NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pasca COVID-19: Perubahan bagi HR4.0 penting



KUALA LUMPUR, 13 April -- Perubahan untuk Sumber Manusia 4.0 (HR 4.0) adalah penting untuk membolehkan peralihan positif ke arah masa depan kerja selepas pandemik COVID-19 pada dasarnya telah mengubah keupayaan untuk orang bekerja dengan normal.

Syarikat penasihat, pembrokeran dan penyelesaian, Towers Watson (M) Sdn Bhd berkata dua perkara penting HR 4.0 adalah melakkukan pembaharuan dalam tenaga kerja untuk cara kerja alternatif dan menentukan jika peningkatan prestasi akan meningkatkan nilai strategik.

"Menciptakan semula pekerjaan mesti dipacu oleh apa yang akan mendorong nilai, berdasarkan pulangan peningkatan prestasi (ROIP) dari pelbagai jenis pekerjaan," katanya dalam “COVID-19: Implications on the Workforce and Human Capital Guidebook for Leaders” yang dikeluarkan, hari ini.

Towers Watson berkata mencipta semula tenaga kerja boleh dilakukan dengan menilai cara terbaik untuk memudahkan tugas dan mengubahnya dengan cara alternatif (teknologi dan / atau penyelesaian automasi manusia).

Mengenai mengasah bakat semula, ia mencadangkan agar mengenal pasti kemahiran yang diperlukan untuk versi masa depan kerja dan laluan semula untuk bakat yang kerja sedang diubah oleh automasi.

Menurut Towers Watson, cara kerja masa depan adalah di mana tenaga kerja terdiri daripada gabungan yang maksimum dari pekerja, tenaga kerja dan automasi.

Ekosistem bakat akan melangkaui organisasi dengan hubungan pekerjaan alternatif (hubungan secara maya atau pasaran) daripada perhubungan pekerjaan tetap.

Daripada mempunyai kepemimpinan pentadbiran, reaktif serta arahan dan kawalan, kepemimpinan orkestrator (perancang) berdasarkan tujuan, penyesuaian dan orkestrator akan menguruskan gabungan tenaga kerja, katanya.

Para pekerja akan mempunyai set minda pertumbuhan, berbanding dengan set minda tetap, dan akan ada pembelajaran berterusan sendiri dengan budaya pembelajaran jangka panjang yang disemai.

"Ia juga akan dibentuk oleh pengalaman pekerja holistik dan bertujuan untuk menyambung dan menyumbang kepada kerja yang bermakna (berbanding dengan hubungan yang memberi tumpuan kepada pemberian ganjaran untuk " pekerjaan "). Kepelbagaian dan inklusi juga dimasukkan sebagai sebahagian daripada budaya dan ke dalam program Sumber Manusia (HR),” katanya,

-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo