KUALA TERENGGANU - Misteri gambar 'lembaga putih' yang berada di sebuah menara jambatan angkat atau drawbridge di sini semalam akhirnya terjawab.
Pemilik asal gambar yang tular di media sosial itu tampil memberikan penjelasan kepada Sinar Harian hari ini bahawa gambar berkenaan disunting menggunakan teknik superimpose photoshop.
Menurutnya, gambar itu diambil awal pagi Sabtu lalu sempena Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud.
Katanya, pada mulanya gambar itu dikongsi di satu WhatsApp sebelum disunting rakannya dan dikongsi bersama rakan-rakan menerusi grup sama.
"Kawan saya memang suka edit gambar. Gambar asal tu saya rakam ketika Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (21km).
"Larian tu bermula jam 1 pagi. Waktu rakam gambar itu dah dekat nak habis larian, dalam jam 3.10 pagi dan saya kongsi dalam grup larian kami. Ada kawan saya edit letak gambar hantu," katanya.
Menurut pemilik gambar itu, pada awalnya mereka berkongsi gambar itu hanya sekadar gurauan sesama ahli grup.
"Kami hanya bergurau sesama rakan di dalam grup WhatsApp itu. Tak pasti macam mana gambar itu boleh tersebar," katanya.
Menurutnya, dia terpanggil untuk memberikan penjelasan setelah mendapati gambar itu tular di media sosial serta mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
"Saya hanya mahu netizen dapat maklumat sebenar bahawa ia adalah gambar palsu yang telah disunting," katanya.
Ahli perniagaan Albert Tei , yang mendedahkan skandal perlombongan Sabah, berterusan mempersoalkan integriti Perdana Menteri Anw...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment