Pengundi Melayu Dan India Semakin Lari Daripada PH?


oleh: Dr Kamarul

“Kemenangan BN seolah telah terjamin” dan “BN bakal keluar sebagai pemenang dengan majoriti selesa” adalah rumusan utama tinjauan akhir PRK N27 Rantau membabitkan 396 responden pada 6-10 April 2019 yang diumumkan oleh ILHAM Centre hari ini.

Namun lebih menarik daripada dua rumusan utama ini adalah dua dapatan lain, iaitu:

(1) Semakin larinya pengundi Melayu daripada PH. Ini jelas tertera dalam jangkaan peralihan undi daripada PH kepada BN sebanyak 24.5 peratus yang penyumbang utamanya adalah “Pengundi Melayu mempersepsi PH gagal membela Melayu-Islam” (85.6 peratus), diikuti oleh “Kredibiliti Tok Mat” (81.6 peratus), “Isu kos sara hidup” (66.7 peratus), “Kegagalan PH menunaikan janji manifesto” (65.4 peratus) dan “Prestasi kerajaan negeri yang tidak memuaskan” (50.8 peratus).

Nyata sekali bahawa pengundi Melayu semakin lari daripada PH dan persepsi bahawa PH gagal membela Melayu-Islam masih belum mampu dibendung oleh PH, malah semakin membarah.

Ini adalah susulan kepada kajian ILHAM Centre ke atas 2,614 responden di seluruh Malaysia pada 24 Oktober-24 Disember 2018 yang menunjukkan bahawa “54.8 peratus bersetuju bahawa Kerajaan PH mengabaikan hak Melayu dan kepentingan Islam” yang diikuti oleh kajian ILHAM Centre ke atas 378 responden di PRK N24 Semenyih pada 26-28 Februari 2019 yang menunjukkan bahawa “58.7 peratus bersetuju bahawa Kerajaan PH gagal membela Melayu-Muslim”.

(2) Pengundi India juga semakin lari daripada PH. Ini jelas tertera bila hanya 46.6 peratus sahaja pengundi India yang telah memberi komitmen untuk mengundi PH walaupun calon yang diturunkan oleh PH adalah berbangsa India, iaitu Dr S Streram.

Paling mengejutkan adalah dapatan bahawa “ketiadaan pemimpin India yang wibawa di dalam kerajaan yang mampu ke hadapan membela nasib mereka menjadi punca utama berlalu perubahan ketara kepada pola pengundian di kalangan pengundi India di DUN Rantau dalam PRK kali ini”.

Termasuk Gobind Singh Deo dari DAP selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia, terdapat lima pemimpin India di dalam kerajaan. Empat yang lain adalah M Kulasegaran dari DAP selaku Menteri Sumber Manusia, Dr Xavier Jayakumar dari PKR selaku Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Waytha Moorthy selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri serta Sivarasa Rasiah dari PKR selaku Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar. Apakah pada pandangan pengundi India di DUN Rantau tidak seorang pun daripada lima pemimpin India ini “yang mampu ke hadapan membela nasib mereka”?

Tidak syak lagi, kedua-dua dapatan ILHAM Centre ini memerlukan tindak-balas segera daripada PH jika PH tidak mahu nanti dikenali sebagai “kerajaan sepenggal”.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget