Dr Mahathir, Zakir Naik disenarai antara pemimpin Islam paling berpengaruh


NURUL RIDUAN NOR ASHAHA | | 16 September 2019

The Royal Islamic Strategic Studies Centre keluaran terbaru semalam menyenaraikan Dr Mahathir dan Zakir antara pemimpin Islam paling berpengaruh.

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dan penceramah dari India, Dr Zakir Naik tersenarai antara pemimpin Islam paling berpengaruh dalam edisi terbaru The Royal Islamic Strategic Studies Centre yang dikeluarkan semalam.
Dr Mahathir yang kembali memegang jawatan Perdana Menteri buat kali kedua, berada di kedudukan ke-44 daripada 50 individu paling berpengaruh.

“Dr Mahathir merupakan kunci transisi ekonomi Malaysia daripada berasaskan sektor agrikultur kepada industri.

“Beliau disegani atas sokongan beliau kepada nilai-nilai liberal Muslim dan telah menubuhkan institusi-institusi Islam seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,” kata laporan tinjauan yang diterbitkan setiap tahun itu.

Sumbangan Dr Mahathir yang digariskan termasuk peranan aktif beliau dalam Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur berkaitan dengan penganiayaan di Iraq, Lebanon, dan wilayah Palestin.

Pemilihan Dr Mahathir juga dikaitkan dengan peranannya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lalu yang membawa kepada kemenangan Pakatan Harapan (PH).

Berdasarkan laporan itu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berada pada kedudukan pertama, diikuti Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan Pemerintah Jordan, Raja Abdullah II.

Presiden Indonesia, Joko Widodo berada pada kedudukan ke-16, manakala Presiden Singapura, Halimah Yacob yang merupakan presiden wanita pertama di republik itu tersenarai di kedudukan 41.

Dr Zakir, 53, pula tersenarai pada kedudukan 500 tokoh dan individu yang paling berpengaruh dalam dunia Islam dan nama beliau turut tersenarai dalam edisi-edisi sebelum ini.

Turut tersenarai, pemain bola sepak kelab Liverpool kelahiran Mesir, Mohammed Salah; bintang seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov; penerima hadiah Nobel, Malala Yousafzai dan tokoh cendekiawan Islam, Maulana Tariq Jameel serta Sheikh Muhammad Taqi Usmani.
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget