KuHaraki:Kempen Penyatuan Usahawan dan Peniaga Muslim


Assalamualaikum wm wbt,

Suasana kebelakangan ini, kedengaran begitu bersemangat warga Muslim Melayu mengasak semangat untuk mendokong produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh peniaga dan usahawan Melayu Islam.

Sentimen itu muncul seiring pelbagai isu dan tulisan tulisan netizen bukan Melayu yang memarakkan semangat orang Islam untuk bangkit membela nasib mereka.

Kempen beli produk Melayu Islam, pulau barangan bukan Islam antara slogan yang bermain di media sosial dan sudah tidak selindung lagi.

Justeru para usahawan dan peniaga sewajarnya menyambut sokongan awam ini dengan bangkit semangat berkali ganda lagi.

Sekarang lah masanya usahawan perlu bersatu. Hidup usahawan bukan hanya sekadar mencari job, cari tapak meniaga,buat sales, cari peluang dan  kira untung rugi semata mata. Namun jauh dari itu, usahawan dan peniaga juga ialah sebahagian dari pejuang ummah.

Tidak dinafikan ada segelintir yang bersemangat dan tangkas berjuang namun masih ramai lagi yang belum berkesedaran sebegitu.

Peniaga dan usahawan mesti membentuk komuniti yang terarah, saf yang kemas dan berketrampilan untuk memperjuangkan isu ekonomi ummah.

Ahli politik dan ahli perniagaan perlu bergerak seiring untuk berjuang menjulang perjuangan yang ditinggalkan oleh Baginda Rasulullah SAW.

Saya percaya ramai usahawan dan peniaga yang mempunyai karakter yang diperlukan oleh perjuangan. Kemampuan itu amat diperlukan sama ada di peringkat nasional, negeri atau pun kawasan. Kita perlu cungkilkan mereka dan bawa ketengah.

Usah terbelenggu dengan  kata kata utamakan orang lain, saya tidak sempat masa, saya lemah yang akhirnya bila semua usahawan dan peniaga bersikap begitu akan membawa saf usahawan  berterusan tidak perkasa.

Ayuh..bisikkan kepada cuping telinga rakan-rakan. Masanya sudah tiba. Jangan hampakan harapan umat Islam Malaysia yang mendokong perniagaan usahawan Melayu Islam sedangkan  usahawan Melayu Islam masih longlai dan hidup hanya untuk perjuangan  sendiri sendiri.

KU HARAKI menyediakan wadah untuk anda berjuang. Politik ahli perniagaan Non Muslim telah berakar umbi dan mereka berterusan mendokong ahli ahli politik mereka. Kita lah bertanggungjawab mendokong politik Umat Islam.

Kita bangkit dan satukan usahawan dan peniaga bukan atas kerana semangat Melayu tetapi kewajipan kita memperjuangan kehebatan Islam dan syariatnya.

Jom..berniaga dan berjemaah.

Saya dengan hormatnya,


Ust Haji Ahmad Bukhori bin Ghazali
Pengerusi
Kelab Usahawan Haraki (KU HARAKI MALAYSIA)
16 Ogos 2019
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget