DAP Akhirnya Mengaku Kalah!



Bersungguh-sungguh lagi nampaknya Pemuda AMANAH Nasional untuk cuba mempertahankan sisa-sisa harapan yang ada dengan membuat rayuan terbuka kepada parti-parti Sabah dan Sarawak supaya menolak Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disokong oleh PAS & UMNO.

Di dalam kenyataan media mereka sekejap tadi, mereka menyatakan:
“Biro Politik Pemuda AMANAH Nasional berpandangan, penubuhan Kerajaan PAS-UMNO tidak menguntungkan Sabah dan Sarawak.”
“Malah UMNO PAS juga adalah parti yang bersifat ekstrim dan bakal menimbulkan keresahan kepelbagaian bangsa dan budaya rakyat Sabah dan Sarawak selama ini.”
“Justeru, parti-parti Sabah dan Sarawak perlu mempertimbangkan secara rasional dan mempertahankan keharmonian rakyat Sabah dan Sarawak sebelum membuat pendirian untuk bersama menubuhkan kerajaan bersama PAS & UMNO.”

Nasihat saya kepada Pemuda AMANAH Nasional, baik give up sajalah. Sedangkan Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan, sendiri pun sudah surrender.

Bacalah sahaja tweet-tweet beliau seperti di bawah ini:

Tweet 1: 6:34 PM · Feb 28, 2020
Tak sempat mansuhkan SOSMA dan Akta Hasutan. Sigh. Kurang 2 tahun kita kecapi kebebasan.

Tweet 2: 7:41 PM · Feb 28, 2020
Okay la sesiapa yang tweet2 maki pemimpin UMNO PAS sebelum ni dah boleh consider untuk padam kot. Kat Malaysia ni jenayah mana ada limitation period.
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post