Melaka bakal menyaksikan kerajaan gabungan selepas Johor?


"Apa pula akan berlaku di negeri Melaka, perkara sama berlaku di Selangor. Di Melaka perbezaannya adalah 13 PH dan 13 BN."
MELAKA: Penubuhan kerajaan gabungan UMNO, Bersatu, PAS, MIC dan beberapa parti lain di Johor mungkin akan merebak ke beberapa negeri yang kini dilanda kemelut politik.

Menurut Penganalisis Politik, Muhammad Anwar Fahmi Hari Das Abdullah perkara yang sama dijangka berlaku di beberapa negeri terutamanya Melaka.

Ia susulan sokongan diberikan oleh Barisan Nasional dan Muafakat Nasional kepada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Kelapan.

Jelasnya, idealisme yang dibawa Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad meskipun ditentang Muafakat Nasional oleh UMNO dan PAS sebelum ini, namun lanskap politik di negeri kini berubah.

"Situasi di Putrajaya juga memperlihatkan negeri-negeri mempunyai pertaruhan yang sangat sengit. Di Johor, idealisme dibawa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun ditentang oleh beberapa parti terutama Pas dan Umno.

"Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Johor telah rebah dan akhirnya Sultan Johor memanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengadap di Istana Ibrahim. Akhirnya kerajaan negeri Johor ditadbir oleh parti gabungan," kata Muhammad Anwar ketika dihubungi Astro AWANI.

Jelas Muhammad Anwar, situasi ketidaktentuan politik di Melaka dengan bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri yang sama di antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan juga boleh membawa kepada gabungan parti politik yang membentuk kerajaan negeri yang baharu.

"Apa pula akan berlaku di negeri Melaka, perkara sama berlaku di Selangor. Di Melaka perbezaannya adalah 13 PH dan 13 BN. Dua hari lalu, Barisan Nasional menuntut PH mengemukakan SD (Akuan Bersumpah).

"Gelombang ini sedang berjalan dan terus meresapi ideologi kepimpinan dan juga legasi di negeri-negeri. Apa pula akan berlaku di negeri itu apabila telah muafakat dan bersetuju kerajaan perpaduan, kesannya adalah kepada kerajaan persekutuan," kata Muhammad Anwar.

Tambahnya perkara itu boleh berlaku jika ADUN mengutamakan kedudukan dan kuasa mereka.

"ADUN di negeri, mereka mengutamakan kedudukan mereka, kalau DUN dan Parlimen dibubarkan belum tentu mereka akan berkuasa.

"Saya melihat dalam keadaan ini, mereka bimbang kedudukan dan kuasa mereka akan hilang. Justeru itu, mereka dilihat sanggup mewujudkan kerajaan perpaduan Muafakat dan sebagainya," kata Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka itu.

Ketika ini, angin politik di Melaka semakin kencang selepas ADUN Rembia yang juga Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis menyatakan bahawa beliau bersetuju jika kerajaan perpaduan dibentuk di negeri itu.

Ia sekali gus memberi gambaran berbeza dengan kenyataan Ketua Menterinya Adly Zahari berhubung status quo kerajaan negeri dibawah Pakatan Harapan.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-politik/melaka-bakal-menyaksikan-kerajaan-gabungan-selepas-johor-232059
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget