Halau Zakir Naik seperti halau seluruh umat Islam di Malaysia

BANGI, 14 Zulhijjah 1440H, Khamis – Tindakan pihak tertentu menggesa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar pulang pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik ke negara asalnya seolah-olah seperti menghalau umat Islam secara keseluruhannya.

Exco Penerangan Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Muslim Abdullah Zaik berkata, mempertahankan dan menjaga saudara seagama adalah sebahagian daripada akidah umat Islam, justeru ia perlu dihormati oleh semua pihak.

"Pemuda Isma beranggapan bahawa menghalau Zakir Naik seolah-olah menghalau seluruh orang Islam di Malaysia memandangkan umat Islam saling mempunyai ikatan akidah, ukhuwah dan kesetiaan (wala') sesama mereka.

"Sebagaimana hadis Rasulullah ﷺ kaum muslimin adalah umpama satu jasad. Jika salah satu anggota sakit, maka seluruh badan akan turut merasa sakit," katanya kepada Ismaweb.net hari ini.

Sebelum ini, beberapa menteri Kabinet seperti Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran serta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa kerajaan mengusir Zakir Naik.

Gesaan itu atas dakwaan pendakwah antarabangsa dari India itu mempersoalkan kesetiaan penganut Hindu di negara ini dan menyentuh perkara sensitif membabitkan masyarakat berbilang etnik di sini.

Bagaimanapun Zakir Naik semalam mendakwa ceramahnya di Kelantan baru-baru ini disalah tafsir dan sengaja diputar belit pihak tertentu.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, pengkritik itu memetik kenyataannya di luar konteks dengan tujuan mempolitikkan isu terbabit dan berniat jahat.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/08/15/halau-zakir-naik-seperti-halau-seluruh-umat-islam-di-malaysia/
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget