PAS ucap tahniah pada Senator baru


Sekalung Tahniah Buat Ahli Dewan Negara

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan sekalung tahniah kepada YB Senator Ustaz Hj Idris Ahmad, Naib Presiden PAS dan YB Tuan N. Balasubramaniam, Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) atas pelantikan sebagai Ahli Dewan Negara.

Pelantikan ini diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

PAS yakin segala pengalaman YB Senator Ustaz Hj Idris Ahmad sebagai Naib Presiden dan Ahli Parlimen Bukit Gantang dapat dimanfaatkan untuk kemajuan negara dan rakyat.

Begitu juga, pelantikan YB Senator Tuan N.Balasubramaniam yang merupakan Ketua DHPP sejak tahun 2010 adalah tanda pengiktirafan PAS kepada rakan-rakan bukan Islam dalam memacu usaha membina Malaysia yang sejahtera.

Semoga Allah SWT merahmati dan memandu kedua-dua wakil PAS untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan.

'Islam Memimpin Perpaduan'

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
16 Jun 2020 | 24 Syawal 1441

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3627127787303939&id=220590201291065

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post