NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP Beban Terbesar PH dan Negara



DAP dilihat semakin menjadi beban terbesar kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sedang bergolak dengan pelbagai isu berpunca daripada sifat tamak ingin menguasai Malaysia.

Terang lagi bersuluh, seperti yang tercatat di dalam Perlembagaan DAP, mereka mempunyai agenda songsang terhadap negara ini iaitu ingin menjadikan Malaysia sebuah negara yang menafikan semangat Kontrak Sosial yang menjadi asas kemakmuran negara.

Tidak hairan sama sekali apabila kita melihat DAP berusaha mencabul sedikit demi sedikit Perlembagaan Negara sama ada melalui pemimpin atau NGO yang bernaung di bawah mereka.

Isu sensitiviti agama, kedaulatan Bahasa Melayu, bendera Malaysia, anti tulisan Jawi dan mempromosikan ideologi Komunis, desakan usul Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (PBT), ICERD, Statut Rom dan pelbagai lagi tindakan, menjadi bukti kukuh dan jelas bahawa DAP semakin lancang di dalam merobek Perlembagaan Negara.

Menurut Tan Sri Johan Jaaffar yang dinobatkan Tokoh Wartawan Negara 2019, DAP juga cuba bermain sentimen dengan mengapikan bahawa parti Umno dan PAS bersifat perkauman. Walhal masyarakat boleh melihat dengan jelas DAP sebuah parti Cina yang rasis dan cauvinis. Ini kerana mereka gagal dalam mendekati golongan pelbagai kaum, bahkan masyarakat Cina sendiri kurang senang dengan pemimpin DAP yang diibaratkan seperti kacang melupakan kulit.

Golongan Melayu juga secara lantang dan terbuka memperkatakan cubaan DAP dalam melemahkan kepentingan orang Melayu. Perkara-perkara ini menjadi sebab utama ramai pemimpin Melayu dalam Kerajaan PH mula merasakan bahawa DAP adalah punca terbesar masalah PH.

Tambahan lagi, DAP juga menjadi faktor penolakan rakyat yang mengundi PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14, di mana pengundi ini telah beralih arah kepada pembangkang dan ini dibuktikan dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK).

Oleh itu, PAS dengan tegas, mempertahankan usaha untuk memelihara keharmonian kaum di Malaysia. Demi mencapai matlamat ini, PAS menyarankan agar pemimpin DAP yang bersifat rasis, tidak menghormati Perlembagaan dan sejarah negara, selain tidak kompeten, dilucutkan sebagai Menteri atau Timbalan Menteri yang menjadi bebanan kepada Kerajaan PH dalam mentadbir negara.

Sayangi MalaysiaKu, hapuskan makhluk perosak.

“Islam Memimpin Perpaduan”
“Muafakat Nasional Membina Malaysia Sejahtera”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
22 Januari 2020 | 26 Jamadilawal 1441

https://harakahdaily.net/index.php/2020/01/22/dap-beban-terbesar-ph-dan-negara/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo