NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Undang-undang peruntukan sama rata tidak perlu, isu sebenar siapa urus dana – Penganalisis



  • Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Jayum Anak Jawan berkata, undang-undang khas bagi menjamin peruntukan pembangunan sama rata kepada semua kawasan Parlimen dan DUN tidak diperlukan kerana peruntukan berkenaan sememangnya disediakan dan disalurkan kepada setiap kawasan
  • “Persoalan bukan berkisar tentang perlu undang-undang bahawa setiap wakil rakyat ada akses kepada wang peruntukan pembangunan ini. Ia adalah kerana semua kawasan ada.
  • “Namun begitu, peruntukan ini mungkin diuruskan oleh pegawai pentadbiran sekiranya kawasan itu diwakili oleh wakil rakyat dari parti lawan atau pembangkang. Ini asas yang sudah sekian lama dilaksanakan,” katanya.

KUALA LUMPUR – Undang-undang khas bagi menjamin peruntukan pembangunan sama rata kepada semua kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak diperlukan kerana peruntukan berkenaan sememangnya disediakan dan disalurkan kepada setiap kawasan, kata Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Jayum Anak Jawan.

Sebaliknya, menurut beliau, isu sebenar yang perlu diberi perhatian ialah siapa yang diberi kuasa menguruskan peruntukan pembangunan itu, khususnya apabila sesuatu kawasan diwakili wakil rakyat daripada parti pembangkang.

“Saya difahamkan bahawa wakil rakyat yang berjawatan timbalan menteri dan menteri penuh ada peruntukan tambahan melebihi peruntukan bagi wakil rakyat biasa,” katanya kepada The Merdeka Times apabila ditanya mengenai isu undang-undang khas untuk menjamin peruntukan sama rata, hari ini.

Jayum berkata, semua kawasan pilihan raya negeri dan Parlimen disediakan peruntukan pembangunan secara sama rata berdasarkan formula tertentu.

Bagaimanapun, beliau berkata, peruntukan bagi kawasan yang diwakili wakil rakyat pembangkang mungkin diuruskan pegawai pentadbiran, berbanding wakil rakyat daripada parti pemerintah.

“Persoalan bukan berkisar tentang perlu undang-undang bahawa setiap wakil rakyat ada akses kepada wang peruntukan pembangunan ini. Ia adalah kerana semua kawasan ada.

“Namun begitu, peruntukan ini mungkin diuruskan oleh pegawai pentadbiran sekiranya kawasan itu diwakili oleh wakil rakyat dari parti lawan atau pembangkang. Ini asas yang sudah sekian lama dilaksanakan,” katanya.

Menurut Jayum, keadaan itu bermakna persoalan mengenai kewujudan peruntukan sama rata sebenarnya tidak timbul kerana dana pembangunan tetap disediakan untuk setiap kawasan.

“Justeru, persoalan ada atau tidak peruntukan sama rata tidak timbul,” katanya.

Sebaliknya, beliau berkata, isu yang timbul ialah tuntutan supaya wang peruntukan pembangunan diuruskan sendiri oleh wakil rakyat di setiap kawasan tanpa mengira sama ada mereka daripada parti pemerintah atau pembangkang.

“Isu yang berbangkit ialah seruan itu mahu wang peruntukan pembangunan itu diuruskan oleh wakil rakyat setiap kawasan, tanpa mengira mereka dari parti pemerintah atau pembangkang,” katanya.

Jayum menjelaskan, bagi kawasan yang diwakili wakil rakyat daripada parti pemerintah, pengurusan peruntukan lazimnya dilakukan oleh wakil rakyat berkenaan.

Namun, katanya, sekiranya kawasan itu tidak diwakili parti pemerintah, wang yang sama tetap disalurkan tetapi pengurusannya diberikan kepada pihak lain yang diberi kuasa dan bukan wakil rakyat pembangkang.

“Pada parti pemerintah, ia biasa diuruskan oleh wakil rakyat dari parti pemerintah tertentu dan sekiranya mana-mana kawasan tidak diwakili mereka, wang yang sama tetap disalurkan tetapi orang lain yang diberi kuasa menguruskannya dan bukan wakil rakyat dari parti pembangkang,” katanya.

Sehubungan itu, Jayum berpandangan menggubal undang-undang khusus bagi menjamin peruntukan sama rata adalah tidak perlu kerana mekanisme peruntukan sedia ada sudah memastikan dana pembangunan disalurkan kepada rakyat di setiap kawasan.

“Maka, undang-undang tidak diperlukan kerana peruntukan ada dan ia memang disalurkan kepada rakyat setiap kawasan. Menggubal undang-undang untuk itu adalah redundan atau tidak perlu,” katanya. – The Merdeka Times






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo