NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lembu rempuh kereta Timbalan Menteri di LPT2


KUALA TERENGGANU: Timbalan Menteri Perdagangan, Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, menempuh detik cemas apabila kenderaan dinaikinya terlanggar ekor lembu di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berdekatan susur keluar Bukit Besi di sini, awal pagi ini.

Kemalangan dilaporkan berlaku ketika Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu dan rombongannya, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke kediamannya di Ajil, Kuala Berang, kira-kira jam 1 pagi ini.

Bagaimanapun, Rosol dan pengawal peribadi serta pemandunya, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Rosol mengakui ternampak seperti seekor haiwan berwarna putih di atas jalan menyebabkan pemandu memperlahankan kereta rasmi dinaikinya.

“Pemandu cuba memperlahankan kenderaan, tetapi haiwan yang berada diatas jalan secara tiba tiba melompat dan melanggar kereta dinaikinya.

“Haiwan berkenaan mungkin terkejut dan terus berlari dan merempuh kereta dinaiki selepas ternampak lampu kereta,” katanya.

Rosol menjelaskan, dia dan rombongan berlepas daripada Putrajaya kira-kira jam 10 malam untuk menghadiri mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri di Wisma Darul Iman (WDI) pagi ini.

“Saya bersama pengawal peribadi dan pemandu balik ke kediaman dengan menumpang kereta pegawai yang mengekori kenderaan saya, ” katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo