Hina Agong: Polis tahan pemilik akaun 'Aaron Yee'


KUALA LUMPUR: Seorang pemilik akaun Facebook dengan nama 'Aaron Yee' telah ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung status berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Menerusi satu kenyataan media, lelaki berusia 35 tahun itu akan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

PDRM juga sedang menjalankan siasatan terhadap beberapa lagi akaun media sosial yang melakukan perkara yang sama.

Antara akaun yang dikenalpasti ialah akaun Twitter Fadiah Nadwa Fikri, serta akaun Facebook dengan nama 'Haizad Azhar'.

Siasatan diklasifikasikan di bawah seksyen 4(1) (a) Akta Hasutan iaitu kecenderungan menghasut serta seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

PDRM menasihatkan orang ramai mendukung prinsip Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu kententeraman awam atau mendatangkan kebencian.

Sumber:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hina-agong-polis-tahan-pemilik-akaun-aaron-yee-232229
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget