NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dong Zong, Jiao Zong bantah tulisan jawi


KUALA LUMPUR 31 Julai - Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) membantah keputusan untuk melaksanakan penggunaan tulisan jawi dan seni khat ke dalam buku teks di semua sekolah.

Dong Zong dan Jiao Zong menegaskan seni khat dan tulisan jawi yang akan dimasukkan sebagai sebahagian sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat pada tahun depan adalah tidak sesuai kerana tidak mempunyai hubungan secara langsung.

Kumpulan itu malah mendakwa sudah menggerakkan beberapa kumpulan lain termasuk mewakili sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) untuk membantah keputusan berkenaan.

"Jadi, tidak mungkin pengajaran khat mampu meningkat penguasaan bahasa Melayu setiap murid," kata Dong Zong dan Jiao Zong seperti dipetik portal Free Malaysia Today hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching baru-baru ini mengumumkan penggunaan tulisan jawi dalam buku teks di semua sekolah dalam negara termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan SJKT.

Keputusan tersebut turut membabitkan pelaksanaan seni khat ke dalam buku teks murid Tahun Empat menjelang tahun hadapan.

Dalam pada itu, Dong Zong dan Jiao Zong berkata, pengenalan seni khat di sekolah cukup sekadar secara ringkas dan dimasukkan ke dalam subjek Pendidikan Seni.

Kumpulan itu bagaimanapun gembira melihat kebudayaan semua kumpulan etnik termasuk seni kaligrafi dipelajari semua kaum.

"Kami menyokong usaha kerajaan untuk mewujudkan interaksi kaum di sekolah tetapi menentang dengan tegas terhadap penambahan unit dan kandungan yang membebankan guru dan murid.

"Kami juga tidak setuju jika pembelajaran kebudayaan tersebut diwajibkan," katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo