Isu Warganegara: Menteri Kdn Jangan Tunduk Kepada Desakan Dap

oleh: Dr. Asyraf Wajdi Dusuki 
29 Julai 2019

1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyuarakan keraguan dengan penjelasan Menteri Dalam Negeri(KDN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam kenyataan rasmi beliau pada 24 Julai lalu dan yang beliau ulangi di Sarawak hari ini bahawa 'pertemuan tertutup' enam pemimpin DAP dengan beliau 22 Julai lalu “adalah inisiatif Ahli-Ahli Parlimen DAP untuk mendapatkan penjelasan berhubung syarat-syarat dan prosedur permohonan kewarganegaraan” dan “tiada istilah pintu belakang atau layanan istimewa diberikan kepada mana-mana pihak dalam memberikan status kewarganegaraan”.

2. Namun terdapat beberapa faktor yang mencetuskan keraguan daripada penjelasan Menteri KDN, antaranya:-

(a) Penjelasan berhubung syarat-syarat dan prosedur permohonan kewarganegaraan telah sentiasa diberikan dari semasa ke semasa secara terbuka oleh KDN termasuk melalui sidang Parlimen, justeru adakah pertemuan sedemikian masih diperlukan?!

(b) Penjelasan Menteri Dalam Negeri ini juga bercanggah dengan kenyataan salah seorang Ahli Parlimen DAP yang turut serta dalam pertemuan itu, Hannah Yeoh, bahawa “Menteri Dalam Negeri telah memberikan respon yang positif dan mengemaskini usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh KDN untuk menyelesaikan isu-isu kewarganegaraan” yang menggambarkan bahawa wujud tekanan dari pihak DAP kepada KDN supaya isu-isu kewarganegaraan diselesaikan segera.

(c) Menteri Dalam Negeri perlu mengakui bahawa beliau menerima tekanan daripada DAP berhubung isu-isu kewarganegaraan. Ini dapat dilihat dalam kenyataan ADUN Pending, Violet Yong Wui Wui, pada 15 Mac 2019 bahawa beliau bersama-sama Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen, dan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen, menemui Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Marzuki Mohamad, bagi memastikan kelulusan kepada kes-kes permohonan kewarganegaraan dari Sarawak diluluskan dalam masa paling cepat.

(d) Tekanan daripada DAP berhubung isu-isu kewarganegaraan juga dapat dilihat melalui kenyataan Ahli Parlimen Beruas, Dato’ Ngeh Koo Ham, di Parlimen yang berkali-kali mahukan Menteri Dalam Negeri menggunakan budi bicara yang didakwa diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk meluluskan permohonan kewarganegaraan, termasuk supaya beliau meluluskan permohonan kewarganegaraan “dalam apa-apa hal keadaan khas yang difikirkannya patut”.

3. Pengakuan Violet Yong bahawa pertemuan pemimpin DAP dengan KDN adalah bertujuan untuk memastikan kelulusan kepada kes-kes permohonan kewarganegaraan diluluskan dalam masa paling cepat dan tekanan Dato’ Ngeh Koo Ham supaya Menteri Dalam Negeri menggunakan budi bicara untuk meluluskan permohonan kewarganegaraan ini adalah antara petunjuk jelas bahawa DAP berusaha mendapatkan kewarganegaraan melalui pintu belakang!

4. Dakwaan Hannah Yeoh bahawa saya “rasis dan anti bukan Melayu” manakala DAP pula berjuang melangkaui batas bangsa dan agama pula adalah tidak berasas sama sekali! DAP-lah yang sebenarnya rasis kerana menjadikan perjuangan isu-isu kewarganegaraan ini hak eksklusif pemimpin bukan Melayu, bukan Islam melalui pertemuan dan jawatankuasa yang ditubuhkan oleh DAP yang sepenuhnya dihadiri dan dianggotai oleh pemimpin bukan Melayu bukan Islam DAP!

5. Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa agar Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri KDN tidak sesekali tunduk dengan tekanan DAP dan kekal tegas dengan segala prosedur dan syarat-syarat yang sedia ada berhubung dengan kewarganegaraan.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget