Sehingga 16 September, harga runcit RON97 dikemaskini kepada RM4.50 seliter, manakala harga runcit RON95 tanpa subsidi ditetapkan pada RM4.02 seliter.
Harga runcit diesel tanpa subsidi pula dikemaskini pada harga RM4.92 seliter.
Kementerian Kewangan (MoF) berkata harga minyak mentah dunia meningkat ketara sepanjang tempoh pengiraan harga Automatic Pricing Mechanism (APM) susulan konflik antara Amerika Syarikat dan Iran yang kembali meruncing serta peningkatan risiko gangguan bekalan petroleum melalui Selat Hormuz.
“Harga minyak mentah Brent meningkat sepanjang tempoh pengiraan APM sebelum mencecah USD97.31 setong pada Isnin.
“Premium risiko geopolitik terhadap bekalan minyak dunia turut meningkat susulan serangan berbalas yang berterusan antara AS dan Iran,” katanya.
Pada masa sama, pasaran produk petroleum bertapis dunia kekal ketat, katanya.
“Gangguan kapasiti penapisan di Asia Barat serta serangan berterusan terhadap loji penapisan Rusia telah mengurangkan bekalan petrol, diesel dan produk petroleum lain ke pasaran antarabangsa.
“Harga diesel di pasaran antarabangsa turut meningkat lebih pantas berbanding minyak mentah berikutan kekangan kapasiti penapisan dan inventori yang semakin menyusut,” katanya.
MoF berkata aliran petroleum melalui Selat Hormuz dan kapasiti penapisan global masih belum kembali normal, selepas 193 hari konflik di Asia Barat.
“Sekiranya keadaan ini berpanjangan, inventori yang semakin menyusut serta bekalan produk petroleum bertapis yang semakin ketat boleh meningkatkan premium risiko terhadap harga petrol dan diesel dunia,” katanya.
Di sebalik peningkatan ini, harga petroleum bersudisi dikekalkan bagi melindungi rakyat dan perniagaan daripada kesan ketidaktentuan global.
RON95 bawah BUDI95 kekal pada harga subsidi RM1.99 seliter, manakala diesel bawah BUDI Diesel kekal pada harga subsidi RM2.10 seliter.
Petrol bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) kekal pada harga subsidi RM2.05 seliter, manakala diesel bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kekal pada harga subsidi RM2.15 seliter.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment