COVID-19: Malaysia kekal terendah Global memuncak



Apa yang pasti perkembangan hari ini Wabak COVID-19 peringkat Global amat menggerunkan. Ia sudah mencecah 7,246,081 kes. Sementara di rantau Asia berjumlah 1,421,709 kes. Malaysia adalah antara negara terendah dengan catatan keseluruhan kes berjumlah 8,336 kes.

Data Global adalah seperti mana jadual berikut.






Data-data dan graf aliran yang menunjukkan pertambahan kes baharu peringkat Global mulai menurun. Sementara jumlah pesakit (kes pulih) juga menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah yang dirawatpulih semakin bertambah.

Apapun perkembangan Global pula menunjukkan tiga negara yang teratas rekod Wabak COVID-19 adalah masih menggerunkan - Amerika Syarikat, Brazil dan Rusia,

Amat menggerunkan apabila melihat kepada jumlah kematian sehingga hari ini di Amerika Syarikat me cecah 113 ribu, Brazil 37 ribu dan Rusia hampair 6 ribu.

Namun lain pula di Malaysia, apabila jumlah kes baharu yang berlaku dengan satu angka (one digit)/ Kita bersyukur dengan rekod tujuh kes baharu dan tiada kes kematian. Dua hari berturut-turut dengan rekod tujuh kes baharu dan zero kematian.

Marilah sama-sama kita berdoa, agar ALLAH segera angkatkan Wabak COVID-19 ini dari bumi Malaysia.

Wassalam.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post