Sarjana PAS Sarawak mohon PH henti bebankan rakyat



oleh: USTAZ WAN ABDILLAH WAN AHMAD

PAS sebelum PRU14 telah mengemukakan cadangan pelaksanaan cukai "Taxation on Deposit" atau cukai ke atas syarikat dan koporat dan "Tax on share Trading Gain" atau cukai keuntungan perdagangan saham.

Kedua-dua cukai ini tidak langsung membebankan rakyat malah apabila cukai barangan seperti, GST dan SST tidak dilaksanakan ianya akan menggalakkan rakyat dalam membeli dan berbelanja. Ini akan melonjakkan lagi aktiviti perniagaan sekali gus meningkatkan hasil negara melalui cukai.

Sarjana PAS Sarawak berpendapat perubahan polisi secara tiba-tiba malah kembali semula 360 darjah dari apa yang PH menentang dahulu adalah sesuatu yang akan terus menyebabkan rakyat sengsara. Dengan keadaan ekonomi negara yang tidak stabil dan jurang ekonomi sosial rakyat yang membesar, GST dilihat akan terus membebankan rakyat. Sudah pasti kesan paling ketara adalah kenaikan harga barang. Kesan ini akan lebih dirasai oleh rakyat Sarawak yang jauh dari perhatian Kerajaan Pusat.

Malah, Sarjana PAS juga mahu rakyat Sarawak bersatu-padu dengan kerajaan sedia ada untuk mempertahakan hak negeri. Kita perlu lebih banyak simpanan masa depan dan dana pembangunan negeri kita. Dengan keadaan sandiwara PH terhadap royalti, peruntukan pendidikan dan sebagainya semua ini akan mengheret rakyat Sarawak terus terpinggir walaupun Sarawak telah memberi kekayaannya yang begitu banyak kepada "Federal". Usaha Kerajaan Sarawak kini yang mahu hasil cukai jalan produk petroleum diberi kepada rakyat adalah hak Sarawak yang wajib dipulangkan.

PAS Sarawak akan terus menyokong sebagai rakan pembangkang di Parlimen atas usaha GPS sekarang. PH Sarawak sudah tidak bernyawa malah hanya sebagai alat sandiwara yang memberi perlindungan kepada rakan Malaya mereka. Bukti jelas dari video penjelasan PH Sarawak berkenaan royalti 20 peratus untuk Sarawak baru-baru ini.

USTAZ WAN ABDILLAH WAN AHMAD ialah Timbalan Pesuruhjaya II PAS Sarawak 
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget