Berapa denda sebar manifesto palsu sindir? - Najib



BANGI, 3 Jamadilakhir 1441H, Selasa – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil kesempatan menyindir kerajaan Pakatan Harapan (PH), selepas pihak berkuasa menegaskan akan mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita tidak sahih mengenai penularan novel coronavirus di Malaysia.

"Memang saya setuju bahawa rakyat Malaysia tak patut sebar berita palsu mengenai coronavirus. Sekarang kerajaan PH beri amaran akan kenakan denda RM100,000 dan penjara setahun ke atas siapa yang sebar berita palsu.

"Nak tanya juga, berapakah denda dan hukuman penjara yang akan dikenakan untuk mereka yang sebar manifesto palsu?

"Dan apakah beza denda RM100,000 serta penjara satu tahun ini dengan akta berita palsu kerajaan BN (Barisan Nasional) lalu yang telah ditentang dan dimansuhkan PH?," soalnya menerusi satu hantaran di akaun Facebook beliau.

Sebelum ini, dalam satu kenyataan bersama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan kandungan, khabar angin atau berita palsu mengenai penularan coronavirus.

Menurut kenyataan itu lagi, penyebar berita palsu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya.

"Pendakwaan turut boleh dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya," katanya.

Dilaporkan, angka kematian di China akibat penularan wabak coronavirus terus meningkat kepada 106 orang dengan pertambahan kes positif dijangkiti virus baharu itu sebanyak 4,428 orang.

Pihak berkuasa China berkata, jumlah kes baharu direkodkan adalah sebanyak 1,300.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2020/01/28/berapa-denda-sebar-manifesto-palsu-sindir-najib/
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget