NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Islam Agama Yang Memerintah

Catatan awal sejarah Khilafah Islamiyah - Siri 1

Hijrah Nabi Muhammad SAW ke Yathtib pada 26 Safar tahun ke-13 kerasulan bersamaan tahun 622M dan tiba di kota itu pada 12 Rabiul Awal adalah titik penting yang mengubah seluruh sejarah peradaban manusia. Bermula dari hijrah itulah Nabi SAW telah mendirikan negara Islam yang pertama dan akhirnya Islam disempurnakan oleh Allah SWT. Pada tahun 638M, Saidina Umar bin al-Khattab telah menjadikan tarikh hijrah ini sebagai permulaan kalendar Islam kerana peri penting dan besarnya erti peristiwa ini kepada manusia.
Asas utama yang menjadikan hijrah sebagai peristiwa terbesar dalam sejarah kemanusiaan ialah kerana Nabi SAW yang menjadi rahmat kepada suluruh alam itu telah berhasil menyatukan manusia di atas iman, menegakkan negara Islam, melaksanakan syariat Allah, mengeluarkan manusia dari pelbagai kegelapan kepada cahaya iman, menunjukan kepada manusia tentang Allah yang sepatutnya disembah, sehinggalah akhirnya seluruh syariat Islam telah disempurnakan. Manusia sebagai hamba Allah telah ditunjukkan oleh Rasul SAW tentang fungsinya sebagai khalifah yang menanggung amanah untuk memakmurkan bumi ini.
Era Kepemimpinan Rasulullah SAW (1-10H / 622-632M)
Rasulullah SAW setelah berhijrah ke Madinah, telah menjadikan kota bercahaya ini sebagai pusat kebangkitan Islam. Baginda SAW telah menyatukan kaum Aus dan Khazraj untuk membentuk kaum Ansar, yang kemudiannya disatukan pula dengan kaum Muhajirin dari Mekah. Rasulullah SAW menjadi ketua negara Islam yang pertama. Kemudian, Sahifah Madinah iaitu perlembagaan bertulis yang pertama telah dibentuk dengan penyertaan kaum Yahudi. Negara Islam telah berkembang pesat sehingga menguasai seluruh Semenanjung Arab. Kota Mekah sendiri jatuh ke tangan Islam pada tahun kelapan Hijrah iaitu dalam peristiwa Fath al-Makkah.
Kerajaan Islam Madinah yang dipimpin oleh Nabi SAW ini berlangsung selama 10 tahun sehingga wafatnya Nabi SAW pada 13 Rabiul Awal 10H. Baginda SAW telah membentuk asas sebuah kerajaan Islam yang menunjukkan bahawa Islam tidak pernah memisahkan dirinya dari persoalan politik, kepemimpinan, Perundangan, kenegaraan dan kedaulatan. Islam yang ditunjukkan secara Sunnah itu adalah Islam yang memerintah. Model kenegaraan Islam inilah yang dilanjutkan oleh para Sahabat RA dan generasi berikutnya sehingga Islam dapat membentuk tamadun yang besar dan menguasai politik dunia.
Era Khulafa' ar-Rasyidin (10-41H / 632-661M)
Selepas kewafatan Nabi SAW, para Sahabat RA telah mengangkat Saidina Abu Bakar as-Siddiq RA menjadi pengganti Nabi SAW (khalifah) dalam menjaga agama dan mentadbir dunia menggunakan agama. Bermula dari tahun 10H ini, umat dipandu oleh para khalifah yang terpimpin (Khulafa' ar-Rasyidin) selama 30 tahun. Seramai empat orang khalifah telah memimpin umat berdasarkan petunjuk sunnah. Mereka ialah:
I. Saidina Abu Bakar as-Siddiq (10-12H)
II. Saidina Umar bin al-Khattab (12-22H)
III. Saidina Othman bin Affan (22-35H)
IV. Saidina Ali bin Abi Talib (35-40H)
Sepanjang era Khulafa' ar-Rasyidin ini, Islam telah berkembang pesat sehingga dapat mengalahkan Empayar Rom Timur dan Empayar Parsi, meluaskan wilayah Islam hingga ke Asia Tengah (Transoxania) di timur dan Qairuwan (Tunisia) di barat. Walau bagaimanapun, sejak tahun 28H telah berlaku krisis yang menyebabkan negara Islam bergolak. Pada tahun 40H, selepas beberapa siri perang saudara, Saidina Ali telah dibunuh di Basrah, iaitu ibu negara Islam baru sejak 35H. Ekoran pembunuhan ini, Saidina al-Hassan bin Ali bin Abi Talib, cucu Rasulullah SAW telah dibai'ah sebagai khalifah. Tetapi baginda hanya memerintah selama enam bulan dan menyerahkan kerajaan kepada Muawiyah bin Abu Sufyan pada tahun 41H. Tindakan ini dibuat untuk menyatukan semula umat Islam, lalu tahun 41H dikenali sebagai Amul Jamaah (Tahun Perpaduan).
Era Daulah Umayyah (41-132H / 661-750M)
Kepemimpinan umat telah diambil alih oleh Muawiyah bin Abu Sufyan bin Harb bin Umayyah bin Abd as-Syam bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab dari keturunan Bani Umayyah. Pemerintahan beliau berpusat di Damsyik dan kerajaan Islam menjadi semakin membesar. Pada tahun 64H /685M, Kerajaan ini telah diambil alih oleh seorang Sahabat Nabi SAW, Marwan bin al-Hakam bin Abi al-'As bin Umayyah bin Abd as-Syam, iaitu sepupu Saidina Othman bin Affan bin Abd al-'As, dan sejak itu kerajaan dikuasai oleh keturunannya. Daulah Umayyah ini memerintah umat Islam selama 99 tahun sehingga 661H. Antara pemimpin terkemuka Bani Umayyah yang menjadi khalifah ialah Abdul Malik bin Marwan, Al-Walid bin Abdul Malik, Umar bin Abdul Aziz dan Hisham bin Abdul Malik.
Pada tahun 91H, umat Islam telah berjaya membuka Andalusia di barat Eropah dan berjaya menguasai Semenanjung Iberia itu selama lebih 700 tahun. Bani Ummayah sendiri, selepas kejatuhan mereka di Damsyik, menguasai Andalusia mulai 138H / 756M bermula dengan Abdul Rahman ad-Dakhili. Selain itu juga, Daulah Umayyah turut meluaskan wilayah Islam di sebelah timur hingga ke Sindhi (India) pada zaman Yazid I. Selepas zaman Hisham bin Abdul Malik, Daulah Umayyah mengalami pergolakan dan kesempatan diambil oleh musuh politik mereka menyebabkan khalifah terakhir Bani Umayyah, Marwan II bin Mohammad telah dibunuh pada 132H dan Kerajaan Bani Umayyah berakhir.
Era Daulah Abbasiyah (132-923H / 750-1517M)
Kejatuhan Daulah Umayyah pada 132H telah menyebabkan berlakunya persaingan di antara Bani Abbasiyah (keturunan Abdullah bin Abbas bin Abdul Mutallib) dan Bani Alawiyin (keturunan Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutallib) dalam menguasai kekhalifahan umat. Walau bagaimanapun, pemimpin Bani Abbasiyah, Abu Abbas Abdullah as-Saffah telah berjaya mengambil alih kerajaan dari Daulah Umayyah dan membentuk Daulah Abbasiyah pada tahun 132H / 750M. Abu Abbas Abdullah as-Saffah bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas bin Abdul Mutallib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab menjadi khalifah pertama Daulah Abbasiyah, sebelum diganti oleh adiknya, Abu Jaafar al-Mansur pada 136H / 754M.
Pada asasnya, Daulah Abbasiyah adalah khilafah yang paling lama menerintah dalam sejarah Islam iaitu sehingga 923H / 1517M, selama 791 tahun. Secara umumnya, Khilafah Abbasiyah terbahagi kepada enam fasa, iaitu:
I. Zaman khalifah berkuasa mutlak (132-323H)
II. Zaman pengaruh Turki (232-334H)
III. Zaman Bani Buwaih (334-476H)
IV. Zaman Bani Saljuk (476-530H)
V. Zaman khalifah menguasai Baghdad (530-656)
VI. Zaman Mamalik di Mesir (661-923)
Daulah Abbasiyah terkenal kerana berkembangnya tamadun ilmu yang sangat pesat. Tetapi Daulah Abbasiyah juga menghadapi krisis kerana kemunculan kerajaan-kerajaan kecil pada abad ketiga Hijrah dan akhirnya membawa kepada kumunculan beberapa khalifah di barat pada abad keenam. Dalam zaman ini juga, umat Islam terpaksa berhadapan dengan gerakan Tentera Salib dari Eropah dan serangan Monghul dari timur. Peranan kesultanan-kesultanan Islam dalam mengembangkan dakwah dan pengaruh politik Islam juga sangat penting sehingga Islam telah berkembang di Nusantara selepas abad ketujuh Hijrah. Pada 656H / 1258M, Baghdad telah diserang oleh Hulagu Khan dari Monghul dan mereka berjaya membunuh Khalifah al-Musta'sim. Walau bagaimanapun, khalifah dapat dilantik semula pada 661H apabila Kesulatanan Mamalik di Mesir menabalkan al-Mustansir menjadi khalifah yang baru.
Pada awal abad ke-15M (10H), keadaan Kesultanan Mamalik sangat lemah yang menyebabkan Bani Shafawi yang bermazhab Syiah telah bangkit dan bersekutu dengan orang Portugis. Melihat keadaan ini, Sultan Salim I dari Kesultanan Othmaniyah di Istanbul telah bertindak menghapuskan Bani Shafawi dan menguasai Kesultanan Mamalik. Di atas kekalahan Mamalik ini, kekhalifahan umat Islam telah beralih tangan dari Bani Abbasiyah apabila khalifah terakhirnya, al-Mutawakkil III menyerahkan kepemimpinan umat kepada Sultan Salim I dari Bani Othmaniyah pada 923H / 1517M.
Era Daulah Othmaniyah (923-1342H / 1517-1924M)
Kesultanan Othmaniyah yang berbangsa Oghuz Turki dari puak Kayi, telah ditubuhkan oleh Othman bin Ertugrul bin Sulaiman pada 698H / 1299M. Kesultanan Othmaniyah telah bangkit sebagai kuasa politik di Eropah apabila Kota Edirne jatuh ke tangan Sultan Murad pada 763H / 1362M dan akhirnya Sultan Mohamad al-Fateh berjaya membuka Constantinople pada 857H / 1453M. Pembukaan Constantinople (Istanbul) ini telah membuatkan Kesultanan Othmaniyah dipandang sebagai pemimpin baru umat Islam. Memasuki abad ke-10H, gerakan penjajahan Barat telah berlaku ke atas bumi umat Islam, bermula dengan kejatuhan Granada pada 897H / 1492M.
Untuk membendung pendudukan Portugis di Hijaz yang didukung oleh Kerajaan Shafawi, Sultan Salim I telah menyerang Shafawi dan mengambil alih kekhalifahan dari Daulah Abbasiyah pada 923H. Sejak itu, Daulah Othmaniyah menjadi khalifah yang baru selama 419 tahun. Daulah Othmaniyah terkenal kerana kejayaan mereka menguasai Eropah Timur hingga ke Geneva. Walau bagaimanapun, pada era ini umat Islam terpaksa berhadapan dengan penjajahan Barat selepas kejatuhan Granada (897H / 1492M), Goa (916H / 1510M) dan Melaka (917H / 1511M). Penjajahan ini telah menyebabkan tersebarnya ideologi-ideologi barat kepada umat Islam.
Pada awal abad ke-13H / 19M, Sultan Mahmud yang menjadi khalifah Daulah Othmaniyah telah memperkenalkan dasar pembaratan yang menyebabkan pemikiran sekular berkembang di dalam Daulah Islam. Lebih teruk lagi, apabila faham kebangsaan (nasionalisme) telah memecahkan umat Islam mengikut bangsa, yang memaksa Sultan Abdul Hamid II melancarkan gerakan Wehadatul Islamiyah (Kesatuan Islam) pada awal abad ke-14H / akhir abad ke-19M. Namun gerakan ini gagal membendung perpecahan umat, sebaliknya golongan sekular telah menjatuhkan Sultan Abdul Hamid II pada 1327H / 1909M. Selepas itu, para khalifah tidak lagi berkuasa dan Daulah Islam mulai berpecah, sehingga akhirnya Khilafah Othmaniyah dibubarkan pada 27 Rajab 1342H / 3 Mac 1924. Dengan itu, berakhirlah kekhalifahan Islam.
Era Tanpa khalifah (1342-1442H / 1924-2020M)
Kejatuhan khalifah di Istanbul pada 1342H / 1924M telah membuka era baru sejarah Islam. Buat pertama kali umat Islam sebagai bangsa yang dijajah tidak mempunyai pemimpin. Seluruh kekuatan Islam dicabut dan syariat dimandulkan. Pemikiran sekular yang memisahkan agama dan politik telah berkembang dan umat Islam berada di persimpangan. Mereka tersepit di antara ideologi penjajah yang berasaskan liberal-kapitalisme-demokrat dan ideologi sosialis-komunis yang anti imperialisme Barat. Islam sudah tidak dipandang oleh umatnya.
Dalam keadaan yang tersepit ini, para ulamak telah membangunkan gerakan politik Islam bermula dengan kemunculan Sarekat Islam di Jawa pada 1323H (1905M) dan Ikhwanul Muslimin di Mesir pada 1347H (1928). Setelah itu muncul pula Hizbul Istiqlal (1355H) di Moroko, Masyumi (1364H) di Indonesia, Jamaat Islami (1360H) di India, Hizbul Muslimin (1367H) di Tanah Melayu dan lain-lain. Hari ini PAS yang ditubuhkan pada 1371H (1951M) telah melanjutkan perjuangan menegakkan Islam di Malaysia.
Sejak bermulanya era kemerdekaan bangsa-bangsa Islam selepas Perang Dunia Kedua, pertembungan berlaku di antara umat Islam yang mendukung faham nasionalis-sekular dengan gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia. Pada era 1390-an H (1970-an M), telah berlaku kesedaran besar di kalangan umat Islam, terutama apabila berlaku peralihan abad Hijrah pada tahun 1400H (1980M). Kesedaran ini telah memberi nafas baru kepada gerakan Islam apabila mereka dapat menguasai beberapa kerajaan melalui jalan demokrasi. Untuk membendung kesedaran ini, Barat mula menaja gerakan Islam liberal, Islam demokrat dan juga pemikiran post Islamism, selain turut menaja aliran keras yang menolak demokrasi dan mengambil pendekatan terorisme.
Selepas 100 Tahun, Islam Akan Ditajdidkan
Memasuki tahun baru 1442H pada hari ini, bermakna umat Islam telah tiba pada tahun ke-100 mereka kehilangan khalifah. Mereka telah dijanjikan bahawa umat Islam ini akan ditajdidkan pada setiap 100 tahun. Tajdid siyasi pasti akan berlaku dalam yang terdekat ini, yang boleh dilihat dengan beberapa tanda, seperti:
I. Berlakunya pembukaan semula Aya Sofia sebagai masjid umat Islam di Istanbul.
II. Penguasaan Pakistan ke atas Kashmir yang selama ini dijajah oleh India.
III. Gerakan penyatuan umat Islam melalui penyatuan parti-parti politik Melayu Islam di Malaysia.
IV. Berlakunya usaha besar-besaran untuk menyekat pengaruh Islam di dunia Arab seperti sekatan ke atas Qatar, pengiktirafan UAE ke atas Israel, dan peranan Mohamad bin Salman dalam hubungan dengan Amerika Syarikat.
Perkembangan-perkembangan terbaru yang berlaku menjelang 1342H ini menunjukkan dengan jelas tentang tanda-tanda kebangkitan Islam politik, sekali gus membolehkan umat Islam berperanan semula untuk mengatur pentadbiran dunia berasaskan agama. Tanda-tanda kejatuhan tamadun Barat sudah begitu jelas selepas berakhirnya zaman Barack Obama pada 2017, sedangkan kemunculan kuasa politik Islam sudah disedari oleh Barat sejak jatuhnya Soviet Union pada 1991. Telah lama Barat menganggap bahawa 'Beruang Hijau' (Islam) telah bangkit menggantikan 'Beruang Merah' (Komunis). Inilah yang dimaksudkan oleh Samuel P Huntington tentang 'The Clash of Civilization' (Pembenturan Peradaban) - iaitu kebangkitan Islam untuk meruntuhkan tamadun Barat.
Islam akan ditajdidkan dalam masa yang terdekat ini, bermula dengan tajdid siyasi untuk membolehkan Islam menjadi kuasa baru politik dunia. Islam pasti akan kembali berdaulat!
Saya akan memperkenalkan para khalifah Islam dalam siri-siri berikutnya.

COVID-19: Satu kematian, enam kes baharu dicatat hari Ini

KUALA LUMPUR, 31 Ogos -- Selepas merekodkan satu kematian semalam, COVID-19 meragut satu lagi nyawa hari ini, menjadikan jumlah kematian dalam negara akibat pandemik meningkat kepada 127 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian terbaharu itu melibatkan lelaki warganegara berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis serta darah tinggi.

“Beliau merupakan salah satu kes positif yang telah dilaporkan pada 13 Ogos lepas dalam kluster Tawar. Beliau mula mengalami gejala batuk sejak 11 Ogos dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah pada 13 Ogos setelah didapati positif COVID-19.

“Keadaan kesihatan beliau merosot dan memerlukan bantuan pernafasan sejak 19 Ogos. Beliau disahkan meninggal dunia pada 30 Ogos, pukul 10.35 malam. Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata enam kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan kumulatif kes positif di Malaysia adalah sebanyak 9,340 kes.

Daripada enam kes baharu yang dilaporkan, empat kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara iaitu Singapura, melibatkan dua warganegara dan dua bukan warganegara yang dilaporkan di Selangor. 

Sementara dua kes lagi melibatkan penularan di dalam negara membabitkan warganegara dari Kedah iaitu satu kes daripada kluster Tawar dan satu kes daripada kluster Telaga. 

“KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat enam kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini menjadikan kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,054 kes.

“Sementara itu, terdapat enam kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

-- BERNAMA

Microsoft Teams, Edge browser, Windows 10 get new features for a better remote working experience

Microsoft has announced a bunch of new updates and features that’s new in 365. Most of the new features are for Microsoft Teams but there’s some for other products as well. The new features focus on working in a fully remote environment or even a hybrid one. Microsoft is also hosting its Ignite session next month from September 22 to 24. The company will announce more features at this event. 

Microsoft Teams

Starting with Microsoft Teams, there’s a new Tasks app that lets users get an overall view of tasks and assignments from apps like Microsoft To Do, Planner and Outlook. The Tasks app also comes with a List view, Graph API, and Power Automate. The new Tasks app is available first to Microsoft Teams users on desktop.

Power Automate in Microsoft Teams is also getting new actions and triggers. You can now add a new team to a business process by using the new “create a team” action. @mentions can now be used in flows so the recipient receives it. Two new triggers let you create customised message actions for certain business processes. You can also notify team members who have been removed from a team. Microsoft has also made it easier for users to access Visio content on Teams.

Microsoft has added new features to Whiteboard on Teams. You can now quickly add sticky notes, move and reorder objects on a canvas. Microsoft also says that Whiteboard is now “faster than ever”.

Microsoft Edge

Microsoft’s Edge browser has also received some new features. You can now export to OneNote with Collections, and Picture Dictionary is coming to Immersive Reader. More features on Microsoft Edge include five different highlighter colours, support for screen readers, and viewing and validating digital signatures with the built-in PDF reader.

Microsoft 365

Microsoft 365 customers should get better assistance and help from FastTrack. The admin center in Microsoft Center also has an option for SMBs to easily deploy a lightweight security baseline policy for their Windows 10 systems. These are the latest features rolled out for Microsoft 365 products this month. Microsoft plans to announce more features at its upcoming Ignite session next month. - HT Tech

Kenapa Isu ‘Pekebun Durian Raub’ Istimewa Sangat Pada MCA?

SEPERTI yang saya jangka, MCA akan bertindak sebagai ‘wakil’ parti dalam kerajaan untuk membela pekebun-pekebun haram seiring dengan tekanan DAP di pihak pembangkang dan dilengkapi dengan rangkaian badan bukan kerajaan (NGO).

Sudah terang lagi bersuluh yang ini adalah isu pencerobohan tanah yang sangat bersistematik dan rapi.

Dengan kata lain, ini adalah suatu kegiatan haram yang sangat nyata. Tetapi tanpa segan silu para politikus membela penceroboh-penceroboh ini.

Mengapa MCA begitu bersungguh hingga perlu tubuhkan sebuah jawatankuasa khas ‘tergempar’ di peringkat parti untuk isu ini, sedangkan mereka sendiri ada dalam kerajaan negeri Pahang yang sedang mencari jalan untuk menyelesaikan isu ini?

MCA juga mengakui bahawa kerajaan negeri sepatutnya boleh ‘lakukan lebih baik’ dalam menyelesaikan kes ini.

Istimewa dan pentingnya isu ini bagi mereka sehingga Timbalan Menteri Perpaduan (Ti Lian Ker) dan Setiausaha Agung MCA (Chong Sin Woon) turut sertai jawatankuasa tersebut selain pimpinan parti yang lain.

Kita bimbang mereka akan lobi lebih banyak lagi dari apa yang telah dikompromikan oleh kerajaan baru-baru ini.

Lihat sahaja, mengapa jawatankuasa ini ditubuhkan hanya selepas pekebun-pekebun ini mendapat ‘kemenangan kecil’ beberapa hari sebelum itu?

Ini tidak mustahil kerana kita tahu yang parti-parti Melayu dalam kerajaan sedang bersungguh-sungguh mahu memenangi hati masyarakat Cina kerana Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah dekat.

Dari sudut yang lain, sesiapa yang menceroboh sesuatu tidak sepatutnya diberikan apa-apa hak walau apa pun alasannya. Lebih-lebih lagi tanah yang diceroboh sebesar lebih 4000 ekar, bukan kecil-kecilan.

Jika kita berkompromi dengan modus operandi sebegini, kita telah membuka ‘floodgate’ untuk lebih ramai membuat perkara yang sama di seluruh negara.

Bayangkan, betapa mudahnya taikun-taikun boleh mendapat tanah nanti, sedangkan orang-orang kampung yang mengusahakan tanah secara halal akan terus bertani secara daif.

Kita harap pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat masuk campur dengan serius dalam isu ini kerana rakyat sudah mula sangsi dengan gerak-geri politikus-politikus yang mula melibatkan diri dalam isu ini.

Kita menyeru supaya rakyat dan NGO-NGO pantau rapat, sebagai ‘check and balance’ kepada kerajaan dan pihak berkuasa dalam isu ini kerana terbukti gelombang suara rakyat mampu mempengaruhi tindakan-tindakan kerajaan.

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Sumber:
https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/08/29/pahang-mca-forms-committee-to-tackle-issues-faced-by-farmers-in-the-state

Isu LTTE: Tan Sri Musa Hassan Selar Tun Mahathir

“Jangan campur isu jenayah dengan politik,” tegas bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan.

Beliau merujuk surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar tidak melabelkan kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LLTE) sebagai pengganas yang tular hari ini.

Menurut Musa, beliau merasakan surat itu ditulis kerana wujudnya isu politik dalaman memandangkan polis ketika itu sedang menyiasat beberapa pimpinan parti tertentu kerana dikaitkan dengan sokongan kepada LTTE.

“Saya rasa itu politik dalaman. Polis sedang menyiasat kumpulan LTTE ada melibatkan ahli-ahli politik.

“Jadi (surat), ini dalaman punya politik. Jangan campurkan jenayah dengan politik. Penjenayah adalah penjenayah. Politik adalah politik,” katanya ketika dihubungi PN BBC Portal, hari ini.

Dalam surat yang tular itu, Dr Mahathir ketika menjawat jawatan Perdana Menteri ketujuh ada menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri meminta kerajaan tidak melabelkan LLTE sebagai pengganas.

Surat yang ditujukan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu menyatakan; “Saya berpendapat tidak ada sebab kita teruskan label LTTE sebagai terrorist… Saya fikir eloklah jika dikeluarkan LTTE dari senarai terrorist.”

Dalam pada itu, Musa memberitahu kerajaan sememangnya perlu mengikuti pengesahan dunia di mana 32 negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) melabelkan LTTE pengganas.

“Kena ikut antarabangsa punya pengesahan. Kalau antarabangsa mengesahkan LTTE adalah kumpulan pengganas, jadi, kena ikut.

“Macam mana kita pula mengatakan mereka ini bukan kumpulan pengganas kalau FBI dan antarabangsa melabel mereka ini pengganas. Sama macam ISIS, mereka ini dikategorikan pengganas,” katanya. - FB Dr Kamarul Yusof 

Islam Dan Kebangsaan Melayu

Catatan Sempena Hari Kemerdekaan

"Saya dan PAS adalah berisi, bersifat dan berbau kebangsaan Melayu dengan cita-cita Islam."

- Prof Dr Burhanuddin al-Helmy, Ucapan Dasar Yang Dipertua Agung PAS, dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Keenam, 24 Ogos 1957.

"(PAS komited) untuk terus berjuang bagi mengisi kemerdekaan negara ini dengan hasrat kebangsaan Melayu yang penuh, hingga terdirilah sebuah negara Islam di negara ini."

- Ikrar Mesyuarat Agung Tahunan PAS Keenam, 24-25 Ogos 1957.

Merdeka Tanpa Islam?

Catatan Sempena Hari Kemerdekaan 

"Belum dihitungkan telah merdeka dengan sepenuhnya, melainkan setelah berjalan hukum-hukum Islam pada diri seseorang (individu), masyarakat dan negara. Barulah tercapai kemerdekaan yang dicita-citakan oleh PAS. 

"Pada pendirian PAS, tiap-tiap hukum (undang-undang) yang tidak sesuai dengan al-Quran dan Sunnah adalah batal dan tidak sah, maka termasuklah Perlembagaan negara yang tidak sesuai dengan al-Quran dan Sunnah adalah terbatal jua pada pandangan dan pendirian Islam. 

- Prof Dr Burhanuddin al-Helmy, Ucapan Dasar Yang Dipertua Agung PAS di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Keenam, 24 Ogos 1957.

Mukriz Beri "Alasan" Kekalahan PRK DUN Slim

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Mukhriz Mahathir berpendapat adalah menjadi satu kebiasaan bagi pengundi bukan Melayu memilih calon parti kerajaan pada pilihan raya kecil (PRK).

Beliau berkata demikian susulan kekalahan calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mewakili Pejuang pada PRK Dun Slim hari ini.

“Pengundi bukan Melayu anggaran kami biasanya dalam satu pilihan raya kecil, mereka akan mengekalkan calon pihak kerajaan.

“Ini kerana sebarang peruntukan peringkat kerajaan negeri mahupun persekutuan akan terus disalurkan (jika calon kerajaan menang),” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama, di Taman Slim Perdana, Slim River.

Turut hadir, Amir Khusyairi, Anggota Parlimen Kubang Pasu, Amiruddin Hamzah dan Senator Marzuki Yahya.

Pada PRK berkenaan, Amir tewas kepada calon BN, Mohd Zaidi Aziz yang memperolehi majoriti besar sebanyak 10,945 undi.

Seorang lagi calon bebas, S Santharasekaran pula hanya memperoleh 276 undi dan hilang wang deposit.

Parti Pejuang yang merupakan parti serpihan Bersatu juga tewas di kesemua Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang mempunyai majoriti pengundi Cina dan India.

Ini berbeza pada PRU14 lalu apabila calon Bersatu, Mohd Amran Ibrahim yang bertanding atas tiket PKR menang enam PDM di mana kebanyakannya merupakan pengundi majoriti Cina dan India.
 
Bagaimanapun, Muhkriz yang juga Anggota Parlimen Jerlun yakin bahawa keadaan ini mungkin berubah dalam PRU akan datang.

“Saya ingat dalam PRU keadaan mungkin berubah. Jadi kami terima baik PRK Slim ini.

“Pada waktu sama kami ingin menyatakan bahawa kami lebih sedia menghadapi PRU yang akan datang,” katanya lagi.

‘Satu pertiga tidak keluar mengundi’

Sementara itu, dalam sidang media itu, Mukhriz berkata hampir satu pertiga daripada jumlah 23,181 pengundi tidak keluar mengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 68.4 peratus.

“Ini menunjukkan bahawa masih hampir satu pertiga pengundi yang tak keluar mengundi iaitu pada anggaran kami lebih 7,300 orang yang tak keluar mengundi. Tentu ada sebab,” katanya.

Beliau turut memberitahu bahawa hampir 35 peratus pengundi muda juga tidak keluar mengundi pada PRK kali ini.

“Kebiasaanya, 45 hingga 48 peratus adalah pengundi muda dalam satu kawasan. Tapi, di PRK Slim 35 peratus daripada pengundi-pengundi muda tidak turun mengundi kali ini.

“Ini berbeza dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pihak BN, yang menyatakan kononnya pengundi-pengundi muda menyokong pihak mereka.

“Sebenarnya semakan kami, ramai daripada pengundi-pengundi muda ini tidak turun mengundi,” katanya.

PRK Slim diadakan berikutan kematian adunnya, Mohd Khusairi Abdul Talib akibat serangan jantung pada 15 Julai lalu.

Pada PRU14, Allahyarham Mohd Khusairi menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

Dun Slim mempunyai 23,181 pengundi di mana 75 peratus pengundi adalah berbangsa Melayu, diikuti kaum India (13 peratus), Cina (10 peratus), dan lain-lain (dua peratus). MB

-----------------------------------------------------------
Nota : Harap Mukriz guna alasan lain. Rakyat Malaysia sudah banyak kali menyaksikan pengundi bukan Melayu tidak memberi undi kepada parti kerajaan dan parti kerajaan kalah di dalam pilihanraya kecil sebelum ini. 

Warna Merdeka, Lagu Patriotik Bergenre Pop


Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-63 ini Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh telah menghasilkan sebuah lagu Warna Merdeka.

Menariknya lagu patriotik bergenre pop itu menampilkan penyanyi muda seperti Ismail Izzani, Naim Daniel, Daniesh Suffian, Sean Lee dan Kidd Santhe.

Menerusi Warna Merdeka, World Peace Entertainment menampilkan sebuah muzik video yang bertemakan penghargaan dan sokongan berterusan terhadap petugas barisan hadapan yang bekerja keras mengekang penularan wabak koronavirus (COVID-19).

Penceritaan muzik video itu diinspirasikan dari lukisan mural khas untuk petugas barisan hadapan yang menjadi viral akibat vandalisma.

World Peace Entertainment berjaya menghasilkan satu lagi mural yang bertemakan penghormatan yang sama dari hasil kolaborasi bersama Medeaprojekt.

Istimewa untuk peminat-peminat Ismail Izzani, Naim Daniel, Daniesh Suffian, Sean Lee dan Kidd Santhe, lagu ‘Warna Merdeka’ terbitan World Peace Entertainment ini boleh didengar dan dimuat turun di semua streaming platform, seperti Spotify, Apple Music, Youtube, JOOX dan lain-lain.

NGO Belia Sifatkan Mahathir Sudah Tidak Relevan

Kekalahan teruk calon tajaan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah satu isyarat jelas bahawa anak muda sudah letih melayan karenah politik Malaysia yang dipelopori oleh wajah-wajah yang sama, tanpa hala tuju yang jelas.

Rata-rata Orang Melayu sudah pun memberi peluang kepada PH untuk memerintah namun mereka dikecewakan dengan prestasi kerajaan itu lantaran membuat keputusan untuk tidak lagi memberi sokongan.

Orang Melayu sudah muak dimomokkan dengan kisah pencuri, penyamun berulang-ulang kali sedangkan pencuri dan penyamun ini pun sedang berpeluh menghadapi kes di mahkamah untuk menyumbat mereka ke dalam penjara.

Orang Melayu juga tidak malas dan tidak suka digelar malas. Buka mata dan turun ke lapangan. Lihat ramai anak muda Melayu yang bertungkus lumus serta bermatian kerja siang dan malam demi survival mereka.

Janganlah khianat mandat rakyat dengan memperbodohkan rakyat seperti “kami tak sangka menang, sebab tu kami berjanji” atau “Kami ingat kalah, kami letaklah perkara susah dalam manifesto” mahupun “terima kasih atas pandangan, tapi anda bukan kerajaan”.

Adakah Melayu mudah lupa? Melayu tidak lupa. Mereka ingat semua ini dan mereka menghantar isyarat pada setiap PRK diadakan.

Rakyat sudah bosan dengan modal kempen buruk-memburuk, label melabel. Rakyat mahukan penyelesaian segera. 

Modal kempen pencuri, penyamun, penyangak sudah tidak lagi relevan.

Peratusan undi menunjukkan sokongan kaum Melayu, Cina dan India sudah meningkat kepada BN. Ini satu isyarat jelas bahawa Tun Dr Mahathir sudah tidak lagi berpengaruh. Mungkin sudah tiba masanya Tun memikirkan tentang persaraan.

Kecekapan kerajaan menangani Covid-19 juga membataskan isu kempen pembangkang. Tidak banyak isu yang boleh dibangkitkan selain daripada isu ‘pembelian’ wakil rakyat.

Malangnya, orang Semenanjung tidak peduli keadaan politik di Sabah. Bercerita tentang ‘pembelian’ wakil rakyat Sabah kepada pengundi di Slim hanyalah membuang masa. Isu lokal tetap menjadi keutamaan setiap PRK.

Adakah Kadir Jasin tidak sedar lagi? Dah kalah teruk TKO pun masih salahkan dengan memanggil orang Melayu ‘peasant’ pula?

Deposit pun nyaris terbakar. Insaflah. Muhasabah diri. Fikirlah cara baru untuk menangi hati pengundi Melayu selepas manifesto dikhianati.

Perbezaan umur yang jauh mungkin penyebab ‘social disconnection’ ini. Dengan kehadiran #Undi18, gelombang ombak anak muda akan menghempas pantai-pantai tua dan rapuh ini sehingga pasirnya tenggelam ke dasar laut tak timbul lagi.

Henti salahkan orang lain. Tetapi lihatlah pada diri sendiri dan baiki kelemahan. Ingatlah bahawa rakyat berkuasa mengangkat dan menumbangkan sesebuah kerajaan.

Justeru jangan perbodohi dan menghina rakyat lagi. Setiap kerajaan termasuk kerajaan Perikatan Nasional ambil iktibar dari keputusan Slim ini.

########################
MOHAMAD SIDDIQ MOHD AZANI merupakan Setiausaha Agung NGO Pertubuhan Gerakan Revolusi Anak Malaysia (G3RAM).

Deklarasi Anak Malaysia, Iklan Merdeka TNB


KUALA LUMPUR – Memupuk semangat, azam dan keberanian generasi masa hadapan untuk kekal kental mendepani cabaran adalah kunci kepada kesinambungan sesebuah negara, lebih-lebih lagi dalam keadaan yang serba mencabar kini.

Berikutan itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) tampil dengan iklan yang bertajuk “Deklarasi Sepakat Malaysia” sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.

Sejajar dengan tema sambutan tahun ini “Malaysia Prihatin”, iklan ini memaparkan kegigihan dan kesatuan rakyat Malaysia berbilang bangsa menghadapi krisis dan cabaran untuk menikmati masa depan yang lebih cerah.

Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab. Rahman berkata, sambutan kemerdekaan yang diadakan saban tahun bukan sekadar satu hari keraian buat warga Malaysia, namun ia harus menjadi sambutan yang berupaya menyuntik semangat patriotik ke dalam jiwa, untuk sepakat bersama menerajui Malaysia.

Diinspirasikan daripada ucapan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika membaca Pemasyhuran Kemerdekaan pada tahun 1957, iklan tersebut mendapat sentuhan pengarah terkenal Kabir Bhatia.

Sebahagian daripada aksi dalam iklan “Deklarasi Sepakat Malaysia” TNB.
Di sebalik laungan ikonik “Merdeka!” oleh Tunku ketika itu, mesej penting dalam ucapan beliau yang masih relevan sehingga kini menggambarkan kepentingan menjaga kesejahteraan dan bekerjasama untuk masa depan negara yang lebih cerah.

Dalam iklan tersebut, seorang kanak-kanak yang memakai pakaian seperti dipakai Tunku ketika membaca Pemasyhuran Kemerdekaan berucap dengan penuh semangat tatkala kanak-kanak lain tampil melakonkan watak masing-masing.

Ia memaparkan semangat, keprihatinan dan ketabahan rakyat Malaysia, khususnya wira-wira petugas barisan hadapan yang gigih mendepani cabaran yang dilalui baru-baru ini menerusi pelbagai watak lakonan kanak-kanak tersebut.

Dengan diakhiri laungan “Merdeka!” oleh barisan pelakon cilik, iklan tersebut secara tidak langsung menyuntik semangat patriotik dan rasa syukur ke dalam minda penonton.

”Ia juga menyampaikan mesej harapan kepada generasi masa hadapan untuk bersatu membentuk dunia yang lebih baik, seperti yang dapat dihayati melalui ucapan Tunku.

”Hanya apabila kita bersatu, semangat kita sebagai rakyat Malaysia akan menjadi lebih kuat untuk menghadapi cabaran yang mendatang,” kata Roslan.

“Deklarasi Sepakat Malaysia” mula ditayangkan pada 29 Ogos 2020 di saluran YouTube TNB (youtube.com/TENAGA official). – Malay

Guan Eng Cabar Zuraida Dedah Surat KSU

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencabar Zuraida Kamaruddin mendedahkan surat permohonan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 2018 untuk projek rundingan terus RM170.3 juta kepada Kementerian Kewangan.

Projek-projek yang dimaksudkan ialah Projek Sisa Pepejal Taman Beringin atau PSPTB (bernilai RM170,294,400.00) dan Sistem Perisian Perakaunan Century (bernilai RM501,206.37).

Guan Eng berkata, surat permohonan KPKT yang diterajui Zuraida itu ditulis oleh pegawai kanan yang berpangkat Ketua Setiausaha (KSU) memandangkan projek itu melibatkan jumlah yang besar.
 
”Zuraida tidak boleh menafi bahawa ada surat permohonan KPKT sedemikian. Saya mencabar beliau untuk mendedahkannya supaya rakyat boleh mengetahui kisah sebenar,” katanya.

Tegas bekas Menteri Kewangan itu, KSU KPKT tidak mungkin menulis surat rasmi pada tahun 2018 kepada Kementerian Kewangan tanpa pengetahuan atau restu menterinya, iaitu Zuraida.

Sekiranya benar permohonan dibuat tanpa pengetahuan Zuraida, KSU boleh dikenakan tindakan disiplin.

”Saya tidak percaya bahawa KSU KPKT ialah seorang yang sanggup bertindak “khianat” sedemikian walaupun terhadap seorang menteri “pengkhianat” PH. Ataupun Zuraida begitu jahil tentang perihal Kementeriannya sehingga tidak tahu KSU telah membuat permohonan RT kepada MOF.

”Sekiranya ini benar, maka Zuraida memang tidak layak “not fit and proper”, untuk memegang jawatan Menteri,” ujarnya.

Semalam Zuraida mendedahkan dua projek runding terus di kementeriannya memang diluluskan oleh Guan Eng selaku Menteri Kewangan kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.

“Semalam, saya sudah katakan saya akan siasat dakwaan dibuat pemimpin PH bahawa dua projek diluluskan menerusi rundingan terus dalam KPKT. Seperti yang dijanji, saya sudah siasat dan mengumumkan apa yang sudah ditemui.

Saya boleh mengesahkan bahawa rundingan terus ini dilaksanakan oleh bekas menteri kewangan sendiri iaitu Lim Guan Eng,” katanya.

Zuraida menambah, Penasihat Syarikat Bumi Segar Indah ialah Tamrin Tun Ghaffar yang juga penyokong PH.

Katanya, pada pertemuan 26 November 2018, Guan Eng bukan haja membincangkan rundingan semula projek itu bersama Tamrin tetapi juga bersetuju mengurangkan kos yuran pemberian 10 peratus lebih sedikit daripada kos asal kononnya dapat menjimatkan wang untuk kerajaan.

Guan Eng kemudian menasihati Bumi Segar Indah untuk berhubung dengan KPKT untuk membentangkan dan susulan dengan cadangan rasmi.

Mengulas kenyataan itu, Guan Eng menyifatkan Zuraida berpaling tadah dan menyalahkannya pula.

“… kononnya sayalah yang meluluskan PSPTB pada 20 Februari 2019 sebanyak RM170.3 juta tanpa pengetahuannya. Ini perkara yang mustahil. Saya ingin tegaskan bahawa amalan biasa ialah kementerian yang bertanggungjawab akan memohon kepada Kementerian Kewangan untuk projek RT dijalankan. Justeru, semestinya akan ada surat daripada KPKT kepada Kementerian Kewangan.

”Sila dedahkan juga surat kepada KPKT daripada Kementerian Kewangan atau daripada saya, kalau ada. Saya berharap Zuraida boleh mendedahkan surat-surat yang berkaitan agar rakyat dapat menilai sendiri kebenarannya. Janganlah sorok-sorok, sembunyikan fakta, menutup kebenaran atau lari daripada hakikat sebenarnya. MalaysiaGazette

Anak Mukhriz Langgar PKP di Denda RM1000.

"SAYA menyesal. Bukan saja kerana saya cuai melanggari larangan pergerakan selepas tengah malam, malah bersikap tidak bertanggungjawab di kala kita semua sedang diancam pandemik."

Demikian permohonan maaf anak kepada bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Meera Alyanna berhubung penahanannya dalam serbuan di sebuah pub di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dekat Kuala Lumpur, 21 Ogos lalu.

Meera Alyanna atau Ally antara 27 individu ditahan polis termasuk suaminya kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). 

Memetik kenyataan sumber, "Ya, beliau telah ditahan pagi Sabtu lalu, kerana melanggar perintah PKP dan ketika ditahan beliau dalam keadaan mabuk."

Menerusi Instagramnya, Ally berkata, dia amat kesal dengan kecuaian itu sehingga menyusahkan keluarga dan rakan.

"Benarlah saya bersalah dan patut pun anda berasa kecewa, tetapi tidak sebesar kekecewaan dan kekesalan yang saya rasai ketika ini.

"Saya sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik dan menjadi teladan kepada orang lain, namun kini saya sedar ia belum memadai," katanya.

Menurutnya, dia akan meningkatkan usaha untuk menjadi lebih baik dan membuktikannya suatu hari nanti.

Ally berkata, pada 21 Ogos itu, dia dan suami bersama dua rakan ke TTDI untuk meraikan ulang tahun kelahiran seorang sahabat.

"Pada 1.30 pagi, polis memasuki premis dan kami ditahan kerana melanggar PKPP. Pada 5.30 pagi, kami dikenakan denda RM1,000 setiap seorang dan dibenarkan pulang.

"Pada 25 Ogos, kami suami isteri sudah melunaskan denda yang dikenakan itu," katanya.

Mukhriz sebelum ini dilaporkan mengesahkan anak perempuan dan menantunya antara 27 individu ditahan polis dalam serbuan di sebuah pub.

Beliau berkata, anak dan menantunya wajar dikenakan tindakan kerana tidak mematuhi SOP ditetapkan.

"Saya sudah pesan kepada semua ahli keluarga supaya tidak melanggar SOP ketika musim PKPP ini, memanglah rasa kecewa (tetapi) perlanggaran itu tetap berlaku.

"Kita sudah beri teguran dan memang patutlah dia kena kompaun yang dikenakan Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya - Metro

NGO Lapor Polis, Dakwa Shafie Agen Filipina.

Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal didesak tampil untuk membersihkan namanya berhubung dakwaan sebagai agen Filipina yang menuntut Sabah ke dalam pasport antarabangsa negara itu.

Perkara itu dibangkitkan Pengerusi Penaja Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar yang membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Sabah sementara tersebut.

Menurut Zulkarnain,sebelum ini wujud tuduhan yang mengaitkan nama Shafie sebagai agen sehingga Filipina semakin berani untuk menuntut Sabah.

“Beberapa video telah dimuat naik dan tular merujuk kepada tuduhan tersebut sehingga menimbulkan kegusaran awam terutamanya rakyat Sabah.

“Harus diingat baru-baru ini kerajaan Filipina pernah bercadang memasukkan Sabah dalam peta pasport antarabangsa Filipina juga sebelum ini Sabah pernah diceroboh kerabat Sultan Sulu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Zulkarnain turut meminta polis menyiasat kemungkinan wujud unsur sabotaj terhadap ekonomi Sabah sepanjang tempoh pentadbiran Shafie kerana terdapat penyusutan dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Beliau turut mendesak polis menyiasat Shafie kerana didakwa telah memfitnah kononnya Tan Sri Musa Aman telah memberikan tanah hampir sejuta ekar kepada individu tertentu termasuk keluarga Musa. – SuaraTV

PH Akui Mereka Bukan Lagi Pilihan Rakyat

AMANAH Kawasan Tanjung Malim menyifatkan perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Perak yang berakhir malam tadi banyak memberi pengalaman buat parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu.

Ketuanya, Khairol Najib Hashim Tanjung Malim sebagai tuan rumah bagi PRK dengan pertembungan tiga penjuru itu menyaksikan komitmen petugas dan jentera pilihan raya parti tersebut.

“Terima kasih kepada semua petugas dan jentera daripada Parti Amanah Negara yang turun ke lapangan dalam menjayakan PRK N.58 Slim.

“Hanya ucapan penghargaan terima kasih dapat dilafazkan kepada kalian semua.
PRK N.58 ini memberi banyak pembelajaran dan pengalaman buat diri ini dan seluruh ahli Amanah Tanjung Malim,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Malam tadi, calon Bebas, Amir Khusyairi Tanusi, 38, yang mewakili Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) mendapat 2,115 undi manakala calon BN, Mohd Zaidi Aziz menang dengan 13,060 undi.

Zaidi yang juga pemangku Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim memperoleh majoriti 10,945 undi manakala seorang lagi calon Bebas, Santhara Sekaran Subramaniam mendapat 276 undi.

Sebanyak 68.4 peratus keluar mengundi daripada 23,094 pengundi keseluruhan, dengan 327 kertas undi pula ditolak.

Mengulas keputusan PRK tersebut, Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Faiz Fadzil berpendapat perlunya PH dan semua parti pembangkang kembali ke meja rundingan dan memperkukuhkan kekuatan.

ADUN Permatang Pasir, Pulau Pinang itu berkata, penyatuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad serta semua parti pembangkang penting bagi PRU-15 memandangkan rakyat tertarik dengan gelombang baharu.

Keputusan PRK DUN Slim juga menyaksikan sejumlah pengundi Cina dan India yang menolak BN pada PRU 2018 kembali kepada BN.

Contohnya, PDM Ladang Sungkai mempunyai sebanyak 83.56 peratus pengundi India. Sebanyak 68.26 peratus pengundi di situ memilih calon BN berbanding 70.35 peratus sokongan kepada calon PH pada PRU-14.

Sementara itu, DPM Sungai Slim Utara terdiri daripada majoriti pengundi Cina iaitu 60.85 peratus. BN mendapat 61.28 peratus undi di PDM tersebut walaupun pada PRU 2018 cuma mendapat 17.85 peratus undi di situ - MalaysiaDateline

Mat Sabu Perlu Cermin Diri

MARANG: Pas menempelak dakwaan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu kononnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah kerajaan kelam-kabut.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali gus meminta pemimpin itu agar mencermin diri kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebenarnya yang lebih kelam-kabut.

“PH lebih kelam-kabut kerana krisis dalaman dalam satu parti dan sesama parti.

“Kita tidak sama, Alhamdulillah,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Presiden Pas di Rusila sejurus selesai menyampaikan kuliah Jumaat secara dalam talian di Masjid Rusila di sini hari ini.

Mohamad dilaporkan berkata, rakyat semakin keliru dengan gabungan PN yang dilihat tidak tersusun seperti sepatutnya, termasuk dalam kalangan parti komponen susulan pengumuman MIC keluar daripada PN di samping tuntutan UMNO Terengganu untuk bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

Menurut Abdul Hadi, Amanah seperti orang yang terdesak hingga terpaksa mencari talian hayat dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan termasuk kononnya ahli Pas tidak akan mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim, esok.

“Kita tidak ada masalah, pengikut Pas masih setia, Amanah hanya mendapat undi sokongan DAP sahaja dan hidup dengan dukungan DAP,” katanya - Utusan

PH cabul kedaulatan undang-undang bela pekebun durian ‘haram’

BANGI, 11 Muharram 1442H, Ahad – Tindakan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) Pahang yang menggesa kerajaan negeri tidak mengambil tindakan terhadap pekebun yang mengusahakan tanaman durian secara haram di Raub, adalah tindakan politik yang mencabul kedaulatan undang-undang.

Yang Dipertua ISMA Kuantan, Ustaz Norman Mohd Nor menegaskan, perbuatan yang salah tetap salah, justeru pihak berkuasa mesti bertindak tegas tanpa memilih bulu.

Katanya, mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965, mengusahakan tanah kerajaan yang masih tiada keputusan/kelulusan adalah menjadi satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM500,000.00 atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi satu tahun.
 
“Kita sebagai rakyat, menyokong ketegasan kerajaan negeri menerusi Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang bertindak mengambil alih tanaman durian dan buah-buahan yang diusahakan secara haram di sekitar Kampung Sungai Ruan dan Kampung Chalit, Raub mulai 24 Ogos lalu.

“Bukan soal ia bangsa mata sepet, tetapi kalau betul perlukan tanah buatlah dengan cara yang betul, bukan tanam durian secara haram, tak perlu bayar cukai tanah, jual pula Musang King dengan harga seketul emas,” katanya kepada Ismaweb.net.

Ustaz Norman berkata, lebih menyedihkan apabila pihak bertanggungjawab bertindak, para peneroka haram dan pembela mereka memberikan bermacam-macam alasan dan memohon belas kasihan sehingga tidak segan silu meminta ihsan Yang di-Pertuan Agong.

“Sedangkan mereka tak pernah pun nak dengar titah Tuanku. Dalam bab penggunaan tulisan Jawi contohnya, sehingga sanggup bersusah payah ke mahkamah untuk memfailkan bantahan terhadap titah Tuanku. Sungguh tiada maruah perbuatan sebegini.

“Apa yang dipersoalkan dalam hal ini ialah bagaimana para pekebun durian ini dengan berani dan yakin mengusahakan penanaman durian Musang King secara senyap-senyap sehingga lebih 20 tahun tanpa mendapat teguran dari mana-mana pihak.

“Mungkinkah ada pihak-pihak tertentu yang memberi jaminan kepada tindakan mereka. Mungkin juga mereka menggunakan ‘taktik-taktik kotor’ untuk mendiamkan pihak-pihak yang bertanggungjawab sekian lama sehinggalah perkara ini terbongkar akhir-akhir ini,” dakwanya.

Beliau menegaskan apa pun alasannya, ada banyak perkara yang tidak kena sehingga perbuatan menceroboh tanah kerajaan semakin menjadi-jadi.

“Hari ini, rakyat sudah celik. Nampak kejelekan di sana sini. Sudah serik kena tipu. Sudah insaf. Sudah ingin membetulkan di mana silap. Sudah pandai menilai yang mana intan yang mana kaca. Yang mana benar yang mana temberang.

“Rakyat hari ini pun sudah pandai mengkritik pemimpin dan pihak berkuasa. Pesan saya kepada para pemimpin dan pihak berkuasa, hisablah dirimu sebelum kamu dihisab oleh Tuhan,” katanya. - ismaweb

Kemerdekaan Berlandaskan al-Quran

1. Allah persembahkan perjalanan hidup Nabi Ibrahim sebagai usaha seorang hamba untuk memerdekakan dirinya dari kesesatan agama dan pemikiran. Perjuangan yang panjang berhadapan dengan kaum bahkan keluarganya sendiri diceritakan di dalam al-Quran menggambarkan bagaimana Ibrahim berjuang membebaskan dirinya dari kepercayaan yang salah.

1.1 Hari ini pelbagai kepercayaan menyeleweng yang membelenggu pemikiran anak bangsa yang diungkap dengan pelbagai istilah moden seperti liberalism, pluralism dan sebagainya memesongkan mereka dari kerangka aqidah Islamiyyah. Merdekakah kita?

2. Allah ceritakan kepada kita kisah Nabi Syuaib yang berjuang memerdekakan kaumnya dari kezaliman belenggu ekonomi. Allah tegaskan di dalam al-Quran bahawa kekayaan bukan hanya terkumpul dalam kelompok tertentu sahaja. Firman Allah:

كَيْ لا يَكُŁˆŁ†َ ŲÆُŁˆŁ„َŲ©ً ŲØَيْنَ الأغْنِيَŲ§Ų”ِ Ł…ِنْكُŁ…ْ

(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. (Surah al-Hasyr: 7)

Malah di dalam al-Quran, Allah menegur sikap orang-orang yang mengumpul harta tanpa memikirkan kesejahteraan sosial dan keadilan pembahagian kekayaan di dalam masyarakat.

3. Al-Quran turut membayangkan perjuangan Nabi Musa yang berusaha memerdekakan kaumnya dari penindasan pemimpin yang zalim. Penyusunan struktur masyarakat yang tidak adil serta zalim mendidik Nabi Musa berjuang membebaskan mereka dari kejahatan pemerintah, aqidah yang rosak serta kerosakan sosial.

4. Kemuncaknya Allah datangkan Rasulullah untuk memerdekakan Quraysh dari sistem jahiliyyah yang membelenggu dan merosakkan seluruh kehidupan mereka. Aqidah mereka sesat, struktur sosial yang zalim, ekonomi yang menindas dan pelbagai kebejatan sosial diperbaiki dan disusun semula oleh Rasulullah melalui panduan dari al-Quran.

Moga Allah menjadikan kita umat yang berpegang kepada al-Quran dalam memahami erti kemerdekaan.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
telegram.me/drahmadsanusiazmi

Malaysia Sudah Merdeka, Masih Ada Bumi Islam Dijajah, Ditindas dan Dizalimi.

Dalam masa beberapa hari sahaja lagi, kita sebagai rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke 63. Setiap rakyat Malaysia tentu sahaja akan mengingati laungan “ Merdeka, Merdeka, Merdeka “ yang diucapkan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Al - Hajj, bapa kemerdekaan negara di kaca televisyen setiap kali tibanya hari kemerdekaan negara.

Merdeka adalah pengertian yang cukup bermakna bagi rakyat sesebuah negara, maka wajarlah kita memahami dan menghayati makna kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Laungan “ Merdeka “ semata – mata tidak mampu merungkai pengertian kemerdekaan yang tulen mahupun hakiki.

Tidak hanya cukup dengan memaparkan semangat patriotik seperti mengibarkan “ Jalur Gemilang “, namun kita perlu mendalami kisah, sejarah mahupun pengorbanan perjuang – pejuang kemerdekaan terdahulu yang berkorban hingga titisan darah terakhir mereka untuk memerdekakan negara daripada penjajah.

Tanpa itu semua terutamanya penghayatan dan pengertian kisah, sejarah mahupun pengorbanan orang – orang terdahulu, kita tidak akan mampu mengerti apakah makna “ Kemerdekaan “ yang sebenar kerana kita akan alpa, leka dan dibuai keseronokan akibat kehidupan yang tidak tidak kenal erti perit, susah dan terseksa sebagaimana orang – orang terdahulu.

Kemerdekaan itu terlalu mahal dan tidak ternilai, ia tidak boleh dibeli mahupun dijual malah ramai yang sanggup berkorban untuk memperolehinya kerana ia tidak datang bergolek mahupun boleh diperolehi dengan mudah.

Kita rakyat Malaysia amat beruntung kerana hidup dalam sebuah negara yang merdeka. Kita bebas dalam menentukan masa depan dan hala tuju kita sendiri, keluarga, masyarakat mahupun negara. 

Malaysia juga boleh dikategorikan di antara negara Islam yang maju, moden dan berdaya saing namun hakikatnya masih ada lagi negara – negara Islam yang masih lagi dijajah mahupun tidak menikmati kemerdekaan yang sebenar.

Pengalaman saya berada di luar negara samada ketika menuntut ilmu mahupun ketika menjalankan tugasan telah banyak mengajar saya erti kemerdekaan sebenar yang tidak terhingga nilainya. Sebagai contoh ketika sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 58, saya berada di Algeria yang digelar negara sejuta setengah syahid.

Mungkin ada tertanya mengapa diberi gelaran sebegitu kepada Algeria. Ini adalah kerana untuk mencapai kemerdekaan daripada Perancis yang menjajah Algeria satu ketika dahulu, lebih daripada sejuta rakyatnya terkorban menentang penjajahan Perancis demi untuk mencapai kemerdekaan.

Umat mahupun Dunia Islam telah melalui zaman kegelapan sejak kejatuhan Khilafah Islamiyyah di Turki, bermula daripada kelemahan umat Islam sendiri kerana meninggalkan agama yang telah menjadikan mereka contoh dan teladan kepada umat manusia dari pelbagai bidang dan aspek kehidupan.
 
Racun asabiyyah perkauman dan mazhab yang dititik oleh penjajah kepada umat dan Dunia Islam ditelan bulat – bulat sehingga menjadi porak – peranda, malah ada yang sanggup menjadi alat mahupun tali barut kepada penjajah Barat menjatuhkan kerajaan Islam Uthmaniyyah. 

Almarhum As-Syeikh Muhammad Al-Ghazali, seorang alim dan pemikir Islam telah memberikan komentar terhadap situasi umat Islam pada ketika itu:

"Umat Islam berdepan dengan kezaliman orang-orang Turki dan kebodohan orang-orang Arab."

Yang bermaksud kezaliman orang-orang Turki terhadap bangsa dan kaum lain walaupun seagama dengan mereka manakala kebodohan orang-orang Arab kerana sanggup menjadi alat mahupun talibarut kepada penjajah untuk memecahkan kerajaan Islam serta umat Islam.

Akibatnya setelah kejatuhan Khilafah Islamiyyah Uthmaniyyah, maka negara-negara umat Islam telah dibahagi-bahagikan mengikut kehendak penjajah melalui Perjanjian Pangkor, Sykes Picot, Balfour dan lain-lain perjanjian lagi. Buat pertama kali dalam sejarah ketamdunan Islam, umat mahupun Dunia Islam telah hilang tempat bergantung.

Algeria ditakluk oleh penjajah Perancis sejak dari tahun 1830 sehingga kemerdekaan dicapai pada tahun 1964. Bukan sahaja kekayaannya dikaut dan dirompak kerana begitulah lazimnya tabiat penjajah, bahkan jatidiri rakyatnya juga turut mahu dicabut supaya tidak ada lagi jatidiri sebagai bangsa Arab Muslim. 

Para ulama ditangkap dan dipenjara dan sekolah-sekolah agama ditutup. Bahasa Arab dilarang untuk diajar, jatidiri Islam dicabut dan gerakan kristianisasi dikembangkan. Penjajah Perancis memberikan tanah dan bangunan kepada bangsa Perancis dan konco-konconya. Rakyat Algeria dihalau dan dihambat ke pendalaman, sama seperti yang dilakukan oleh Zionis Yahudi terhadap umat Islam Palestin.

Gerakan menentang penjajah dimulakan oleh para alim ulama dan pejuang-pejuang yang menentang penjajahan Perancis. Pada tahun 1832, Al-Amir Abdel Qader telah memulakan gerakan Jihad menentang penjajah Perancis yang mempunyai pelbagai kelengkapan canggih dan tersusun dengan taktik peperangan gerila. Perancis menanganinya dengan pelbagai bentuk kekerasan dan kekejaman sehingga mereka berjaya menahan Al-Amir Abdel Qader pada tahun 1847. 

Gerakan jihad tidak mampu dipadamkan dan perjuangan diteruskan oleh generasi seterusnya hinggalah pada tahun 1931, muncul seorang tokoh ulama dan pejuang Abdel Hamid bin Badis yang mengambil pendekatan membangunkan anak-anak muda dengan tarbiyah Islam dan meniupkan semangat jihad ke dalam diri mereka untuk menentang penjajahan Perancis. 

Slogannya yang masyhur dan dikenang sehingga ke hari ini adalah :

“Islam adalah agama kami, bahasa Arab adalah bahasa kami dan Algeria adalah watan kami.”

Hasil daripada tarbiyah yang panjang ini sehinggalah mampu melahirkan kesedaran yang menyeluruh, maka tercetuslah revolusi pada tahun 1954 sehingga kemerdekaan dicapai pada tahun 1962. Perjuangan yang panjang dan berliku ini mengorbankan lebih daripada sejuta rakyat Algeria. Ternyata mereka sekali-kali tidak tunduk, mengalah mahupun mengikut telunjuk penjajah.

Saya cukup terkesan dan merasai betapa tingginya nilai pengorbanan yang dilakukan oleh rakyat Algeria untuk mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan bukan semata-mata menghalau penjajah daripada bumi yang dijajah bahkan kemerdekaan sebenar ialah memerdekakan roh, jasad dan pemikiran daripada agenda mahupun perancangan penjajah. 

Rakyat Algeria, bukan sahaja tanahair mereka dijajah bahkan mereka juga tidak rela roh dan jiwa Islam mereka disentap oleh penjajah. Begitu ramai nyawa yang terkorban semata – mata untuk menikmati dan merasai erti kemerdekaan yang sebenar. 

Erti kemerdekaan yang diucapkan oleh Rub'i bin A'amir kepada Rustum, panglima tentera Parsi:

"Sesungguhnya Allah mengutus kami untuk mengeluarkan sesiapa yang mahu keluar daripada pengabdian sesama hamba kepada pengabdian kepada Tuhan yang Maha Esa. Daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam. Daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat."

Mungkin Algeria, tanah air tercinta kita Malaysia mahupun banyak lagi negara – negara Islam telah merdeka dan berjaya menghalau penjajah keluar dari tanah air masing – masing, namun usah kita lupa bahawa masih terdapat lagi bumi umat Islam yang masih lagi dijajah seperti Palestin. Mereka diseksa, dizalimi malah dihalau dari rumah dan tanah air mereka sendiri.

Di Xinjiang, bangsa Uighur ditindas, dizalimi, dipenjara malah ada yang dihalau dari rumah dan tanah air mereka sendiri. Begitu juga umat Islam di Kashmir, bangsa Rohingya di Rakhine, Myanmar dan tidak lupa juga nasib umat Islam di Syria, Yemen, Iraq, Afghanistan dan beberapa tempat lagi. 

Mungkin dibeberapa tempat berlakunya pergolakan politik dan perang saudara yang tidak ditakrifkan sebagai penjajahan namun nasib rakyat negara – negara tersebut adakalanya lebih teruk daripada dijajah oleh penjajah. Buminya mungkin merdeka nanum sikap pemimpin mahupun negara jirannya yang seperti penjajah menyebabkan sebenarnya bumi dan diri mereka tidak merdeka.

Justeru itu perjuangan untuk memerdekakan bumi umat Islam masih lagi belum selesai dan perjalanannya mungkin amat panjang. Namun jika kita umat dan Dunia Islam bersatu padu dan berkerjasama, segala yang sukar dan menjadi onak mahupun duri dalam perjuangan memerdekakan bumi umat Islam akan mampu diatasi.

Kali ini kita akan menyambut Hari Kemerdekaan kali yang ke 63. Ini bermakna sudah 63 tahun penjajah telah meninggalkan negara kita yang tercinta ini. Adakah kita benar-benar merdeka dan menjiwainya dalam erti kata yang sebenar? 

Ini adalah persoalan yang perlu difikirkan dengan mendalam dan bertanyakan pada diri kita sendiri, adakah kita benar – benar merdeka ataupun tidak. Jangan semata-mata kita hanya melaungkan kata keramat “Merdeka” saban tahun, namun negara kita masih lagi dibelengu oleh sistem peninggalan penjajah yang digunapakai hingga ke saat ini. 

Tidak dinafikan bukan semua yang ditinggalkan oleh penjajah itu buruk dan tidak elok. Islam mengajar kepada kita bahawasanya “Hikmah kebijaksanaan itu adalah barang tercicir kepada orang mukmin yang boleh diambil manfaatnya jika tidak bercanggah dengan hukum syarak.” 

Maka oleh itu ada perkara-perkara baik ditinggalkan oleh penjajah yang wajar dikekalkan namun terdapat juga perkara-perkara mesti dibuang demi untuk memerdekakan jiwa kita daripada belenggu penjajah. 

Sistem perundangan adalah contoh yang paling jelas bahawa negara kita masih lagi belum merdeka secara keseluruhannya. Perundangan Islam hanya berlegar pada aspek kekeluargaan dan muamalat semata - mata sedangkan undang-undang jenayah masih lagi mengekalkan undang-undang peninggalan penjajah.

Walaupun penjajah telah meninggalkan tanahair kita akan tetapi amalan penjajah masih lagi diamalkan. Di zaman penjajah kekayaan watan dirompak dan dibawa pulang ke negara mereka. Di zaman penjajah cukai diambil dari rakyat hingga menjadi miskin, melarat dan tergadai. Di zaman penjajah tanah rampas dan dimonopoli oleh penjajah. Selepas merdeka, sepatutnya kita sudah bebas namun masih ada lagi yang bersikap seperti penjajah.

Walaupun negara kita tidak mengorbankan sejuta setengah syahid untuk mencapai kemerdekaan sebagaimana Algeria, akan tetapi jasa dan pengorbanan mereka yang memperjuangkan kemerdekaan jangan sesekali dilupakan. Almarhum Tunku Abdul Rahman Al-Hajj dan rakan-rakannya telah banyak mencurahkan jasa dan baktinya untuk kemerdekaan negara yang tercinta ini. 

Bahkan terdapat juga nama-nama yang seringkali dilupakan daripada lipatan sejarah kemerdekaan negara walaupun jasa mereka amat besar kepada tanahair tercinta ini. Mereka juga adalah wira dan tokoh kemerdekaan negara yang wajar diangkat dan diingati oleh setiap warganegara.

Tok Janggut, Tuan Guru Haji Abdurrahman Limbong, Dato Maharajalela, Mat Kilau, Dato Bahaman, Rosli Dhoby, Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan ramai lagi pejuang kemerdekaan adalah di antara tokoh-tokoh yang telah amat besar jasanya dan berkorban demi untuk kemerdekaan ini.

Kemerdekaan itu adalah satu nikmat, maka syukurilah nikmat ini dengan mengembalikan erti kemerdekaan yang sebenar dan hakiki di dalam diri setiap anak watan .

Moga Allah SWT memelihara setiap rakyat Malaysia dan tanah air bertuah yang tercinta ini.

Islam Memimpin Perpaduan.

YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat.
ADUN Batu Buruk.

https://www.facebook.com/526079594114224/posts/3194512670604223/?extid=RfxXVhhbmNqKlLaM&d=n

Pejuang Akhirnya Berjaya Men“SLIM”kan Undi BERSATU Di Slim

Akhirnya terbukti bahawa calon PEJUANG, Amir Khusyairi, berjaya men“slim”kan 6,144 undi yang diperolehi oleh calon BERSATU dalam PRU 14 di Slim menjadi 2,115 undi sahaja. 

Tahniah kepada seluruh jentera kempen PEJUANG dalam PRK N58 Slim atas culaan pengundi ter“bijak” yang pernah kita saksikan dalam sejarah PRK di Malaysia.

Akan tersemat dalam lipatan sejarah kata-kata Presiden PEJUANG, Dato’ Seri Utama Mukhriz, sehari sebelum Amir Khusyairi tumbang bergaya dalam PRK N58 Slim ini: 

“Berdasarkan laporan culaan pengundi dalam PRK N58 Slim yang telah dijalankan, calon bebas (PEJUANG), Amir Khusyairi, mempunyai peluang untuk menang.”

Akan tersemat dalam lipatan sejarah juga kata-kata Dr Bridget Welsh pada 16 Ogos lalu bahawa calon PEJUANG kononnya ada peluang untuk menang kerana:

(1) Ada kemungkinan pengundi Cina dan India mengundi calon PEJUANG yang disokong oleh PH kerana PN kononnya meminggirkan golongan minoriti di dalam kerajaannya dan kerana mereka kononnya marah bila PN mendakwa Lim Guan Eng.

(2) Ada kemungkinan pengundi PAS mengundi calon PEJUANG kerana kononnya mereka marah bila PAS asyik diketepikan dalam agihan kerusi dan kerana calon PEJUANG kononnya mempunyai latar belakang agama yang kuat.

Tahniah, tahniah dan tahniah kepada semua.

PRK Slim : BN Menang majoriti 10,945


Walau pun peratusan keluar mengundi menurun kepada 68.40% sahaja. Namun calon BN berjaya memperolehi 13,060 undian dengan majoriti 10,945. 

BN diwakili calonnya, Mohd Zaidi Aziz, 43, meraih 13, 060 undi, mengatasi dua calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, dan S Santharasekaran, 44, masing-masing memperolehi 2,115 dan 276 undi. 

Amir Khusyairi mewakili kumpulan penyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang baharu menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Peratusan keluar mengundi sehingga 5.30 petang selepas semua pusat mengundi ditutup ialah sebanyak 68.40 peratus daripada 22,749 pengundi menunaikan tanggungjawab itu.

Pengundi berdaftar membabitkan 23,094 iaitu 74 peratus pengundi Melayu, India (12 peratus), Cina (10 peratus), Orang Asli (1.4 peratus) dan lain-lain (2.6 peratus).

Ranking Ahli-Ahli Parlimen 2020 Pasca Muafakat Nasional

Oleh: Dr Muslim

Pada 14 September 2019, satu gabungan simbiotik diantara PAS dan Umno yang digelar Muafakat Nasional atau lebih dikenali dengan “muafakat air-mata” telah menjadi realiti, setelah lebih 60 tahun “berpisah”. Saya kata berpisah kerana PAS dan UMNO adalah dari satu keluarga pada tahun 1950 tetapi sebahagian ulamak telah keluar UMNO pada tahun 1951 untuk menubuhkan PAS. Kemudian PAS rujuk balik kepada UMNO pada tahun 1972 ekoran daripada rusuhan kaum pada tahun 1969 yang mendorong kepada penyatuan dua parti etnik Melayu terbesar ini, untuk mengukuhkan suara Melayu Islam dan untuk menstabilkan keadaan huru-hara di Malaysia ketika itu. 

Penubuhan Muafakat Nasional antara lain bertujuan untuk menjunjung dan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin pembentukan negara, mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan, dan mempertahan kedaulatan Raja-Raja Melayu serta kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera tanpa mengenepikan kepentingan kaum lain. 

Hasil dari gabungan ini, kesatuan etnik Melayu Islam menjadi semakin kukuh dalam menentang kerajaan PH yang membawa agenda yang berlawanan dengan perlembagaan persekutuan seperti usaha untuk meratifikasikan ICERD dan “Statute Rome”. Kesedaran orang Melayu Islam ini telah mengerunkan PH dimana banyak PRK-PRK pasca PRU 14 telah dimenangi oleh BN. Realitinya, kalau gabungan ini terjadi sebelum PRU 14, PH tidak mampu untuk memenangi PRU 14. Maka, wajarlah kalau gabungan ini mampu menumpaskan kerajaan PH selepas 22 bulan memerintah.

Berdasarkan simbiosis politik PAS dan UMNO/BN inilah, saya telah membuat analisis undian ahli-ahli parlimen sekiranya  PAS dan UMNO/BN bergabung pada PRU 14 dahulu. Ternyata PAS dan UMNO/BN mampu memenangi 31 lagi kerusi parlimen kerana majoriti undi banyak menyebelahi MN/PN. Justeru, saya telah menghasilkan satu carta kedudukan ahli parlimen terbaru untuk tahun 2020 dengan mengambil kira kesan gabungan undi PAS dan UMNO/BN ini.

Inilah senarai ringkas kedudukan pemimpin-pemimpin parti yang memenangi kerusi parlimen dimana undi PAS dan undi UMNO/BN digabungkan sekali.

1.Abdul Hadi Awang 1 dari 222
2.Lim Guan Eng 19 dari 222
3.Tuan Ibrahim TM 45 dari 222
4.Ignatius Dorell Leiking 52 dari 222
5.Wan Azizah W. Ismail 54 dari 222
6.Mohd Shafie Apdal 60 dari 222
7.Gobind Singh Deo 64 dari 222
8.Mohamad Sabu 71 dari 222
9.Lim Kit Siang 77 dari 222
10.Salahuddin Ayub 103 dari 222
11.Mohamed Azmin Ali 107 dari 222
12.Ahmad Zahid Hamidi 117 dari 222
13.Ismail Sabri Yaakob 123 dari 222
14.Anwar Ibrahim 129 dari 222
15.Wee Ka Siong 142 dari 222
16.Muhyiddin Yassin 157 dari 222
17.Tun Mahathir 159 dari 222
18.Syed Saddiq 167 dari 222
19.A. Faizal Azumu 214 dari 222
20.Mukhriz M 217 dari 222


Merujuk kepada analisis ini, Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang mendapat undi majoriti tertinggi iaitu 81.55% (PAS 51.24%, UMNO 30.31%, PH 4.9%). Sementara Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man pula mengekori rapat di tangga ke 3 dalam senarai pemimpin-pemimpin dan di tempat ke 45 dalam senarai ahli-ahli parlimen.

Manakala Dr Mujahid Yusof menduduki tangga tercorot iaitu kedudukan ke 222 dengan undian 32.3% berbanding undian PAS dan BN 50.07%. Ini bermaksud, kalau PAS dan BN bergabung pada PRU 14 dahulu, Dr Mujahid sepatutnya kalah dengan BN.

Tun Mahathir sekadar menduduki tangga yang ke 159 dengan majoriti 7.92% berbanding dengan
Muhyiddin Yassin yang menduduki dua tangga lebih tinggi iaitu tangga ke 157 dengan majoriti 8.63%. 
Walau bagaimana pun, Mukhriz yang hanya mendapat 34.54% berbanding dengan PAS dan BN 46.63%, akan menghadapi kesukaran untuk mempertahankan kerusi parlimen Jerlun. 

Mohamad Sabu mendapat majoriti yang agak tinggi iaitu 35.75% di tangga ke 71 dan timbalannya Salahuddin menduduki tempat ke 103 dengan majoriti undian 23.14%

Majoriti yang tinggi bagi ahli-ahli parlimen DAP Lim Guan Eng 60.63% (19 dari 222), Gobind Singh Deo 38.76% (64 dari 222), Lim Kit Siang 32.44% (77 dari 222) menunjukkan kedudukan mereka sukar digugat dalam PRU 15 nanti.

Sementara itu, Syed (Saddiq 27 tahun) bekas menteri PPBM yang mahu menubuh parti anak muda berbilang kaum ala parti Future Forward di Thailand dan parti En Marche di Perancis, hanya menduduki tempat ke 167.

Analisis ini menunjukkan kemungkinan besar 31 ahli-ahli parlimen PH sekarang akan kehilangan  kerusi masing-masing pada PRU 15 sekiranya sentimen  Muafakat Nasional terus relevan. 

Dr Muslim
Kuantan
28 Ogos 2020

#MampuCentre 

Penafian: Pandangan didalam penulisan ini adalah daripada pengarang sendiri dan tidak mewakili mana-mana orang, organisasi atau parti-parti politik yang pengarang mungkin atau tidak mungkin terlibat, kecuali jika dinyata dengan jelas. Apa jua pandangan atau pendapat tidak bertujuan untuk mengecam mana-mana ugama, bangsa, organisasi, parti-parti politik atau individu.
Rujukan:
https://pas.org.my/sejarah-parti-islam-se-malaysia-pas/
https://harakahdaily.net/index.php/2019/12/16/muafakat-nasional-umpama-keris-menikam-ph/
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/09/606917/piagam-muafakat-nasional-umno-pas-dimeterai
https://www.spr.gov.my
https://election.thestar.com.my/

Tak Rasmi : BN Menang PRK DUN Slim

© all rights reserved
made with by templateszoo