NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Koronavirus: Tidak semestinya pesakit akan tunjuk gejala awal - Pakar


Kajian terbaharu mengenai koronavirus mendapati virus itu boleh berada dalam paru-paru individu tanpa menyebabkan gejala yang jelas

KUALA LUMPUR: Adakah pesakit novel koronavirus (2019-nCoV) menunjukkan gejala awal seperti demam, batuk, selesema dan sakit kepala?

Kajian terbaharu mengenai koronavirus mendapati virus itu boleh berada dalam paru-paru individu tanpa menyebabkan gejala yang jelas, sekali gus menjadi faktor mengapa kuarantin ketat serta rejim penjejakan sentuhan sangat penting bagi memastikan jumlah kes tidak menyamai keadaan sepertimana terjadi sewaktu wabak Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS) pada 2003.

Menurut laporan South Morning China Post (SMCP), tanpa langkah pencegahan maksimum seperti kuarantin, pesakit yang didefinisikan sebagai “kes misteri penyebar pneumonia” - boleh menjadi faktor utama peningkatan mendadak jumlah jangkitan, dan negara yang dilanda virus Wuhan itu.

Adakah benar punca penyebaran virus ini dari sebuah pasar menjual makanan laut dan eksotik di Wuhan, China?

Menurut laporan jurnal kesihatan sekumpulan doktor itu, kajian ke atas beberapa pesakit koronavirus mendapati mereka tiada sejarah dengan haiwan, tidak pernah melawat pasar di Huanan di Wuhan atau makan haiwan liar berkenaan,

Namun, jurnal itu turut menyebut berdasarkan pengajaran dari wabak SARS yang mengesahkan haiwan liar merupakan punca awal penyebarannya, kesemua penjual daging haiwan liar perlu dipantau dan dikawalselia secara berterusan untuk mengekang penyebaran koronavirus.

Benarkan ada kematian akibat 2019-nCoV di negara lain?

Setakat ini jumlah kematian akibat koronavirus masih kekal 41 orang dan kesemuanya dicatatkan di China.

Namun jumlah pengesahan kes koronavirus terus meningkat dengan China kini sudah melebihi 1,300 kes, diikuti Hong Kong (5), Thailand (5), Perancis (3), Singapura (3), Malaysia (3), Taiwan (3), Jepun (2), Macau (2), Korea Selatan (2), manakala Amerika Syarikat, Vietnam, Australia dan, Nepal masing-masing satu kes.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo