NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMMAH Cabar Dap Keluar Daripada Kerajaan Ph Dalam Masa 7 Hari - Yakin Tun M Tolak Iktiraf Uec



Ummah mencabar Nga Kor Ming dan DAP supaya keluar dengan segera daripada Kerajaan PH pimpinan Tun M dalam masa 7 hari sekiranya benar2 gentleman, kerana UEC sudah pasti akan ditolak untuk diiktiraf oleh Tun M sebagai PM yang juga pemangku Menteri Pendidikan.

Ummah yakin Tun M sebagai PM dan juga Menteri Pendidikan akan sentiasa menjaga dasar-dasar pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan negara daripada dicampuraduk dengan sistem pendidikan yang lain.

UEC adalah sistem peperiksaan asing yang dikendalikan oleh pertubuhan Dong Zong yang rasis, anti nasional dan perpaduan kaum yang membawa agenda negara China tanah besar dan Taiwan dalam pendidikan SMPC, yang sangat bercanggah dengan dasar pendidikan kebangsaan.

Ummah tetap yakin berdasarkan maklumat yang jelas diperolehi oleh PPDUEC daripada pelbagai pihak, maka UEC tidak akan diiktiraf dalam sistem peperiksaan pendidikan negara kita.

Ummah menyokong penuh pendirian Tun M bahawa UEC , SMPC dan dan Dong Zong adalah pertubuhan pendidikan yang rasis, anti nasional dan hanya mementingkan kaum cina sahaja tampa mengambilkira hak hak kaum lain yang majoriti dalam negara ini.

Mohd Zai Mustafa ialah Pengerusi Ummah, Ketua Eksekutif MAPPIM

Berapa denda sebar manifesto palsu sindir? - Najib



BANGI, 3 Jamadilakhir 1441H, Selasa – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil kesempatan menyindir kerajaan Pakatan Harapan (PH), selepas pihak berkuasa menegaskan akan mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita tidak sahih mengenai penularan novel coronavirus di Malaysia.

"Memang saya setuju bahawa rakyat Malaysia tak patut sebar berita palsu mengenai coronavirus. Sekarang kerajaan PH beri amaran akan kenakan denda RM100,000 dan penjara setahun ke atas siapa yang sebar berita palsu.

"Nak tanya juga, berapakah denda dan hukuman penjara yang akan dikenakan untuk mereka yang sebar manifesto palsu?

"Dan apakah beza denda RM100,000 serta penjara satu tahun ini dengan akta berita palsu kerajaan BN (Barisan Nasional) lalu yang telah ditentang dan dimansuhkan PH?," soalnya menerusi satu hantaran di akaun Facebook beliau.

Sebelum ini, dalam satu kenyataan bersama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan kandungan, khabar angin atau berita palsu mengenai penularan coronavirus.

Menurut kenyataan itu lagi, penyebar berita palsu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya.

"Pendakwaan turut boleh dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya," katanya.

Dilaporkan, angka kematian di China akibat penularan wabak coronavirus terus meningkat kepada 106 orang dengan pertambahan kes positif dijangkiti virus baharu itu sebanyak 4,428 orang.

Pihak berkuasa China berkata, jumlah kes baharu direkodkan adalah sebanyak 1,300.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2020/01/28/berapa-denda-sebar-manifesto-palsu-sindir-najib/

Terengganu: Walau Berbeza Pegangan Politik, Peruntukan Terus Disalur



Oleh: Hidayah Azlin

SETIU, 28 Januari - Walaupun berbeza fahaman dan pegangan politik, peruntukan bagi tujuan tertentu terus disalur agar manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh rakyat Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, berdasarkan perkiraan itu, dalam sektor pertanian, kerajaan negeri sentiasa memberikan peruntukan kepada jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan program serta projek yang bermanfaat kepadaa rakyat.

"Antaranya peruntukan yang disalurkan kepada Jabatan Perikanan untuk program memperkayakan sumber laut serta bantuan peralatan nelayan.

"Manakala peruntukan melalui Lembaga Pertubuhan Peladang untuk program Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) dan peruntukan tampungan harga duku kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, perbezaan politik yang wujud tidak wajar dijadikan alasan untuk setiap pihak berkelahi sepanjang masa kerana pada akhirnya membebankan rakyat.

"Perkiraan kita, walaupun tugas-tugas tersebut berada di bawah bidang kuasa Jabatan Persekutuan, tetapi yang mendapat manfaat ialah rakyat kita. Maka negeri dan pusat perlu bekerjasama dan berganding bahu.

"Atas dasar ini jugalah, peruntukan Bantuan Am RM250,000 diberikan juga kepada ADUN bukan kerajaan di Terengganu.

Coronavirus: Khalid jangan persenda netizen



BANGI, 3 Jamadilakhir 1441H, Selasa – Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menempelak kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad yang memperlekehkan pengetahuan netizen mengenai penularan wabak novel coronavirus (2019-nCoV).

Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu mengingatkan, Khalid supaya tidak mempersendakan netizen dengan kenyataan-kenyataan sinis.

Beliau berkata, netizen juga adalah rakyat biasa di mana apabila mereka meluahkan kekhuatiran, kerajaan perlu mencari kaedah untuk melegakan mereka.

"Walaupun ada pandangan yang mahu kita terus tutup pintu pelancong dari China, ada yang lebih lembut dari itu, iaitu dengan mengenakan kembali visa pada saat ini.

"Visa adalah instrumen kawalan. Banyak soalan yang boleh ditanya ketika memohon masuk. Termasuk rekod perjalanan dan status kesihatan.

"Beritahu ini bukan soal diskriminasi tapi soal berjaga-jaga. Mana-mana kerajaan sering melakukannya," katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Khalid dalam satu kenyataan berkata, kemampuan pegawai Kesihatan Malaysia untuk menangani ancaman wabak mengatasi kedua-dua negara Singapura dan Thailand.

Katanya, Malaysia berada di kedudukan ke-18 di seluruh dunia berbanding Singapura yang berada di kedudukan ke-30.

"Tapi kepakaran walaun dan netizen jauh mengatasi. Mereka di kedudukan 0," katanya sinis.

Membidas perkara itu, Ahmad Shabery berkata, kerajaan sepatutnya perlu memberitahu rakyat mengenai setiap perkara yang mereka lakukan untuk mengendalikan wabak Wuhan itu.

"Apa langkah kawalan di pintu masuk? Apakah skrin suhu hanya menggunakan kamera suhu di imigresen atau pada setiap individu di dalam pesawat yang baru mendarat?

"Ia lebih meyakinkan, tetapi perlukan tenaga kakitangan yang banyak dan mengambil masa," katanya.

Pada masa sama, Ahmad Shabery juga mengingatkan kerajaan supaya memberi jaminan bantuan kepada rakyat akan sampai segera, sekiranya terdapat kes serangan penyakit di khalayak ramai seperti pengsan.

Beliau berkata, rakyat juga perlu mengetahui apa tindakan yang perlu dilakukan dan siapa yang perlu dipanggil jika berlakunya kes kecemasan sedemikian.

"Mengendalikan kecemasan berbeza dari mengendalikan bencana.

Kecemasan mungkin cukup dengan agensi yang ada. Bencana perlukan kesiapsiagaan dan kerah total termasuk rakyat dan netizen semua. Jangan musuhi mereka (rakyat). Mungkin mereka juga diperlukan," katanya.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2020/01/28/coronavirus-khalid-jangan-persenda-netizen/

RMM Tempinis Perintis Rumah Patuh Syariah Terengganu - MB

Apa Kesan Penurunan OPR Kepada Kehidupan Anda




MAZLI NOOR

Kadar Asas Semalaman (OPR) adalah peratusan kadar faedah yang digunakan dalam urusan pinjaman antara bank-bank, yang mana ianya ditentukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Bagi pihak BNM pula, OPR digunakan sebagai alat untuk mengawal penggunaan dan bekalan wang dalam sistem ekonomi Malaysia dan menjadi tunjang kepada polisi kewangan negara. Oleh itu tanggungjawab untuk mengawal selia dan mengurus OPR adalah terletak di bawah Jawantankuasa Polisi Kewangan (MPC) BNM.

Baru-baru ini BNM telah mengejutkan pasaran dengan sekali lagi menurunkan OPR kepada 25 mata asas kepada 2.75% daripada 3.00%, penurunan kedua dalam tempoh tidak sampai enam bulan. Ini adalah penurunan OPR yang paling rendah dalam masa sembilan tahun. Bagaimanakah OPR boleh memberi kesan kepada kehidupan anda sebagai pengguna?

Selain digunakan sebagai asas kadar faedah pinjaman antara bank, OPR biasanya juga akan digunakan oleh bank-bank dalam menentukan kadar faedah asas pinjaman kepada pelanggan-pelanggan. Oleh itu sekiranya OPR turun kadar faedah pinjaman juga sepatutnya akan turun.

Hasilnya, anda pelanggan runcit dan juga pelanggan komersil, akan dapat membuat pinjaman dengan kadar faedah yang lebih rendah. Oleh dengan itu jumlah pembayaran balik juga akan menjadi lebih rendah. Ini menguntungkan anda sebagai pelanggan runcit dan juga pelanggan komersil. Sekiranya anda berhajat untuk membeli rumah atau kereta maka ini adalah masa yang terbaik.

OPR juga menjadi asas kepada bank dalam menentukan kadar faedah kepada simpanan. Jesteru sekiranya OPR turun maka kadar faedah simpanan sepatutnya juga turun. Oleh dengan itu bagi anda yang mempunyai simpanan atau simpanan tetap di bank, anda akan mendapat pulangan yang lebih rendah. Dalam situasi ini pelanggan runcit dan pelanggan komersil perlu untuk menilai semula strategi simpanan dan pelaburan mereka bagi memastikan pulangan yang lebih optimum.

Dari segi perdagangan pula, OPR juga boleh memberi kesan kepada ekspot atau impot sesebuah negara. Ini adalah kerana sekiranya OPR turun maka keinginan pelabur luar untuk melabur dalam pasaran Malaysia akan juga turun kerana mereka akan terkesan dengan mendapat pulangan yang lebih rendah. Ini selanjutnya akan memberi kesan kepada permintaan matawang ringgit yang seterusnya akan menurunkan nilainya di pasaran tukaran matawang.

Apabila nilai ringgit turun maka ekspot Malaysia akan menjadi lebih kukuh kerana barangan Malaysia akan menjadi lebih murah di pasaran antarabangsa. Ini akan seterusnya meningkatkan pengeluaran daripada pengusaha dan pengeluar di Malaysia yang seterusnya akan membuka peluang kepada wujudnya lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat seperti anda.

Dalam masa yang sama penurunan ringgit juga ada memberi kesan kepada impot yang mana barangan yang kita impot akan menjadi lebih mahal. Oleh itu harga barangan luar negara yang kita beli di Malaysia akan turut menjadi lebih mahal.

Ini secara langsung juga akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi Malaysia kerana kebanyakkan pelaksanaan projek-projek mega negara masih amat bergantung kepada impot. Ini termasuk peralatan teknologi tinggi, bahan-bahan binaan, perkhidmatan perundingan dan sebagainya. Dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan maka risiko inflasi akan meningkat yang akhirnya akan menjejaskan kuasa beli anda sebagai pengguna.

Jesteru, sekiranya anda berhajat untuk bercuti ke luar negara, maka ini bukanlah waktu yang sesuai kerana anda perlu berbelanja lebih banyak disebabkan penurunan nilai ringgit. Sebagai alternatif anda boleh menukar strategi dengan bercuti di dalam negara untuk mendapatkan nilai yang lebih maksima daripada wang yang anda belanjakan.

Begitu juga dari segi perbelanjaan, cubalah seboleh mungkin membeli barangan buatan Malaysia dan mengelakkan barangan impot. Ini boleh membantu untuk mengelakkan anda daripada berbelanja lebih. Hasilnya, ianya juga akan membantu meningkatkan lagi kuasa beli anda.

Dari perspektif BNM, OPR juga merupakan alat yang efektif digunakan untuk mengawal tabiat berbelanja anda sebagai pengguna. Dalam suasana dimana ekonomi pesat membangun BNM selalunya akan menaikkan OPR bagi mencegah pengguna daripada berbelanja secara boros dan tidak berhemah. Pada regim OPR yang tinggi pengguna akan lebih sukar untuk mendapatkan pinjaman kerana kadar faedah yang tinggi. Ini akan menyebabkan pengguna lebih berhati-hati dan berbelanja mengikut kemampuan masing-masing. Secara langsung, ini akan mencegah daripada berlakunya inflasi.

Begitu lah sebaliknya, sekiranya berlaku kelembapan kepada ekonomi, maka BNM akan selalunya menurunkan OPR bagi menggalakkan pengguna berbelanja dan seterusnya menyokong ekonomi untuk tumbuh. Di negara-negara maju menjadi kebiasaan di mana kadar faedah direndahkan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Sebagai contoh di Amerika Syarikat, Rezab Simpanan Persekutuan pernah menurunkan kadar faedah sehingga 0% dan melakukan suntikan tunai ke dalam sistem ekonomi (Quantitative Easing) bagi menyokong ekonomi.

Oleh itu, jadilah pengguna yang berhemah untuk kesejahteraan kita bersama.

MAZLI NOOR ialah Timbalan Pengerusi 2 Lajnah Ekonomi, Hartanah & Pembangunan Usahawan PAS Pusat.

1 JamadilAkhir 1441H
27 Januari 2020

Koronavirus: Akhirnya Kerajaan Menggantung Sementara Kemasukan Pelawat Negara China


Kenyataan Akhbar:

KEMASUKAN PELAWAT NEGARA CHINA

‪Kerajaan telah mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen iaitu eNTRY, Visa on Arrival, e-visa dan visa manual kepada rakyat negara China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di kelilingnya berkuatkuasa serta merta.‬

Kerajaan juga ingin mengingatkan kepada semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sah atau palsu berkenaan novel koronavirus ini yang boleh menyebabkan ketidaktenteraman kepada masyarakat umum.

Sumber: Pejabat Perdana Menterihttps://www.facebook.com/Jab.PerdanaMenteri/posts/2716662198427937

Usahasama menghadapi wabak 2019-nCoV


PAS mengikuti perkembangan 2019-nCoV dengan terperinci. 2019-nCOV adalah sejenis virus baru yang telah dikesan kes pertama pada 8 Disember 2019. Namun begitu, WHO hanya mengisytiharkan penemuan ini pada 31 Disember 2019. Kerajaan negara China mengistiharkan darurat pada 14 wilayah baru pada Jumaat 24 Januari 2020.

Masih banyak persoalan tentang cara jangkitan serta gejala-gelaja yang perlu dipantau memandangkan terdapat kes-kes yang dilaporkan pada pesakit yang didapati positif tetapi tidak mempunyai simptom-simptom seperti yang dinyatakan. Dengan informasi yang terbaru ini, menimbulkan tanda tanya adakah saringan awal di lapangan terbang dengan hanya menggunakan thermal detector yang mengesan tanda demam cukup efektif bagi mengawal jangkitan wabak ini.

Jika dibandingkan dengan sejarah wabak seperti SARS dengan kadar kematian sekitar 10 peratus, MERS-CoV pula sekitar 37 peratus dan 2019 nCOV ini hanya dilaporkan sekitar 3.1 peratus. Namun begitu, data ini masih memerlukan pelaporan semasa daripada Kerajaaan China dan negara-negara lain yang turut mempunyai kes-kes positif. Sehingga kini, jumlah mereka yang dijangkiti dan meninggal dunia akibat daripada jangkitan virus ini terus meningkat dengan 80 kematian seperti yang dilaporkan secara rasmi oleh Kerajaan China. Namun begitu, sikap negara ini yang selalu menyembunyikan angka sebenar seperti isu rakyat Uighyur menyebabkan dunia sentiasa skeptikal dengan fakta yang diberikan.

Mengikut jurnal perubatan, setakat ini tiada rawatan yang efektif untuk merawat virus ini. Sepertimana yang kita sedia maklum, kos rawatan dan penjagaan pesakit berjangkit ini amat tinggi memandangkan persediaan PPE, bilik isolasi, 1 to 1 nursing care, dan juga kos pengurusan yang lain. Dengan kadar mobiliti pelancong antarabangsa adalah sangat tinggi terutama dari negara China, boleh menyebabkan penyakit ini dieksport ke negara lain dengan mudah.

Setelah meneliti perkembangan semasa ini, PAS mengambil maklum usaha dan pendirian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di dalam mengawal perebakan jangkitan tersebut di dalam negara dan tanggungjawab yang perlu dilakukan sesuai dengan saranan WHO. Namun yang merisaukan PAS adalah pelbagai kenyataan yangdikeluarkan oleh pelbagai kementerian yang memberikan justifikasi dangkal dalam tindakan mereka. Sebagai contoh, kenyataan yang mengutamakan pulangan ekonomi dalam sektor pelancongan, prospek Tahun Melawat Malaysia 2020 yang akan terkesan serta beban 2 juta pelancong-pelancong dari negara China telah dijadikan sandaran. Ini memberi gambaran seolah-olah kerajaan sedia ada mengutamakan wang ringgit dan sen berbanding dengan kesihatan rakyat dan tenaga petugas-petugas kesihatannya.

Justeru PAS mencadangkan agar pelan menyeluruh yang merentasi pelbagai kementerian hendaklah diwujudkan segera bagi membendung penularan wabak ini secara holistik. Pihak kerajaan perlu lebih bertanggungjawab di dalam memberikan pandangan dan tindakan. Setiap kenyataan haruslah dibuat dengan berdasarkan rakyat didahulukan dan bukan untuk kepentingan yang lain. Jangan pula rakyat disalahkan apabila kenyataan-kenyataan tersebut dianggap tidak wajar malah menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat seolah-olah kerajaan cuba untuk menyembunyikan sesuatu.

Namun begitu PAS menyeru rakyat agar terus bertenang dan memberi kepercayaan dan kerjasama kepada pihak KKM dan kementerian lain dalam menjalankan tugas mengikut SOP yang sedia ada bagi melindungi keselamatan negara. PAS akan terus memainkan peranan untuk memantau dan memberikan pandangan balas bagi pihak rakyat kerana PAS yakin sinergestik dalam tindakan di antara rakyat dan kerajaan adalah penting dalam membendung wabak 2019-nCoV ini.

DR MOHD MAZRI YAHYA ialah Pengerusi Lajnah Kesihatan PAS Pusat

Ringkasan Artikel Serambi Dunia Islam







Coronavirus: Solat Hajat Di Seluruh Negeri Terengganu Pada Hari Isnin 27 Januari 2020.


Solat Hajat Di Seluruh Negeri Terengganu Pada Hari Isnin 27 Januari 2020.

Saya menyeru pada semua rakyat di negeri Terengganu untuk mengambil langkah penjagaan diri, anggota keluarga dan orang yang di bawah jagaan mereka ketika berdepan dengan ancaman wabak jangkitan 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV).

Sehubungan dengan itu juga saya meminta kepada seluruh kariah masjid di Terengganu untuk mengadakan solat hajat pada hari Isnin 27 Januari 2020 selepas solat maghrib, memohon pertolongan Allah SWT agar dijauhi mala petaka dan wabak jangkitan ini dapat dibendung dengan segera.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua.

Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar,
Menteri Besar Terengganu.
26 Januari 2020.

Koronavirus: Kerajaan perlu halang kemasukan pelancong


IPOH: Kerajaan perlu mempertimbangkan langkah untuk tidak menerima kemasukan pelancong dari negara yang telah dikenal pasti sebagai punca wabak koronavirus.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, langkah yang dilakukan oleh banyak negara lain itu perlu dilakukan di negara ini bagi membendung wabak berkenaan merebak.

Menurutnya, dalam menghadapi wabak koronavirus di seluruh dunia, Islam mempunyai panduan yang perlu dijadikan panduan setiap Muslim dan seluruh penduduk negara ini.

"Saranan mengadakan solat hajat dan membaca doa-doa yang ma'thur adalah sangat perlu di dalam menghadapi situasi yang semakin merisaukan masyarakat.

"Di samping solat hajat, sedangkan ada satu lagi unsur penting lain yang disaran oleh Nabi Muhammad SAW iaitu kuarantin negara ini daripada dimasuki rakyat punca wabak," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, kerajaan berhak menyekat kemasukan pelancong ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengawal penyakit berkenaan merebak di dalam negara ini.

Dalam pada itu, Zamri berkata, semua penduduk negara ini wajib mengikuti panduan kesihatan dan kawalan penularan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/koronavirus-kerajaan-perlu-halang-kemasukan-pelancong-229059

Virus Corona (2019-Ncov): Ketatkan Kawalan Di Semua Pintu Masuk Negara



1. Pengisytiharan tiga orang warga negara China yang didapati positif Virus Corona (2019-nCoV) merupakan sesuatu yang merunsingkan rakyat negara ini. Lebih membimbangkan lagi apabila ianya berlaku melalui jalan darat pintu masuk negara di selatan tanahair.

2. Tambah merunsingkan apabila mereka yang dikesan positif hanya selepas mendapat amaran daripada Kementerian Kesihatan Singapura kerana mempunyai hubungan secara langsung dengan kes yang dikesan di negara tersebut. Bagaimana pula dengan semua penumpang yang berada dalam penerbangan yang sama dengan mereka yang tidak dikesan kerana tidak mempunyai sebarang gejala.

3. Turut membimbangkan kita apabila laporan daripada jurnal perubatan mendapati sebahagian daripada pesakit tidak mempunyai apa-apa gejala pernafasan ataupun demam, namun imbasan CT paru-paru mereka menunjukkan tanda-tanda pneumonia yang teruk. Ini memberi isyarat bahawa 2019-nCoV ini boleh merebak tanpa disedari serta jauh lebih mudah daripada Virus Corona yang lain sebelum ini.

4. Laporan juga mendedahkan terdapat kematian seorang doktor yang terlibat dalam tugas merawat pesakit-pesakit 2019-nCov di Hubei, China. Ini amat membimbangkan kerana kakitangan kesihatan juga turut berisiko untuk terdedah kepada jangkitan dan seterusnya boleh membawa maut.

5. Mengikut pendapat seorang Virologist yang terlibat dalam wabak SARS suatu ketika dulu, turut menyatakan 2019-nCoV adalah tidak terkawal dan berkemungkinan 10 kali ganda lebih serius daripada wabak dahulu.

6. Justeru, PAS memandang serius bahawa Malaysia perlu menutup pintu kemasukan negara kepada semua warga negara China buat sementara waktu bagi melindungi rakyat negara ini. Segala penerbangan dari wilayah Wuhan dan juga China keseluruhannya perlu ditangguhkan sehingga wabak ini dapat dikawal.

Dr. Mohd Mazri Yahya
Pengerusi Lajnah Kesihatan,
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat.

25hb Januari 2020

2021 Tiada Lagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)?



Kerana ianya merupakan suatu pembaziran wang kerajaan yang boleh digunakan untuk membayar semula hutang negara.

Lim Guan Eng menyifatkan penghargaan dan pemberian insentif tersebut bukanlah satu keperluan kerana setiap penjawat awam telah pun dibayar gaji dan diberi bonus setiap tahun.

Malah penjawat awam jangan jadikan APC sebagai satu motivasi untuk kerja sungguh sungguh semata harapkan ganjaran sebaliknya setiap penjawat awam perlu kerja sungguh sungguh setiap hari kerana anda dibayar gaji oleh kerajaan.

Persoalannya siapakah majoriti dalam kalangan penjawat awam…..pastinya melayu. fikir fikirkanlah satu demi satu keistimewaan melayu ditarik secara terang terangan apatah lagi secara halus yang tidak ketahui rakyat.

Sungguh,PH MERUPAKAN MALAPETAKA BUAT MALAYSIA

RM50,000 bukan wang peribadi exco: Mohd Amar


SITI FATIHAH AWANG | | 24 Januari 2020

KOTA BHARU - Pemberian peruntukan khas RM50,000 kepada setiap exco Kerajaan Negeri Kelantan adalah wang bantuan sementara untuk kegunaan exco menyantuni rakyat.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan, wang tersebut diberikan bukan atas urusan peribadi sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

"Sepatutnya kerajaan beri RM200,000 kepada setiap exco untuk menguruskan rakyat setiap tahun yang dipanggil 'pull'. Biasanya bila tiba bulan Oktober, peruntukan tersebut akan habis sepenuhnya. Tidak sampai setahun. Jadi kita berbaki beberapa bulan untuk menunggu bajet seterusnya.

"Kita buat mesyuarat untuk bincang mengenai hal ini dan setuju RM50,000 diberikan sebagai wang pendahuluan sementara kepada exco-exco supaya mereka tidak putus membantu rakyat. Perkara ini bukan isu kerana ada juga negeri lain yang beri lebih dari RM200,000 seorang. Exco kita, kalau peruntukan tak cukup, mereka guna duit sendiri,"katanya kepada media selepas program menyantuni masyarakat kaum Cina di Kampung Pulau Lohong, di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mempersoalkan kewajaran Kerajaan Kelantan menyalurkan duit tersebut kepada setiap exco negeri tersebut.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, wang tersebut memang sudah ada dalam Bajet iaitu Perbelanjaan Luar Jangka daripada Wang Yang Disatukan.

"Oleh sebab itu kita masukkan ke akaun peribadi sebab ia bukan duit projek atau untuk jalankan apa-apa program. Tapi duit untuk exco berikan kepada rakyat yang memerlukan bantuan di seluruh negeri.

"Duit ini tidak ada kena mengena dengan peruntukan RM400 juta itu. Kita tidak usik apa pun. Kita ada 'surplus'. Banyak kali saya katakan, tapi masih ada yang sengaja cari isu,"katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/67300/EDISI/Kelantan/RM50000-bukan-wang-peribadi-exco-Mohd-Amar

Inilah cara sebenar memakai topeng muka

Koronavirus: Mayat pesakit tersadai di koridor hospital


WUHAN - Panggilan seorang jururawat meminta pertolongan daripada orang ramai untuk mengangkat mayat pesakit virus koronavirus tidak diendahkan sehingga menyebabkan dirinya menangis akibat tindakan masyarakat.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah hospital di sini kini dipenuhi dengan pesakit virus tersebut bagi merawat wabak tersebut yang boleh mengundang maut, lapor South China Morning Post yang memetik sumber.



Seorang saksi wanita yang dikenali sebagai Xioxi berkata ketika kejadian, dia telah pergi ke hospital tersebut bagi mendapatkan rawatan buat suaminya.

Menurutnya, dia juga telah menyaksikan adegan-adegan yang mengerikan di mana mayat-mayat yang telah dibungkus menggunakan linen ditinggalkan di koridor hospital sementara ramai yang lain sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan.

“Saya menyerahkan satu pek tisu kepada jururawat itu. Dia menangis ketika cuba mendapatkan bantuan beberapa orang untuk mengalihkan mayat tetapi tiada sesiapa yang memberi respons padanya.

“Pasukan kesihatan awam kini dalam keadaan terdesak akibat keadaan pesakit yang tidak terkawal disebabkan virus (koronavirus) ini. Di sini anda akan melihat ahli keluarga kini sedang berjuang untuk mendapatkan katil dan rawatan di sini. Kami sangat terdesak,” katanya.

Terdahulu, 41 orang maut akibat virus terbabit dan kira-kira 1,000 kes telah dilaporkan setakat ini.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/67406/GLOBAL/Koronavirus-Mayat-pesakit-tersadai-di-koridor-hospital

Sampai bila rakyat tak bersalah jadi korban pemandu mabuk?




BANGI, 28 Jamadilawal 1441H, Jumaat – Ahli Parlimen Kubang Kerian, Tuan Ibrahim Tuan Man menyelar sikap 'lembab' Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook apabila masih gagal meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Beliau membangkitkan perkara itu ekoran kes kemalangan maut disebabkan pemandu mabuk kerap berlaku, tetapi masih tiada tindakan keras dikenakan.

Semalam, seorang maut, manakala dua lagi parah sejurus motosikal masing-masing dirempuh kenderaan Ford Ranger dipandu seorang lelaki.

Dalam kejadian 7.20 pagi itu, penunggang motosikal Nuovo LC, Muhammad Zulfakkar Borhan, 29, meninggal dunia di lokasi kejadian. Manakala, penunggang dan pembonceng motosikal Honda EX5, Muhammad Hazid Mohd Kamil, 27 dan Muhammad Anas Mokti, 27, parah.

Difahamkan, saringan awal kandungan alkohol dalam darah melalui ujian pernafasan terhadap pemandu Ford Ranger, ia menunjukkan di tahap kawalan yang dibenarkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mengulas perkara itu, Tuan Ibrahim berkata, kejadian seumpama itu memaksa rakyat untuk mendesak Akta 33 dipinda, khususnya membabitkan hukuman bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian.

"Berdasarkan Seksyen 41 dan 44 Akta 333, hukuman maksimum adalah penjara tidak lebih 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, ramai orang awam termasuk kanak-kanak dan wanita yang tidak bersalah menjadi mangsa korban akibat sikap pemandu mabuk yang semakin ramai kini.

"Sampai bila rakyat yang tidak bersalah terus menjadi korban pemandu mabuk ini? Mengapa Menteri Pengangkutan masih berdiam diri dan belum meminda Akta 333?," soalnya.

Pada masa sama, Tuan Ibrahim berkata, perkara ini sangat serius selain menggesa hukuman lebih keras patut dikenakan terhadap pesalah.

"Pindaan perlu disegerakan untuk menghalang lebih banyak kes akan berlaku. Kita akan berusaha sebaik mungkin agar pindaan ini dapat dilaksanakan termasuk mendesak untuk mengharamkan penjualan arak secara berleluasa," katanya.

Isu pemandu mabuk masih belum mendapat perhatian Kabinet. Terdahulu, seorang pegawai bank maut selepas kereta dipandu terbabit kemalangan berhampiran susur keluar Bandar Puteri, Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dipercayai dilanggar pemandu dalam keadaan mabuk.

Jun tahun lalu, Roslinda Mohamad Isa, 44, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kepala Batas selepas gerai nasi lemak dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.

Sebulan kemudian, satu lagi kes sama membabitkan seorang pekerja kontrak yang maut dilanggar pemandu dipercayai mabuk ketika sedang melakukan kerja kawalan lalu lintas di Persiaran Perdana, Sri Damansara.

Kejadian sama turut meragut nyawa Mohaidin Gani Mohamad, 58, apabila motosikalnya dirempuh oleh kereta seorang wanita warga China berhampiran lampu isyarat simpang empat Jalan Dato Keramat.


Gempa bumi kuat landa Turki



KUALA LUMPUR, 29 Jamadilawal 1441H, Sabtu – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 pada skala Richter melanda Timur Turki pada pukul 1.55 pagi waktu Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia gempa itu berlaku 77km timur dari Malatya, Turki pada kedalaman 10 km.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.- Bernama

Lagi pemandu mabuk langgar 2 kenderaan sehingga mangsa parah


GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki kerana memandu dalam keadaan mabuk sebelum melanggar sebuah kereta dan sebuah motosikal sehingga menyebabkan mangsa cedera parah, dalam kejadian di Jalan Ayer Itam, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi, lelaki berusia 24 tahun itu yang berada di bawah pengaruh alkohol memandu kereta Proton Waja dari arah bulatan Ayer Itam menuju ke arah pusat bandar, dan ketika tiba di lampu isyarat Jalan Ayer Itam simpang Jalan Padang Tembak melanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang wanita.

“Akibat pelanggaran itu, kereta Proton Waja tersebut hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan, sebelum merempuh sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 40 tahun,” katanya, hari ini.

Katanya penunggang motosikal itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, badan serta kaki kanan dan menerima rawatan di zon merah Hospital Pulau Pinang, manakala pemandu Myvi berusia 22 tahun turut cedera di badan, tangan serta kepala dan menerima rawatan di hospital sama.

“Pemandu Proton Waja itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan ujian alkohol mendapati lelaki tersebut memandu dalam keadaan mabuk. Kes disiasat menurut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu di bawah pengaruh alkohol dan menyebabkan kematian atau kecederaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang 3 tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang RM8,000 dan tidak lebih RM20,000,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata polis menahan seorang lelaki berusia 30-an kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk yang dijalankan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Butterworth, awal pagi ini.

Katanya dalam operasi bermula pukul 11 malam itu, lelaki tersebut memandu sebuah kereta dan tidak mengaku berada dalam keadaan mabuk serta memberikan pelbagai alasan kerana enggan memberikan polis menjalankan ujian alkohol ke atasnya.

“Namun ujian alkohol mendapati lelaki itu di bawah pengaruh arak kerana baru balik berhibur di sebuah pusat hiburan dan dia ditahan untuk siasatan lanjut. Dalam operasi itu sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik,” katanya.

- BERNAMA

Koronavirus: Tidak semestinya pesakit akan tunjuk gejala awal - Pakar


Kajian terbaharu mengenai koronavirus mendapati virus itu boleh berada dalam paru-paru individu tanpa menyebabkan gejala yang jelas

KUALA LUMPUR: Adakah pesakit novel koronavirus (2019-nCoV) menunjukkan gejala awal seperti demam, batuk, selesema dan sakit kepala?

Kajian terbaharu mengenai koronavirus mendapati virus itu boleh berada dalam paru-paru individu tanpa menyebabkan gejala yang jelas, sekali gus menjadi faktor mengapa kuarantin ketat serta rejim penjejakan sentuhan sangat penting bagi memastikan jumlah kes tidak menyamai keadaan sepertimana terjadi sewaktu wabak Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS) pada 2003.

Menurut laporan South Morning China Post (SMCP), tanpa langkah pencegahan maksimum seperti kuarantin, pesakit yang didefinisikan sebagai “kes misteri penyebar pneumonia” - boleh menjadi faktor utama peningkatan mendadak jumlah jangkitan, dan negara yang dilanda virus Wuhan itu.

Adakah benar punca penyebaran virus ini dari sebuah pasar menjual makanan laut dan eksotik di Wuhan, China?

Menurut laporan jurnal kesihatan sekumpulan doktor itu, kajian ke atas beberapa pesakit koronavirus mendapati mereka tiada sejarah dengan haiwan, tidak pernah melawat pasar di Huanan di Wuhan atau makan haiwan liar berkenaan,

Namun, jurnal itu turut menyebut berdasarkan pengajaran dari wabak SARS yang mengesahkan haiwan liar merupakan punca awal penyebarannya, kesemua penjual daging haiwan liar perlu dipantau dan dikawalselia secara berterusan untuk mengekang penyebaran koronavirus.

Benarkan ada kematian akibat 2019-nCoV di negara lain?

Setakat ini jumlah kematian akibat koronavirus masih kekal 41 orang dan kesemuanya dicatatkan di China.

Namun jumlah pengesahan kes koronavirus terus meningkat dengan China kini sudah melebihi 1,300 kes, diikuti Hong Kong (5), Thailand (5), Perancis (3), Singapura (3), Malaysia (3), Taiwan (3), Jepun (2), Macau (2), Korea Selatan (2), manakala Amerika Syarikat, Vietnam, Australia dan, Nepal masing-masing satu kes.

Islam Dan Politik



Disediakan oleh :Ustaz Dr Muhamad Zuhaili bin Dr Hj Saiman

▪️Politik Sebahagian Dalam Islam

Tidak dapat dinafikan bahawa politik merupakan sebahagian dalam Islam. Ini kerana sifat syariat Islam itu sendiri bersifat komprehensif atau syumuliah yang merangkumi pelbagai aspek dalam lapangan kehidupan. Dari sekecil-kecil perkara sehingga ke peringkat yang besar.

Politik dari sudut makna asas ialah urus tadbir. Ia merupakan gelagat manusia dalam mengurus sesuatu urusan bagi mencapai sesuatu tujuan. Secara spesifiknya, politik yang difahami secara langsung di minda dalam kerangka semasa ialah kuasa pemerintahan dan pentadbiran negara.

Difahami dari sudut makna itu, maka politik yang diguna pakai sekarang mengambil terjemahan dari perkataan arabnya yang berbunyi siyasah (Ų§Ł„Ų³ŁŠŲ§Ų³Ų©). Dan perkataan ini diguna pakai oleh Rasulullah SAW dalam menyatakan para Rasul yang memimpin atau mengurus urusan kaum mereka iaitu Bani Israil sebagaimana teks hadith dari Abh Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda :

كَانَŲŖ ŲØَنُو Ų„Ų³Ų±َŲ§Ų¦ِŁŠŁ„َ ŲŖَŲ³ُوسُهُŁ…ُ الأَنْبياُؔ، كُŁ„َّŁ…Ų§ هَŁ„َكَ نَŲØِيٌّ Ų®َŁ„َفَهُ نَبيٌّ، وَ؄نَّهُ لا نَŲØِيَّ ŲØَعدي، وسَيَكُŁˆŁ†ُ ŲØَعدي Ų®ُŁ„َفَŲ§Ų”ُ فَيَكثُŲ±ُŁˆŁ†َ

Maksudnya :
"Adalah Bani Israil, mereka dipimpin urusannya oleh para nabi. Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada ramai para khalifah." - al-Bukhari dan Muslim

Difahami dari hadith di atas, menunjukkan politik dengan erti kata urus tadbir urusan mereka yang berada di bawah pimpinannya. Lantaran itu, politik Islam memimpin urusan manusia untuk mencapai kebaikan di dunia dan membawa mereka ke jalan Allah SWT.

Justeru, politik ialah :

تدبير Ų£Ł…ŁˆŲ± الناس Ų¹Ų§Ł…Ų© في جلب المصالح ودفع المفسد في Ų“Ų¤ŁˆŁ† Ų§Ł„Ų­ŁŠŲ§Ų©

"Urus tadbir urusan manusia umumnya dalam membawa maslahat dan menolak kerosakan pada urusan kehidupan."

Dan politik yang dinisbahkan pada sifat Islam tidak boleh lari dari :

1. Panduan dari al-Quran dan as-Sunnah.
2. Pertimbangan maslahat dan mudarat pada neraca syarak bukan nafsu emosi.
3. Mendaulatkan agama dan menegakkan syariat sebagai punca kuasa bagi merealisasikan kejayaan di dunia dan akhirat kelak.

▪️Politik Berdasarkan Perintah Allah SWT

Jika ditanya mana dalil berpolitik? Asasnya adalah mengambil maksud dan tanggungjawab pada peranan khalifah yang disebutkan dalam firman Allah SWT berikut :

وَŲ„ِŲ°ۡ Ł‚َŲ§Ł„َ Ų±َŲØُّكَ Ł„ِŁ„ۡŁ…َŁ„َŁ€ٰۤىِٕكَŲ©ِ Ų„ِنِّی Ų¬َŲ§Ų¹ِŁ„ࣱ فِی ٱلۡŲ£َŲ±ۡŲ¶ِ Ų®َŁ„ِیفَŲ©ࣰۖ

Maksudnya :
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". - [Surah Al-Baqarah 30]

Syeikh Abu Hasan Ali an-Nadwi di antara para ulamak yang mendefinisi khalifah yang dimaksudkan ialah :

؄قامة / Ų­Ų±Ų§Ų³Ų© Ų§Ł„ŲÆŁŠŁ† وسياسة Ų§Ł„ŲÆŁ†ŁŠŲ§ به

Maksudnya :
Mendirikan / menjaga agama dan mengurus dunia dengannya (panduan agama).

Malah penekanan politik dan berhubung kaitkan dengannya seperti kuasa, pemerintahan, pentadbiran dan apa sahaja turut ditekankan oleh ulamak tasawuf terkenal iaitu Imam al-Ghazali menerusi kata-katanya :

Ų§Ł„ŲÆŁŠŁ† ŁˆŲ§Ł„Ų³Ł„Ų·Ų§Ł† ŲŖŁˆŲ£Ł…Ų§Ł†... Ų§Ł„ŲÆŁŠŁ† Ų£Ų³ ŁˆŲ§Ł„Ų³Ł„Ų·Ų§Ł† Ų­Ų§Ų±Ų³ ŁˆŁ…Ų§ لا Ų£Ų³ له ŁŁ…Ł‡ŲÆŁˆŁ… ŁˆŁ…Ų§ لا Ų­Ų§Ų±Ų³ له فضائع

“Agama dan kekuasaan bagaikan saudara kembar… Agama adalah asas dan kekuasaan adalah penjaganya. Apa saja yang tak ada asasnya akan hancur, dan apa saja yang tak ada penjaganya akan lenyap." - al-Ghazali, al-'Iktiqad fi al-Iqtishad

Meninggalkan politik dan membiarkan politik dikuasai oleh golongan perosak menjadi satu kesalahan di sisi agama. Malah inilah yang disukai oleh musuh agama. Umat Islam akhirnya akan dikuasai urusan mereka oleh golongan perosak yang membawa kerosakan.

Malah lebih teruk jika umat Islam termakan doktrin sekularisme yang memisah agama dan urusan politik. Amaran dari Syeikh Mustafa Sabri, mufti terakhir Khilafah Uthmaniyyah dengan memberi peringatan tegas dan ancaman bahawa memisahkan agama dengan politik, adalah jalan paling mudah untuk menjadi kafir.

Hal ini kerana tempelak dari Allah kepada ahli kitab apabila mereka menjuzukkan agama menurut nafsu. Diambil apa yang disukai dan dibuang pada perkara yang dibenci.

Firman Allah SWT :

Ų£َفَŲŖُŲ¤ۡŁ…ِنُŁˆŁ†َ ŲØِŲØَŲ¹ۡŲ¶ِ ٱلۡكِŲŖَŁ€ٰŲØِ وَŲŖَكۡفُŲ±ُŁˆŁ†َ ŲØِŲØَŲ¹ۡŲ¶ࣲۚ فَŁ…َŲ§ Ų¬َŲ²َŲ§ۤŲ”ُ Ł…َن یَفۡŲ¹َŁ„ُ Ų°َ ٰ⁠Ł„ِكَ Ł…ِŁ†ŁƒُŁ…ۡ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ų®ِŲ²ۡیࣱ فِی ٱلۡŲ­َیَوٰŲ©ِ ٱلدُّنۡیَŲ§ۖ وَیَوۡŁ…َ ٱلۡŁ‚ِیَŁ€ٰŁ…َŲ©ِ یُŲ±َŲÆُّŁˆŁ†َ Ų„ِŁ„َىٰۤ Ų£َŲ“َŲÆِّ ٱلۡŲ¹َŲ°َŲ§ŲØِۗ وَŁ…َŲ§ ٱللَّهُ ŲØِŲŗَŁ€ٰفِŁ„ٍ Ų¹َŁ…َّŲ§ ŲŖَŲ¹ۡŁ…َŁ„ُŁˆŁ†َ

Maksudnya :
"Maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." - [Surah Al-Baqarah 85]

▪️Politik Dalam Menyempurnakan Tanggungjawab Syahadah

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi di dalam kitabnya yang berjudul “Jarimah al-Riddah Wa ‘Uqubatuha” menyatakan bahawa dalam asas tauhid pada syahadah لا ؄له ؄لا الله iaitu “Tiada Tuhan melainkan Allah SWT” terdapat 3 unsur asas dalam menjelaskannya. 3 unsur ini dimuatkan di dalam satu surah di dalam al-Quran, iaitu surah Al-An’am :

1. أن ŁŠŁƒŁˆŁ† الله Ų±ŲØŲ§
iaitu tidak ada Tuhan melainkan Allah SWT.

Firman Allah SWT :

Ł‚ُŁ„ۡ Ų£َŲŗَیۡŲ±َ ٱللَّهِ Ų£َŲØۡŲŗِی Ų±َŲØࣰّŲ§ وَهُوَ Ų±َŲØُّ كُŁ„ِّ Ų“َیۡŲ”ࣲۚ

Maksudnya “Katakanlah (wahai Muhammad) : “Apakah (patut) aku mencari tuhan selain Allah, padahal Dialah tuhan bagi segala sesuatu.” (Surah al-An’am : 164)

2. أن ŁŠŁƒŁˆŁ† الله ŁˆŁ„ŁŠŲ§
iaitu tidak ada wali (pelindung) melainkan Allah SWT.

Firman Allah SWT :

Ł‚ُŁ„ۡ Ų£َŲŗَیۡŲ±َ ٱللَّهِ Ų£َŲŖَّŲ®ِŲ°ُ وَŁ„ِیࣰّŲ§ فَŲ§Ų·ِŲ±ِ ٱلسَّŁ…َŁ€ٰوَ ٰ⁠ŲŖِ وَٱلۡŲ£َŲ±ۡŲ¶ِ وَهُوَ یُŲ·ۡŲ¹ِŁ…ُ وَŁ„َŲ§ یُŲ·ۡŲ¹َŁ…ُۗ

Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad) : “Apakah aku akan menjadikan pelindung selain Allah yang menjadikan langit dan bumi, padahal Dia memberi makan dan tidak diberi makan”. (Surah al-An’am : 14)

3. أن ŁŠŁƒŁˆŁ† الله Ų­Ų§ŁƒŁ…Ų§
iaitu tidak ada hukum yang wajib diikuti melainkan hukum Allah SWT.

Firman Allah SWT :

Ų£َفَŲŗَیۡŲ±َ ٱللَّهِ Ų£َŲØۡŲŖَŲŗِی Ų­َكَŁ…ࣰŲ§ وَهُوَ ٱلَّŲ°ِیۤ Ų£َنزَŁ„َ Ų„ِŁ„َیۡكُŁ…ُ ٱلۡكِŲŖَŁ€ٰŲØَ Ł…ُفَŲµَّŁ„ࣰŲ§ۚ وَٱلَّŲ°ِŪŒŁ†َ Ų”َŲ§ŲŖَیۡنَŁ€ٰهُŁ…ُ ٱلۡكِŲŖَŁ€ٰŲØَ یَŲ¹ۡŁ„َŁ…ُŁˆŁ†َ Ų£َنَّهُŪ„ Ł…ُنَŲ²َّŁ„ࣱ Ł…ِّن Ų±َّŲØِّكَ ŲØِٱلۡŲ­َŁ‚ِّۖ فَŁ„َŲ§ ŲŖَكُŁˆŁ†َنَّ Ł…ِنَ ٱلۡŁ…ُŁ…ۡŲŖَŲ±ِŪŒŁ†َ

Maksudnya : “(Katakanlah wahai Muhammad): "Patutkah aku (terpedaya dengan kata-kata dusta Syaitan-syaitan itu sehingga aku) hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu (tentang yang benar dan yang salah)?" Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu.” (Surah al-An’am : 114)

Yang dimaksudkan dengan unsur yang ketiga tersebut ialah tidak mencari hukum yang selain daripada hukum yang diturunkan oleh Allah SWT sebagai undang-undang dalam kehidupan. Wajib bagi manusia sekalian untuk membuang atau menolak kepatuhan bagi segala hukum-hakam selain hukum Allah SWT dan yang bertentangan dengan-Nya. Ini termasuklah peraturan dan perundangan yang bercanggah dengan syariat Islam.

Lantaran itu, politik yang menjadi punca kuasa sesuatu perundangan adalah untuk melaksanakan hukum dan syariat Allah menerusi perundangan yang dibentuk. Tanpa politik, perlaksanaan hukum dan syariat yang memerluakan punca kuasa perundangan tidak mampu dilaksanakan.

▪️Politik Sekularisme Punca Segala Masalah

Serangan pemikiran ke atas umat Islam merupakan cabaran besar. Meskipun tiada alat senjata yang diangkat namun serangan penyelewengan pemikiran lebih merbahaya. Di antara serangan pemikiran tersebut ialah doktrin sekularisme.

Asasnya apa sahaja serangan pemikiran dari sudut ideologi Barat ialah menjauhkan manusia dari nilai agama dan berpegang kepada panduan agama dalam kehidupan.

Disebabkan itu, ideologi Barat atas nama apa sekalipun adalah bertujuan :

"View of life of without God centric"

Menjadikan manusia bertindak tanpa memikirkan soal dosa dan pahala. Apa yang dilakukan adalah semata-mata keinginan dan kepuasan nafsu. Nilai hak manusia diangkat secara mutlak dan dijadikan perjuangan agung. Pasak kehidupan berteraskan "human centric" dengan laungan slogan hak asasi manusia (human right).

Agama diketepikan atau "dibuang" dari skop kehidupan termasuk politik. Inilah bahaya dalam kehidupan seorang muslim yang sepatutnya. Kehidupan seorang muslim berteraskan paksi keimanan. Tidak hanya memikirkan keuntungan di dunia tetapi yang lebih utama memastikan kejayaan dan keselamatan di akhirat kelak.

Sekularisme menjadi hal agama dalam ruang lingkup terhad dalam batasan bangunan masjid dan surau. Malah di dalam pengajian agama pula dibuang silibus yang berkaitan politik, jihad, negara Islam dan apa yang mempunyai kaitan.

Apabila agama disempitkan, politik pula tiada kaitan panduan dari agama maka masuklah unsur politik jenis machivialle iaitu matlamat menghalalkan cara. Demi sesuatu yang diinginkan maka akan dilakukan tanpa mengira soal dosa pahala, batasan halal haram kerana yang diberikan kepentingan ialah mencapai matlamat yang dikehendaki.

Kesannya lahirlah "politikus" yang banyak bermain persepsi negatif demi memenangi ke atas pihak lawan dengan cara jahat. Rakyat dijadikan mangsa kerana rakyat hanya alat demi meraih jawatan, kuasa dan pangkat. Hilangnya sifat amanah dalam menjalankan tugas.

Benarlah sabda Rasulullah SAW :

Ų„Ų°Ų§ ضيعت الأمانة فانتظر الساعة" قال: كيف ؄ضاعتها؟ قال: "Ų„Ų°Ų§ وُŲ³ِŲÆَ الأمرُ ؄لى غير أهله فانتظر الساعة"

Maksudnya :
" Apabila hilangnya sifat amanah maka nantikanlah kehancuran. Lelaki badwi bertanya : Bagaimana hilangnya sifat amanah? Sabda Baginda SAW : Apabila diserahkan urusan kepada yang bukan ahlinya maka nantikanlah kehancuran." - riwayat al-Bukhari

Hilangnya sifat amanah kerana tiada panduan agama dalam berpolitik. Politikus menjadi hamba nafsu. Nilai iman sudah hilang maka tiada lagi sifat amanah.

Hadith dari Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

لا Ų„ŁŠŁ…Ų§Ł† لمن لا أمانة له

Maksudnya :
"Tiada iman bagi seseorang yang tiada amanah baginya" - riwayat Ahmad


Wabak Berjangkit: Kerajaan Perlu Akur Dengan Nasihat Nabi.


oleh:Abdul Mu'izz Muhammad
25 Januari 2020.

Nabi telah menyediakan kaedah bagaimana menghadapi bala wabak penyakit yang berjangkit. Baginda bersabda:

Ų„Ų°َŲ§ Ų³َŁ…ِŲ¹ْŲŖُŁ…ْ ŲØِهِ ŲØِŲ£Ų±ْŲ¶ٍ، فلاَ ŲŖَŁ‚ْŲÆŁ…ُوا Ų¹َŁ„َيْهِ، و؄ذَŲ§ وَŁ‚َŲ¹َ ŲØِŲ£َŲ±ْŲ¶ٍ وَŲ£َنْŲŖُŁ…ْ ŲØِهَŲ§، فَلا ŲŖŲ®ْŲ±ُŲ¬ُوا فِŲ±َŲ§Ų±ًŲ§ Ł…ِنْهُ

"Apabila kamu mendengar wabak taun (penyakit berjangkit) di suatu tempat, maka janganlah masuk ke dalamnya. Dan apabila kamu telah pun berada di tempat tersebut, janganlah keluar darinya" - hr Bukhari & Muslim.

Ternyata hadith ini mengajar kita akan langkah kuarantin agar wabak penyakit berjangkit tidak merebak. Ia merupakan kaedah pencegahan (Sadduzzarai') yang bukan sekadar dinaskan, bahkan logik dari sudut akal rasional.

Dalam konteks isu virus Corona yang muncul dari China, kerajaan sepatutnya:

▪️Melarang rakyat Malaysia yang ingin ke negara tersebut, terutamanya ke wilayah Wuhan.

▪️Menghalang kemasukan pelancong dari China ke Malaysia.

Langkah sementara itu amat penting, sebagai pencegahan yang selari dengan maqasid menjaga nyawa manusia. Sesungguhnya mencegah lebih baik dari mengubati.


PLUS beri diskaun tol esok




KUALA LUMPUR, 28 Jamadilawal 1441H, Jumaat – Pengguna rangkaian lebuh raya PLUS Malaysia Bhd (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) akan menikmati diskaun tol 20 peratus Sabtu ini bersempena perayaan Tahun Baharu Cina.

PLUS dalam kenyataan memaklumkan potongan kadar 20 peratus itu bermula pada jam 12 tengah malam sehingga 11.59 malam, 25 Januari.

Diskaun itu diberikan kepada pelanggan kenderaan persendirian di Lebuhraya Utara-Selatan; Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE); Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH); dan Lebuhraya Utara-Selatan Tengah (ELITE).

Turut menikmati diskaun itu ialah pengguna Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua); Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE); Jambatan Pulau Pinang; dan LPT2.

Bagaimanapun, diskaun itu tidak diberikan untuk transaksi tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor dan pengguna Jambatan Pulau Pinang yang kini menikmati diskaun tol 20 peratus sedia ada menerusi kad Touch 'n Go. – Bernama

Tukar Perdana Menteri Bukan Macam Tukar Driver Bas

Instagram buang butang IGTV pada 'feed' pengguna


INSTAGRAM secara diam-diam telah memulakan proses membuang ikon IGTV yang terletak di bahagian atas feed pengguna, lapor CNN.

Hal yang demikian kerana pengguna tidak mengklik butang tersebut, akui Instagram dalam satu kenyataan.

"Kami terus berusaha untuk memudahkan pengguna membuat dan menemui kandungan IGTV, tetapi dalam masa yang sama kami mendapat tahu bahawa kebanyakan pengguna menemui kandungan IGTV melalui feed preview, saluran IGTV dalam Explore dan profil pemilik akaun.

"Sangat sedikit bilangan pengguna yang mengklik ikon IGTV di sudut kanan atas skrin utama," kata seorang jurucakap.

Syarikat milik Facebook itu memulakan IGTV pada 2018 dalam usaha untuk bersaing dengan YouTube.

Ia membolehkan pengguna menyiarkan video secara menegak dengan durasi video bergantung pada jumlah pengikut yang ada, tetapi durasi maksimum adalah satu jam.

Sebelum IGTV, Instagram hanya membenarkan pengguna memuat naik video berdurasi 60 saat atau lebih pendek.

Penganalisis sebelum ini memberitahu CNN Business bahawa IGTV tidak begitu berjaya seperti Stories.

Malah, ramai selebriti berprofil tinggi, termasuk Kim Kardashian West, dilihat tidak kerap menggunakan kemudahan tersebut.

Beberapa influencer media sosial mengatakan sebab utama IGTV tidak popular adalah kerana ia tidak membolehkan mereka mendapatkan pulangan wang daripada ciri tersebut.

Di YouTube, video yang sama panjang boleh disertakan iklan yang memberi pendapatan kepada pemiliknya.

TikTok, sebuah aplikasi perkongsian video, dilihat lebih disukai ramai apabila meraih kira-kira 700 juta muat turun pada tahun 2019, berbanding hanya 6 juta untuk IGTV.

Sumber: http://www.astroawani.com/gaya-hidup/instagram-buang-butang-igtv-pada-feed-pengguna-228880

Tahun Baharu Cina 2020 : Hayati Kepelbagaian, Nikmati Keharmonian.


Perutusan Tahun Baharu Cina 2020
Menteri Besar Terengganu Darul Iman

Tahun Baharu Cina 2020 : Hayati Kepelbagaian, Nikmati Keharmonian.

Selamat Tahun Baharu Cina 2020 saya ucapkan kepada semua masyarakat Tionghoa seluruh negara terutama di negeri Terengganu. Semoga Tahun Tikus bagi tahun ini melahirkan suatu permulaan yang baik kepada kehidupan sekali gus membawa kepada kesejahteraan dan keharmonian.

Malaysia mempunyai kepelbagaian kaum dan agama yang perlu diraikan demi memperkukuh perpaduan nasional dalam kalangan 32.6 juta penduduk.

Relevan dengan perkembangan terkini, semua masyarakat tanpa mengira kaum boleh mempelajari serta mendalami keindahan warisan dan tradisi unik antara satu sama lain bagi memahami identiti masing-masing seperti tulisan Jawi, khat dan kaligrafi Cina. Pepatah Melayu, ‘tak kenal maka tak cinta’ perlu dihayati sebaiknya dalam kehidupan masyarakat berbeza bangsa dan agama.

Hubungan yang baik antara masyarakat pelbagai kaum merupakan tunjang kepada sebuah kedamaian. Perbezaan yang wujud antara kita adalah untuk saling melengkapi dan membentuk satu kebersamaan.

Tidak dinafikan, semua rakyat yang berada di Terengganu menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri. Keberadaan masyarakat Tionghoa sebagai aset negeri Terengganu amatlah dihargai kerana setiap bangsa mempunyai kemahiran dan kepakaran tersendiri yang berjaya menyumbang dalam pertumbuhan ekonomi serta pembangunan negeri yang berdaya maju.

Pelantikan MPKK dalam kalangan masyarakat Tionghoa amat membantu Kerajaan Negeri memahami keperluan setiap rakyat. Justeru, inisiatif ini dilihat memberi kesan positif kepada perpaduan kaum di Terengganu.

Sebagai wakil rakyat kepada penduduk negeri ini, saya amat berbangga melihat ramai masyarakat Tionghoa boleh bertutur dalam loghat Terengganu dengan fasih. Inilah keunikan dan kebanggaan kita sebagai rakyat Terengganu.

Akhir kata, selamat pulang ke kampung halaman dan berhati-hati memandu di jalan raya. Ambil kesempatan waktu ini untuk bertemu dan menziarahi keluarga serta sanak saudara.

Selamat Tahun Baru Cina 2020
Gong Xi Fa Chai, Xin Nian Kuai Le

'Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera'

Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar
Menteri Besar Terengganu
25 Januari 2020




ē™»å˜‰ę„¼å·žåŠ”å¤§č‡£
2020åŽäŗŗå†œåŽ†ę–°å¹“č“ŗčÆ
2020å¹“å†œåŽ†ę–°å¹“:ä½“éŖŒå¤šę ·ę€§,äŗ«å—å’Œč°。
ęˆ‘č°ØåœØę­¤ę­ē„å…Øå›½åŽē¤¾,å°¤å…¶ę˜Æē™»å˜‰ę„¼å·žēš„åŽč£”å­ę°‘,2020å¹“åŽäŗŗå†œåŽ†ę–°å¹“åæ«ä¹。ä½†ę„æå¤§å®¶åœØčæ™é‡‘é¼ å¹“é‡Œ,čƒ½äøŗē”Ÿę“»åø¦ę„äø€äøŖē¾Žå„½ēš„å¼€å§‹,ä»Žč€Œåø¦ę„ē¹č£äøŽå’Œč°。
é©¬ę„č„æäŗšę˜Æäø€äøŖę‹„ęœ‰3260äø‡äŗŗå£ēš„å¤šå…ƒē§ę—å’Œå®—ę•™ēš„å›½å®¶,åæ…é”»é€čæ‡åŗ†ē„ä½³čŠ‚ä»„å¢žčæ›å›½ę°‘ä¹‹é—“ēš„å›¢ē»“。
äøŗäŗ†äøäøŽę—¶ä»£č„±čŠ‚,ę— č®ŗä»»ä½•ē§ę—,éƒ½åÆä»„äŗ’ē›øå­¦ä¹ å’Œę¬£čµå½¼ę­¤ēš„ē‹¬ē‰¹é—äŗ§å’Œä¼ ē»Ÿ,ä»„äŗ†č§£å„ę°‘ę—ēš„ē‰¹č‰²,ä¾‹å¦‚ēˆŖå¤·ę–‡å’Œäø­ę–‡ēš„ę–‡å­—å’Œä¹¦ę³•。 é©¬ę„äæ—čÆčÆ“, “äøč®¤čÆ†ę‰€ä»„äøå–œę¬¢”,ę‰€ä»„ęˆ‘ä»¬åŗ”čÆ„č¦č®¤čÆ†äøåŒē§ę—å’Œå®—ę•™ē¾¤ä½“äø­ēš„ē”Ÿę“»,ä»„å¢žčæ›å¤§å®¶ēš„č«’č§£。
å¤šå…ƒē§ę—äøŽę–‡åŒ–ä¹‹é—“ēš„č‰Æå„½å…³ē³»ę˜Æå’Œå¹³ēš„å…³é”®。 ęˆ‘ä»¬ä¹‹é—“å­˜åœØēš„å·®å¼‚,åÆä»„é€ščæ‡äŗ’ē›øå–é•æč”„ēŸ­ēš„ę–¹å¼äø€čµ·å­¦ä¹ 。
毫无疑问,ē™»å˜‰ę„¼å·žēš„ę‰€ęœ‰äŗŗę°‘éƒ½ę˜Æå·žę”æåŗœēš„č“£ä»»。 åŽäŗŗē¤¾ä¼šēš„å­˜åœØ,åÆčÆ“ę˜Æē™»å˜‰ę„¼å·žēš„é‡č¦čµ„äŗ§,å—åˆ°ęˆ‘ä»¬ēš„é«˜åŗ¦é‡č§†,å› äøŗęÆäøŖę°‘ę—éƒ½ęœ‰č‡Ŗå·±ēš„ē‰¹ę®ŠęŠ€čƒ½å’Œäø“é—ØēŸ„čÆ†,åÆä»„äæƒčæ›å·žå†…ēš„ē»ęµŽå¢žé•æ,åŒę—¶äøŗå·žå…§ēš„å‘å±•åšå‡ŗč“”ēŒ®。
åœØåŽäŗŗē¤¾åŒŗäø­,ä¹”ę‘ē®”ē†å§”å‘˜ä¼šēš„ä»»å‘½ęžå¤§åœ°åø®åŠ©äŗ†å·žę”æåŗœäŗ†č§£äŗŗę°‘ēš„éœ€ę±‚。 å› ę­¤,čæ™äø€äø¾ęŽŖč¢«č§†äøŗåÆ¹ē™»å˜‰ę„¼äŗŗę°‘ēš„å›¢ē»“äŗ§ē”Ÿäŗ†ē§Æęžå½±å“。
ä½œäøŗčæ™äøŖå·žēš„äŗŗę°‘ä»£č”Ø,ęˆ‘äøŗč®øå¤šåŽäŗŗčƒ½čÆ“äø€å£ęµåˆ©ēš„ē™»å˜‰ę„¼ę–¹čØ€č€Œę„Ÿåˆ°č‡Ŗč±Ŗ。 čæ™ę˜Æęˆ‘ä»¬ē™»å˜‰ę„¼äŗŗę°‘ēš„ē‰¹č‰²å’ŒéŖ„å‚²。
ęœ€åŽ,åøŒęœ›å¤§å®¶åœØč·ÆäøŠå°åæƒč”Œé©¶,å®‰å…Øå›žåˆ°å®¶ä¹”。 å¤§å®¶ä¹ŸåÆč¶ę­¤ä½³čŠ‚ę‹œč®æå®¶äŗŗå’Œäŗ²ęˆš。
2020å¹“å†œåŽ†ę–°å¹“åæ«ä¹
ę­å–œå‘č“¢,新幓快乐
"ē™»å˜‰ę„¼čæ›ę­„,å¹øē¦äøŽē¹č£”
ę‹æē£ę–Æé‡Œé˜æęœ«ę•£č‹é‡Œåšå£«
ē™»å˜‰ę„¼å·žåŠ”å¤§č‡£
2020幓1月25ę—„

https://www.facebook.com/230516164172639/posts/595538371003748/

Coronavirus: Kesiapsiagaan Kementerian Menerima 5 Juta Pelancong China



1. Penularan penyakit Coronavirus yang berasal dari China, Wuhan wajar diberi perhatian sebaik mungkin terutamanya dalam mendepani kunjungan pelancong China sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. Hal ini kerana, virus yang telah menyebabkan 6 kematian di China bukan sahaja merebak di Thailand dan Jepun malah telah menular sehingga ke Amerika Syarikat.

2. Perkara ini sangat membimbangkan kerana tidak mustahil peningkatan pelancong China disebabkan pengecualian visa akan menpercepatkan lagi penularan virus tersebut jika tidak dikawal rapi.

3. Persoalannya, apakah persiapan Kementerian Kesihatan dalam memastikan sasaran 5 juta pelancong dari China tidak akan mengundang penularan coronavirus malah, sejauhmana saringan di pintu masuk KLIA semata-mata mampu mencegah penularan walaupun dengan bilangan pelancong seramai itu?

4. Inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan mengadakan sistem saringan di lapangan terbang KLIA sebagai langkah pencegahan perlu diperkemaskan lagi dan bukan semata-mata di pintu masuk malah turut diberi perhatian kepada individu yang telah memasuki Malaysia sebelum saringan itu dijalankan.

5. Kerajaan sepatutnya mengambil langkah berwaspada dengan turut membuat pengasingan terhadap mana-mana pelancong ataupun rakyat Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke Wuhan serta mengalami simptom-simptom jangkitan virus tersebut seperti demam dan radang paru-paru.

6. Justeru, saya menggesa KKM mengambil serius berkenaan coronavirus bukan dengan semata-mata mengawal pintu masuk di KLIA malah menyediakan pelan tindakan selengkapnya bagi memastikan pelancong yang yang sedang melancong serta yang bakal datang ke Malaysia ini tidak menjadi penyebab penularan virus tersebut ke Malaysia.

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR
Ahli Parlimen Setiu

Mengapa pendakwaan kes arwah Adib masih sepi?


MESKIPUN telah memasuki tahun 2020, kes pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat, Allahyarham Adib yang terkorban dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman pada November 2018 yang lalu masih lagi tinggal tanda tanya.

Sewajarnya pihak yang bertanggungjawab segera menyelesaikan siasatan dan memulakan prosiding mahkamah terhadap pesalah yang terlibat. Persoalannya, mengapa ia terus sepi sehingga ke hari ini seolah-olah tiada tindakan lanjut diambil bagi merungkai keadilan buat Allahyarham Adib?

Tambahan pula, penyelesaian yang diharap terhadap kes ini nampaknya semakin tipis. Sebelum ini pihak Peguam Negara sendiri campur tangan dalam prosiding inkues tanpa sebab yang munasabah sehingga Hakim Mahkamah Koroner mengkritik tindakan Peguam Negara sebagai menyalahi prinsip perundangan.

Apatah lagi dengan status kes Allahyarham Adib yang masih tergantung sehingga ke hari ini mengesahkan lagi kenyataan Hakim Mahkamah Koroner bahawa semua ini hanyalah permainan wayang pihak tertentu serta tidak menggambarkan keseriusan pihak bertanggungjawab mencari jalan keadilan buat saudara Adib.

Saya menggesa pihak berkuasa agar segera menyelesaikan siasatan kes ini dan memulakan prosiding mahkamah secepat mungkin. Keadilan buat Allahyarham Adib perlu dijadikan keutamaan semua pihak hari ini.

Apatah lagi, rakyat juga tertanya-tanya sejauh mana perkembangan kes Allahyarham Adib benar-benar dibawa ke muka pengadilan dan berapa lama lagi masa yang perlu diambil?

Tambahan lagi, Peguam Negara tidak ada lagi kredibiliti untuk memegang jawatan itu khususnya melibatkan kes Allahyarham Adib disebabkan campur tangan beliau dalam prosiding serta keputusan Mahkamah Koroner sebelum ini. Sewajarnya beliau direhatkan dan diberikan kepada seseorang yang lebih layak untuk jawatan tersebut.

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB SENATOR DATO’ HAJI HUSAIN AWANG
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu

Mengapa Tiada Hukuman Keras Terhadap Pemandu Mabuk?


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyelar kelembaban Menteri Pengangkutan kerana masih gagal meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). Rakyat mendesak Akta 333 dipinda khususnya melibatkan hukuman bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian. Berdasarkan Seksyen 41 dan 44 Akta 333, hukuman maksimum adalah penjara tidak lebih 10 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.

Semalam (23 Januari), seorang penunggang motosikal maut dan seorang lagi cedera parah akibat dilanggar pemandu mabuk di Jalan Kebun, Klang. Ramai orang awam tidak bersalah termasuk kanak-kanak dan wanita mati akibat sikap pemandu mabuk yang semakin ramai mutakhir ini. Sampai bila rakyat yang tidak bersalah terus menjadi korban pemandu mabuk ini? Mengapa Menteri Pengangkutan masih berdiam diri dan belum meminda Akta 333?

Menteri Pengangkutan pernah menjawab soalan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada bulan Mac 2019 berhubung isu ini. Menteri hanya memaklumkan akan meneliti dan mengkaji cadangan pindaan termasuk berbincang dengan pihak PDRM dan Peguam Negara. Namun, masih belum ada apa-apa perkembangan lagi dan rakyat masih menungguh perkembangan ini. Isu ini sangat serius dan hukuman lebih keras patut dikenakan terhadap pesalah. Pindaan perlu disegerakan untuk menghalang lebih banyak kes akan berlaku.

PAS akan berusaha sebaik mungkin agar pindaan ini dapat dilaksanakan termasuk mendesak untuk mengharamkan penjualan arak secara berleluasa.

Sekian, terima kasih.

TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian)

28 Jamadil Awwal 1441 | 24 Januari 2020

Mampukah OPR Baharu Menyokong Ekonomi



MAZLI NOOR

Lajnah Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat menyambut baik langkah terbaharu Bank Negara Malaysia (BNM) menurun Kadar Asas Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75%. Ini adalah kerana ianya mampu untuk menyokong permintaan domestik dan merangsang ekspot.

Walaubagaimana pun kami juga berpadangan kajian yang lebih teliti oleh Jawantankuasa Polisi Kewangan (MPC) BNM adalah perlu untuk memastikan “liquidity trap” tidak berlaku. OPR yang lebih rendah ini hanya akan memberikan kesan yang positif kepada ekonomi negara sekiranya kecairan yang terhasil daripada penurunan OPR ini disalurkan secara efektif ke dalam sistem ekonomi negara.

Untuk mengelakkan berlaku “liquidity trap” ini, dalam beberapa ulasan kami yang lalu, kami menyarankan bahawa regim baharu OPR ini haruslah digunakan sepenuhnya oleh pengguna untuk berbelanja dengan berhemat manakala pihak industri meningkatkan pelaburan terutama bagi sektor ekspot. Langkah ini harus disokong oleh pihak bank dengan meningkatkan lagi pemberian pinjaman bagi menyokong dan meningkatkan agregat permintaan.

Walaupun tabungan akan terjejas dengan OPR yang lebih rendah namun kami berpandangan tabungan haruslah diteruskan bagi menyokong nisbah pinjaman deposit (LDR) untuk terus berada dalam regim yang mampan Pada keadaan pasaran sekarang kadar pertumbuhan deposit masih mengatasi kadar pertumbuhan pinjaman

Kami juga menjangkakan nilai ringgit akan terus terjejas dengan penurunan OPR ini. Walaupun ini mampu menyokong ekspot namun ianya perlu dilakukan dengan penuh hati-hati dan bukan untuk jangka masa panjang. Ini bagi memastikan pertumbuhan ekonomi, yang rata-rata masih bergantung kepada impot, tidak terjejas.

MAZLI NOOR
Timbalan Pengerusi 2
Lajnah Ekonomi, Hartanah & Pembangunan Usahawan PAS Pusat.

28 JamadilAwal 1441H
24 Januari 2020

Berapa Ramai Lagi Perlu Mati Akibat Kebodohan Pemandu Mabuk? – Firdaus Wong



KUALA LUMPUR – Perlu disegerakan tindakan undang-undang dan hukuman yang lebih keras bagi menangani masalah pemandu mabuk sama ada gantung lesen memandu mereka selama 10 tahun atau penjara seumur hidup.

Demikian cadangan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung bertujuan melindungi pengguna jalan raya yang tak bersalah dari menjadi mangsa kebodohan pemandu mabuk.

“Berapa ramai lagikah nyawa tidak bersalah yang perlu terkorban akibat kebodohan pemandu mabuk sebelum pihak berkuasa menghadkan penjualan dan pengambilan arak,” soalnya dipetik dari laporan MalaysiaGazette hari ini.

Tak Dilarang Minum Arak Di Tempat Awam, Jika Ada Kekecohan Dikenakan Tindakan – Exco Selangor
Anjur ‘Pesta Arak’ Di Malaysia Satu Keputusan Yang Bodoh Kata Profesor HUKM
Serentak dengan itu Firdaus Wong menyeru pertubuhan agama bukan Islam bertindak lebih proaktif menyedarkan pengikut mereka mengenai bahaya arak.

“Sekali lagi saya menyeru pertubuhan agama bukan muslim khususnya ahli gabungan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia membuat kenyataan…

“.. dan mengerakkan akar umbi mereka untuk lebih aktif menyedarkan masyarakat bahaya meminum arak berbanding mengeluarkan kenyataan terhadap Islam.

“Cukuplah beretorik. Less talk more action,” katanya.

Firdaus Wong berkata demikian sebagai mengulas kejadian terbaru seorang lelaki yang maut dirempuh pemandu wanita warga China kerana dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol.

Sebelum ini Persatuan Pengguna Jalan Raya Kebangsaan (PPJK) turut berkongsi pandangan sama apabila Pengerusinya, Mohammad Hisham Shafie menggesa Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dikaji semula untuk menetapkan lebih hukuman berat kepada pemandu mabuk.

“Kami dapati ia seperti sudah dianggap biasa. Daripada 10 kemalangan, dua atau tiga dikesan membabitkan pemandu mabuk dan ini tidak seharusnya berlaku.

“Bagaimana pemandu mabuk dikenakan hukuman penjara mandatori antara tiga hingga 10 tahun dan denda RM8,000 hingga RM20,000, sedangkan di satu pihak lagi kehilangan nyawa.

“Jadi PPJK mengesyorkan sesuatu perlu dilakukan, tidak memadai hanya dengan kempen kesedaran yang tidak mendatangkan sebarang kesan kepada pemandu. Kita perlu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dan jangan biarkan ia berterusan,” katanya, dipetik dari laporan Hmetro, 24 November lalu. – SuaraTV

Genosid: Malaysia ulangi sokongan kepada Gambia


KUALA LUMPUR: Malaysia menganggap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meluluskan langkah-langkah sementara yang dimohon oleh Gambia berhubung Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid, sebagai hala tuju yang betul untuk menangani keadaan kaum Rohingya.

Wisma Putra berkata Malaysia juga mengulangi sokongannya terhadap Gambia, yang membawa kes berkenaan kepada ICJ, selaras dengan kedudukannya sebagai Pengerusi Ad Hoc Jawatankuasa Kementerian berhubung Pelanggaran Hak Asasi Manusia, yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam.

Dalam satu kenyataannya di sini lewat malam tadi, Wisma Putra berkata sebagai anggota jawatankuasa itu, dan juga negara anggota Konvensyen Genosid Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 1948, Malaysia turut menggesa Myanmar memenuhi obligasi di bawah konvensyen itu bagi memastikan krisis tidak berlarutan.

"Keputusan itu mencerminkan kebimbangan serius komuniti antarabangsa terhadap keperluan menangani dengan efektif penderitaan yang dialami Rohingya, di samping menampilkan akauntabiliti serta keadilan berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi manusia yang serius terhadap kaum Rohingya.

"Kira-kira 100,000 pelarian Rohingya kini berada di Malaysia, yang meninggalkan Myanmar susulan krisis yang melanda," menurut kenyataan itu.

Agensi berita Turki, Anadolu, sebelum ini melaporkan Mahkamah Tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis mengeluarkan satu perintah dalam kes yang membabitkan pertuduhan bahawa Myanmar telah melakukan genosid terhadap minoriti Islam Rohingya di negara itu.

Ketika mengeluarkan perintah itu dalam kes yang difailkan Gambia bulan lepas, Presiden Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Hakim Abdulqawi Ahmed Yusuf memberikan tempoh empat bulan kepada Myanmar untuk mengambil langkah-langkah pencegahan dan memastikan agar etnik Rohingya di negara itu tidak diapa-apakan.

Wisma Putra berkata Malaysia akan melihat dengan penuh minat prosiding ICJ berikutnya berhubung permohonan Gambia berhubung lima perkara.

"Ia terdiri daripada pengisytiharan Myanmar sebagai melanggar obligasi di bawah Konvensyen Genosid; untuk menghentikan segera apa-apa perbuatan salah yang sedang berlaku dan menghormati sepenuhnya obligasinya di bawah Konvensyen Genosid.

"Juga bagi memastikan orang yang melakukan genosid dihukum oleh tribunal yang kompeten; untuk melaksanakan kewajipan membayar ganti rugi demi kepentingan mangsa perbuatan genosid yang merupakan dari kaum Rohingya; dan memberikan jaminan bahawa pelanggaran Konvensyen Genosid tidak akan berulang," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

DAP Beban Terbesar PH dan Negara



DAP dilihat semakin menjadi beban terbesar kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sedang bergolak dengan pelbagai isu berpunca daripada sifat tamak ingin menguasai Malaysia.

Terang lagi bersuluh, seperti yang tercatat di dalam Perlembagaan DAP, mereka mempunyai agenda songsang terhadap negara ini iaitu ingin menjadikan Malaysia sebuah negara yang menafikan semangat Kontrak Sosial yang menjadi asas kemakmuran negara.

Tidak hairan sama sekali apabila kita melihat DAP berusaha mencabul sedikit demi sedikit Perlembagaan Negara sama ada melalui pemimpin atau NGO yang bernaung di bawah mereka.

Isu sensitiviti agama, kedaulatan Bahasa Melayu, bendera Malaysia, anti tulisan Jawi dan mempromosikan ideologi Komunis, desakan usul Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (PBT), ICERD, Statut Rom dan pelbagai lagi tindakan, menjadi bukti kukuh dan jelas bahawa DAP semakin lancang di dalam merobek Perlembagaan Negara.

Menurut Tan Sri Johan Jaaffar yang dinobatkan Tokoh Wartawan Negara 2019, DAP juga cuba bermain sentimen dengan mengapikan bahawa parti Umno dan PAS bersifat perkauman. Walhal masyarakat boleh melihat dengan jelas DAP sebuah parti Cina yang rasis dan cauvinis. Ini kerana mereka gagal dalam mendekati golongan pelbagai kaum, bahkan masyarakat Cina sendiri kurang senang dengan pemimpin DAP yang diibaratkan seperti kacang melupakan kulit.

Golongan Melayu juga secara lantang dan terbuka memperkatakan cubaan DAP dalam melemahkan kepentingan orang Melayu. Perkara-perkara ini menjadi sebab utama ramai pemimpin Melayu dalam Kerajaan PH mula merasakan bahawa DAP adalah punca terbesar masalah PH.

Tambahan lagi, DAP juga menjadi faktor penolakan rakyat yang mengundi PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14, di mana pengundi ini telah beralih arah kepada pembangkang dan ini dibuktikan dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK).

Oleh itu, PAS dengan tegas, mempertahankan usaha untuk memelihara keharmonian kaum di Malaysia. Demi mencapai matlamat ini, PAS menyarankan agar pemimpin DAP yang bersifat rasis, tidak menghormati Perlembagaan dan sejarah negara, selain tidak kompeten, dilucutkan sebagai Menteri atau Timbalan Menteri yang menjadi bebanan kepada Kerajaan PH dalam mentadbir negara.

Sayangi MalaysiaKu, hapuskan makhluk perosak.

“Islam Memimpin Perpaduan”
“Muafakat Nasional Membina Malaysia Sejahtera”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
22 Januari 2020 | 26 Jamadilawal 1441

https://harakahdaily.net/index.php/2020/01/22/dap-beban-terbesar-ph-dan-negara/
© all rights reserved
made with by templateszoo