan Mufti Negeri Selangor dan diperakukan oleh Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor bahawa perbuatan dan pernyataan Puan Masitah adalah bertentangan dengan hukum syarak. Berikutan dengan itu, pernyataan Puan Masitah adalah satu perbuatan yang disyaki bersalahan dengan Seksyen 7 dan Seksyen 8(b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) Tahun 1995.
Pada 20 September 2021 (Isnin), Puan Masitah telah dipanggil menghadiri sesi penjelasan bersama tiga (3) orang panel pakar akidah yang dilantik oleh JAIS. Hasil daripada sesi penjelasan tersebut Puan Masitah telah akur, insaf dan menyesal tentang perbuatannya membuat pernyataan yang bercanggah dengan hukum syarak serta menyeleweng, menyimpang dari akidah Ahli Sunah Waljamaah. Pernyataan beliau tentang pengetahuannya juga adalah suatu pernyataan mengenai perkara atau peristiwa yang di luar pemahaman atau pengetahuan umum.
Majlis Pengistiharan Taubat hari ini diatur atas persetujuan Puan Masitah dengan rela tanpa paksaan demi memberitahu kepada umum, khususnya kepada individu atau pihak yang percaya dan berpegang kepada pernyataan mimpi beliau untuk turut bersama-sama mengakui kekhilafan yang dilakukan, bertaubat serta kembali kepada prinsip-prinsip Islam yang benar.

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo