TEPAT. TELUS. TERKINI.

Serangan Di Libya, Empat Sekeluarga Maut Ketika Berbuka Puasa


ANKARA, 9 Mei -- Empat sekeluarga terkorban selepas tentera yang setia kepada Khalifa Haftar menyerang sebuah rumah di selatan Tripoli pada Sabtu, lapor agensi berita Anadolu.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Libya Amin al-Hashemi berkata serangan berlaku di wilayah Ain Zara ketika keluarga berkenaan sedang berbuka puasa.

Sebelum ini pada minggu pertama Mei, pasukan itu dilaporkan menyerang penempatan awam, membunuh 15 orang dan mencederakan 30 yang lain.

Sementara itu, 14 orang awam maut dalam serangan di Tripoli antara 5 hingga 7 Mei.

Kerajaan Libya mendakwa sering diserang oleh pasukan Haftar sejak April 2019, menyaksikan lebih 1,000 orang menjadi korban.

Berikutan itu, Operasi Peace Storm dilancarkan pada 26 Mac untuk melawan serangan musuh.

Sejak pemimpin Muammar Gaddafi digulingkan pada 2011, Libya berpecah dua: pentadbiran di Libya timur disokong Mesir dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), satu lagi di Tripoli ditadbir kerajaan yang diiktiraf antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

-- BERNAMA
Labels:
Reactions:

Post a comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget