Gagal beri penjelasan meyakinkan tentang PSS, lalu Warisan tumbang di Kimanis - Penganalisis


PAPAR: Pengundi Kimanis tidak berminat dengan penjelasan mengenai program Pas Sementara Sabah (PSS), kata Pensyarah Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Saat Awang Damit.

Beliau juga berpendapat, parti pemerintah, Parti Warisan Sabah (Warisan) juga tidak berupaya memberikan penjelasan mengenai isu ini, lantas menyebabkan Barisan Nasional (BN) berjaya menang selesa pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

"Apa yang mereka fahami mengenai konsep PSS ialah hak mereka akan sama dengan keistimewaan yang akan diterima oleh pelarian.

"(Tetapi) prosesnya (pemberian PSS) mereka tidak minat untuk dengar dan mereka tidak minat kerena mereka ia tidak penting dan akhirnya mereka berpendapat status mereka akan sama dengan orang asing," jelas Saat ketika ditemui Astro AWANI.

Sementara itu Pensyarah Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah Dr Zaini Othman berpendapat kemenangan BN di Kimanis sudah dijangka memandangkan kawasan parlimen berkenaan masih berupaya mengekalkan kawasan itu sebagai kubu kuat BN di sebalik angin perubahan dalam politik Sabah sejak Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

"Kalau kita perhatikan secara mendalam umno menang dengan majoriti yang besar setiap kali pilihan raya dan ketika angin perubahan PRU-14 dan masih boleh kekalkan kedudukan dan dalam konteks ini ia kembali dengan majoriti yang lebih menyakinkan dan ia membenarkan kata-kata saya bahawa Kimanis itu wajah UMNO."


BN pada Sabtu mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis apabila calonnya, Datuk Mohamad Alamin berjaya memperoleh kemenangan dengan majoriti 2,029 undi.

Beliau sekali gus menewaskan pencabarnya, calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim
Bujang dalam pertandingan satu lawan satu itu Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/gagal-beri-penjelasan-meyakinkan-tentang-pss-lalu-warisan-tumbang-di-kimanis-penganalisis-228417
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget