NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terima Kasih Tuan Guru, #DaulatTuanku!

Oleh: Abdul Muein Abadi

Orang yang dah biasa susah, dia tak kisah susah. Apatah lagi jika ditakdirkan Allah untuk memperjuangkan nasib hidup orang susah yang lain, dia mestilah akan buat bersungguh-sungguh. Bukan demi jawatan, bukan demi harta. Itulah yang dibuktikan oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang di sepanjang krisis politik baru-baru ini.


Di tengah-tengah kekalutan krisis politik negara, beliau tidak meminta-minta jawatan, mencalonkan diri sendiri pun jauh sekali. Bahkan di kubu kuat beliau sendiri di Terengganu pun tidak dilobi untuk menjadi Menteri Besar. Orang susah sama ada warga nelayan, petani, dan usahawan kecil pasti tidak lupa bagaimana Tuan Guru Abdul Hadi Awang tegas mempertahankan nasib mereka di parlimen.

Hanya satu beliau minta, iaitu supaya kerajaan baru yang dibentuk ialah kerajaan yang tidak meminggirkan nasib orang susah, tidak memotong peruntukan-peruntukan nelayan dan petani, tidak hanya mementingkan golongan elit korporat, tidak mempertaruhkan kepentingan institusi Melayu, Islam dan Bumiputera, dan yang paling utama, kerajaan itu mestilah kerajaan yang tidak menderhaka kepada Raja-raja Melayu!

Terima kasih Tuanku Sultan Abdullah Ri'ayatuddin al-Mustafa Billah (Pembela Agama yang Dipilih Allah). Keprihatinan Tuanku dengan suara kesusahan rakyat tuanku serta kecekapan tuanku memperkenan pembentukan kerajaan baru sesungguhnya telah menamatkan krisis politik yang menghimpit kehidupan seluruh rakyat jelata.

Terima kasih Tuan Guru,
Daulat Tuanku!


***Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo