NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Campur tangan asing dalam politik bukan perkara asing – Dr Kartini



  • “Penglibatan pelbagai pihak untuk campur tangan dalam politik mana-mana negara di peringkat global bukan suatu yg asing. Lihat saja nasib Afghanistan dgn campur tangan Amerika Syarikat menerusi Central Intelligence Agency yang juga sejarahnya pernah merekrut Bin Laden sebagai ejen CIA yang akhirnya senjata makan tuan.
  • “Begitu juga dengan klip video tular pada Julai 2018, pengakuan terbuka Daniel Twining, President of IRI funded by National Endowment for Democracy (NED), a US-based organization yang telah terlibat dalam usaha jangka panjang bersama PH untuk menjatuhkan BN,” – Prof Dr Kartini Aboo Talib @ Khalid, Penyandang Kursi Pengajian Malaysia di Victoria University of Wellington, New Zealand
  • Prof Dr Kartini berkata kerajaan AS sebagai sebuah negara sudah pasti akan menafikan tuduhan campur tangan kerana menghormati kedaulatan negara lain seperti Malaysia.

KUALA LUMPUR — Campur tangan pelbagai pihak dalam politik negara lain bukan sesuatu yang asing di peringkat global, kata Penyandang Kursi Pengajian Malaysia di Victoria University of Wellington, New Zealand, Prof Dr Kartini Aboo Talib @ Khalid.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah merisik calon Perdana Menteri daripada PAS serta menawarkan bantuan kepada parti itu untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya kira bukan soal siapa benar atau salah. Penglibatan pelbagai pihak untuk campur tangan dalam politik mana-mana negara di peringkat global bukan sesuatu yang asing,” katanya sewaktu dihubungi The Merdeka Times.

Prpf Dr Kartini menjadikan Afghanistan sebagai contoh dengan merujuk kepada campur tangan AS menerusi Agensi Perisikan Pusat (CIA), selain mendakwa Osama bin Laden pernah direkrut sebagai ejen agensi perisikan itu sebelum keadaan berkenaan akhirnya menjadi “senjata makan tuan”.

Beliau turut merujuk kepada rakaman video yang tular pada Julai 2018 membabitkan Presiden International Republican Institute (IRI), Daniel Twining.

Menurut Prof Dr Kartini, rakaman itu mengandungi pengakuan terbuka Twining mengenai penglibatan jangka panjang IRI, yang dibiayai National Endowment for Democracy (NED), bersama Pakatan Harapan (PH) dalam usaha menjatuhkan BN.

Dalam pada itu, Prof Dr Kartini berkata kerajaan AS sebagai sebuah negara sudah pasti akan menafikan tuduhan campur tangan kerana menghormati kedaulatan negara lain seperti Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, NGO dari AS bersifat bebas dan sukar dikawal selia oleh sesebuah negara, sebagaimana NGO di Malaysia juga boleh bekerjasama secara sah dengan NGO antarabangsa.

Tan Sri Abdul Hadi membuat dakwaan berhubung wakil Kedutaan AS itu ketika menyampaikan ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 di PUTIK, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 5 September lalu.-The Merdeka Times






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo