NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

CAP, SAM kecewa kelulusan EIA untuk Pan Island Link


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat kecewa dengan pengumuman Ketua Menteri Pulau Pinang pada 15 April bahawa penilaian kesan alam sekitar (EIA) untuk Pan Island Link (PIL) telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan 56 syarat.

Kami juga amat terkejut JAS telah meluluskan EIA walaupun mendapat maklum balas daripada orang awam.

Kami adalah antara ribuan penduduk Pulau Pinang dan kumpulan yang telah menyuarakan kebimbangan kami mengenai EIA, yang mempunyai banyak kecacatan.

Kami tidak bersetuju sepenuhnya dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow yang mendakwa kelulusan EIA PIL merupakan satu peristiwa penting dalam menangani masalah lalu lintas di Pulau Pinang.

PIL bukanlah penyelesaian jangka panjang kepada masalah lalu lintas kita. Laporan EIA mendakwa bahawa terdapat pengurangan masa yang ketara tetapi tidak mempedulikan analisis lalu lintasnya sendiri bahawa kemampuan penuh akan dicapai menjelang 2030.

Untuk membelanjakan RM8bn bagi jalan ini adalah satu pembaziran sumber awam yang sangat besar yang bukanlah penyelesaian jangka panjang bagi masalah lalu lintas kita.

Bahkan kita juga telah menjelaskan bahawa laporan EIA itu salah dalam mendakwa bahawa tiada struktur warisan yang akan terjejas. Bagaimanapun, ini tidak benar memandangkan Sekolah Phor Tay, Sekolah St Nicholas, Sekolah Tinggi Perempuan Cina, Kuil Shree Muniswarar, Keretapi Bukit Bendera, Kuil Kek Lok Si dan Empangan Air Itam – semuanya melebihi 50 tahun dengan kepentingan budaya dan sejarah – akan terjejas oleh PIL.

READ MORE: A pass for better transport and sustainability
PIL, lebuh raya bertingkat dengan enam lorong, akan memusnahkan sepenuhnya keindahan pemandangan kerana ia akan menjadi suatu pandangan yang menyakitkan mata, dengan kesan sampingan terhadap taman yang hijau dan hutan bukit bukau.

Pelan lebuh raya ini akan menjadikan sungai seperti terusan sedangkan di seluruh dunia kota rayanya berusaha untuk mengekalkan aliran sungai secara semula jadi.

Sebagai tambahan, laporan EIA juga tidak menangani penggunaan dua taman rekreasi terkenal iaitu Taman Belia dan Taman Jajar, di laluan lebuh raya bertingkat itu. Pengguna taman rekreasi itu termasuk kanak-kanak akan terdedah kepada paras pencemaran bunyi yang melebihi 75dB (saranan maksimum 60dB) dan meningkatkan pencemaran udara.

Tiada langkah pencegahan yang akan menangani bagaimana ciri-ciri pulau ini akan berubah; dengan lebuh raya bertingkat ini sudah tentu ia akan menjadi amat hodoh.

Kami amat terkejut apabila kerajaan negeri Pulau Pinang enggan untuk mendengar sebahagian besar penduduk Pulau Pinang yang mengkaji EIA dan yang telah memberikan maklum balas serta ulasan.

Kami mengulangi gesaan kami kepada kerajaan supaya menyiarkan 56 syarat yang dikenakan oleh JAS. Memandangkan bantahan ramai terhadap PIL adalah penting bagi kerajaan negeri untuk tidak menyembunyikan syarat bagi kelulusan. (Editor: Syarat ini telah disiarkan selepas kenyataan ini dikeluarkan.)

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo