SANAA, 29 Rejab 1441H, Selasa – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menghantar kit ujian COVID-19 serta kelengkapan perlindungan untuk petugas kesihatan di Yaman, menurut Twitter agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin.
Peralatan itu akan diedarkan kepada pihak berkuasa kesihatan di bandar pelabuhan selatan Aden dan ibu kota Houthi, yang berada di bawah kawalan kerajaan Sanaa. Penghantaran dikendalikan kerajaan Arab Saudi.
Walaupun belum ada kes COVID-19 didaftarkan di negara yang dicengkam peperangan itu, kedua-dua pihak bertelagah tetap mengambil langah pencegahan awal.
Dihimpit masalah taun, pemakanan tidak seimbang dan difteria, Yaman tidak mempunyai keupayaan untuk mendepani wabak maut itu, perang saudara yang berlarutan sejak lima tahun lalu memusnahkan lebih separuh sistem penjagaan kesihatan.
Peperangan meletus pada akhir 2014, selepas puak Houthi yang disokong Iran menguasai sebahagian besar wilayah utara negara itu dan memaksa kerajaan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi yang disokong Arab Saudi berundur dari Sanaa. – Bernama
HULU SELANGOR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menambah baik fasiliti di Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB), di sini, bagi mengurang...
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment