Bagaimanakah Kos Sara Hidup Mampu Diturunkan Sekiranya PH Kekal Menambah Cukai?


Tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memperkenalkan pelbagai cukai baharu menambah beban kepada rakyat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kerajaan PH turut gagal mengotakan janji untuk memenuhi manifesto Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14), malah melaksanakan perkara yang sebaliknya.

“Mereka adalah kerajaan yang gagal… gagal kerana tidak memenuhi manifesto yang sepatutnya dilaksanakan dalam 100 hari, gagal kerana manifesto yang tidak dinyatakan dalam 100 hari pun mereka belum melaksanakannya malah mereka langgarnya. Contoh ialah tidak melantik YDP Dewan Rakyat daripada kalangan Ahli Parlimen, dan itu ada dalam manifesto mereka… tidak melaksana Suruhanjaya Diraja bagi Felda dan juga 1MDB serta Tabung Haji sedangkan itu yang mereka janjikan. Ini adalah kegagalan dari segi menunaikan manifesto 100 hari dan juga bukan 100 hari.

“Kos sara hidup tidak turun, cukai-cukai baru yang menyusahkan rakyat diwujudkan… contoh Service Tax… Sales Tax… itu yang berlainan… SST itu pecah dua… cukai perkhidmatan dan juga cukai jualan. Levi pelepasan iaitu mereka yang mahu pergi ke luar negara dan cukai perkhidmatan digital…

“Ini yang orang ramai tidak tahu serta tidak ramai yang ulas dan baru-baru ini mereka luluskan cukai soda. Jadi ada lima cukai baharu yang akan dilaksanakan. Kita dulu tidak ada lima cukai berkenaan dan kita hanya ada satu iaitu GST… sekarang sebagai ganti GST itu nampaknya ada lima cukai,” katanya kepada media di Kuala Lumpur pada Rabu.

Mengulas lanjut, Ahmad Maslan yang juga ahli Parlimen Pontian turut mempersoalkan bagaimanakah kos sara hidup mampu diturunkan sekiranya PH kekal menambah cukai.

“Justeru pada saya dari segi tajuk kos sara hidup mereka gagallah… dan ditambah lagi dengan polisi-polisi yang mereka buat banyak yang u-turn,” katanya.

Wartawan Watan-Online

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget