NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Parlimen Belia kurang meyakinkan orang muda, kata penganalisis

Daftar pemilih bagi Parlimen Belia kurang mendapat sambutan sejak dibuka awal bulan lalu.

PETALING JAYA: Kurang promosi menjadi antara punca Parlimen Belia tidak mendapat sambutan dari orang muda, selain program itu dianggap kurang meyakinkan untuk membawa hasrat mereka ke arena politik tempatan, kata penganalisis politik.

Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, satu tindakan drastik perlu dilakukan bagi menyakinkan golongan itu bahawa Parlimen Belia membawa peranan kritikal ketika perbahasan.

"Jika ia mampu dilakukan, pasti sambutan terhadap Parlimen Belia akan meningkat," katanya kepada FMT.

Jelas Azmi, perlu ada bukti yang menunjukkan isu yang dibahaskan oleh Parlimen Belia diambil perhatian oleh persidangan Dewan Rakyat.


"Sebab setakat ini, kedua-dua entiti tersebut langsung tidak berkait sama sekali," katanya.

Sebelum ini, calon Parlimen Belia 2019/2020 mengatakan kegusaran mereka terhadap sambutan daftar pemilih yang dibuka sejak awal bulan lalu.

Calon Parlimen Belia Selangor, Amin Mubarak berkata situasi itu berkemungkinan berpunca daripada sikap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang tidak memberikan peranan yang memuaskan dalam mempromosikan program itu kepada golongan belia.

Menurut kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2018, bilangan daftar pemilih untuk program itu tidak sampai 20% daripada 13.88 juta orang yang layak berdaftar.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, sekiranya Dewan Rakyat terus memandang sepi terhadap peranan Parlimen Belia, minat dan kencederungan golongan muda terhadap program tersebut akan menjadi lebih malap.

Katanya, situasi tersebut aneh kerana ahli Parlimen di Dewan Rakyat dilihat bersungguh-sungguh memancing undi orang muda, namun Parlimen khas untuk golongan itu tidak diberi perhatian sepatutnya.

"Anak muda di Parlimen Belia bagaikan tidak diendah pula," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo