NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK N27 DUN Rantau : Tok Mat Tetap Di Hati Rakyat



Tahniah YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan berjaya mengekalkan kerusi DUN Rantau dalam Pilihan Raya Kecil hari ini.

Kemenangan ini adalah manifestasi pilihan rakyat yang ingin menuntut supaya kerajaan menunaikan manifesto yang telah dijanjikan.

Signal rakyat adalah jelas, dengan komposisi pelbagai kaum yang agak seimbang, rakyat tetap membuat pilihan yang bijak.

Tahniah dan terima kasih juga kepada semua pengundi serta jentera PAS khususnya DHPP.

Kehadiran Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang turut berkempen juga menggamit lautan hadirin dengan pidato yang bernas.

Inilah formula penyatuan ummah yang dinantikan rakyat selama ini.

"Islam Memimpin"

Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar ialah Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat
13 April 2019

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=414460499111537&substory_index=0&id=230516164172639

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo