NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terbenam Juga Akhirnya Ilham Centre!


oleh: Dr Kamarul

16 Januari lalu ketua penyelidik ILHAM Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim, dengan yakinnya memaklumkan kepada Astro Awani bahawa WARISAN akan menang selesa dalam PRK Kimanis.

Mengikut beliau, tiga punca kemenangan WARISAN adalah kedudukannya sebagai parti pemerintah, faktor pengikut sedia ada dan sentimen pengundi yang lebih menyokong parti tempatan.

Sebelum itu, pada 5 Januari, ILHAM Centre juga dengan yakinnya menyatakan:
(1) BN lumpuh sepenuhnya di Sabah sebulan selepas PRU 14 apabila semua komponennya keluar gagasan itu.
(2) UMNO Sabah pula sakit teruk menjelang PRU 14 apabila sebahagian anggota mereka keluar menyertai WARISAN.
(3) UMNO Sabah kemudiannya jatuh nazak selepas PRU 14 apabila hampir semua wakil rakyat mereka keluar parti selepas kalah dalam pilihan raya tersebut.

Saya sendiri telah mengkritik penggunaan istilah-istilah “BN lumpuh sepenuhnya”, “UMNO Sabah sakit teruk” dan “UMNO Sabah jatuh nazak” yang seperti diselaputi emosi dan kurang objektif tanpa perincian bukti.

Saya juga menyatakan bahawa soalan yang lebih relevan ditanya ialah apakah tindakan wakil-wakil rakyat UMNO Sabah keluar parti disokong atau diikuti dengan tindakan sama oleh ahli-ahli UMNO Sabah.

Ternyata telahan saya betul bila kaji selidik Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) mendapati bahawa UMNO Sabah masih kukuh dan akar umbinya ramai yang masih setia dengannya.

Ia juga terbukti betul bila keputusan rasmi PRK Kimanis yang diumumkan malam ini menunjukkan calon BN, Datuk Mohamad Alamin, berjaya mengalahkan calon WARISAN, Datuk Karim Bujang.

Tahniah kepada Datuk Mohamad Alamin yang berjaya menjadi Ahli Parlimen Kimanis baru dan kepada TSIS yang berjaya menyingkirkan ILHAM Centre sebagai badan kaji selidik paling berwibawa di negara ini.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo