NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Coronavirus: Kesiapsiagaan Kementerian Menerima 5 Juta Pelancong China



1. Penularan penyakit Coronavirus yang berasal dari China, Wuhan wajar diberi perhatian sebaik mungkin terutamanya dalam mendepani kunjungan pelancong China sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. Hal ini kerana, virus yang telah menyebabkan 6 kematian di China bukan sahaja merebak di Thailand dan Jepun malah telah menular sehingga ke Amerika Syarikat.

2. Perkara ini sangat membimbangkan kerana tidak mustahil peningkatan pelancong China disebabkan pengecualian visa akan menpercepatkan lagi penularan virus tersebut jika tidak dikawal rapi.

3. Persoalannya, apakah persiapan Kementerian Kesihatan dalam memastikan sasaran 5 juta pelancong dari China tidak akan mengundang penularan coronavirus malah, sejauhmana saringan di pintu masuk KLIA semata-mata mampu mencegah penularan walaupun dengan bilangan pelancong seramai itu?

4. Inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan mengadakan sistem saringan di lapangan terbang KLIA sebagai langkah pencegahan perlu diperkemaskan lagi dan bukan semata-mata di pintu masuk malah turut diberi perhatian kepada individu yang telah memasuki Malaysia sebelum saringan itu dijalankan.

5. Kerajaan sepatutnya mengambil langkah berwaspada dengan turut membuat pengasingan terhadap mana-mana pelancong ataupun rakyat Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke Wuhan serta mengalami simptom-simptom jangkitan virus tersebut seperti demam dan radang paru-paru.

6. Justeru, saya menggesa KKM mengambil serius berkenaan coronavirus bukan dengan semata-mata mengawal pintu masuk di KLIA malah menyediakan pelan tindakan selengkapnya bagi memastikan pelancong yang yang sedang melancong serta yang bakal datang ke Malaysia ini tidak menjadi penyebab penularan virus tersebut ke Malaysia.

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR
Ahli Parlimen Setiu

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo